Geng Bas Sekolah

May 29, 2010

Masih Dilanda Masalah

Sudah lama blog ini tak update. Sebenarnya modem yang rosak. Tapi nak membeli modem baru terpaksalah menunggu gaji bulan hadapan. Maklumlah gaji seorang pengawal keselamatan berapalah sangat. Nak tunggu kenaikan gaji, dulu cakap berdegar degar tetapi sekarang semua senyap menikus. Siapalah yang prihatin akan nasib kami ini.

Maaf buat semua rakan blogger, bermula dari keputusan PRKL Sibu, aku langsung tak dapat meluahkan pendapat disebabkan masalah modem. BN kalah disebabkan orang cina bandar menolak BN. Aku dah malas nak cerita perihal orang cina ni. Kalau aku cakap, nanti orang chop aku ni saje nak naikkan sentimen perkauman. Tapi aku memang rasis. Aku peduli apa. Lim Guan eng sendiripun rasis tulen apa. Tak percaya pergilah Penang. Tengok peniaga melayu kena perhambat kat sana.

Lupakan masalah Sibu. Laa ni anak Samy Vellu pula bersikap rasis. Vell Paari menuduh orang melayu (UMNO) terlibat didalam usaha menolak jatuh bapaknya dari kerusi presiden MIC. Deyy apa barang kami orang melayu nak kacau Samy Vellu. Buang masa je.

Alaa cakap jelah kau nak jadi penganti bapak kau kan. Kau ni pun dah macam KJ. Gila kuasa.

Sekarang kau dah minta maaf pula. Betul cakap orang, kau ni jenis manusia berbelit. Sekejap tuduh, macam ada bukti sahih je. Lepas kecoh kecoh, minta maaf pula. Nasib baiklah kami ni orang islam.Penyabar orangnya. Kalau tak dah lama kami perangi kau habis habisan.

DS Najib bercadang nak mansuhkan subsidi berikutan negara terpaksa menanggung beban hutang yang tinggi disebabkan subsidi. Aku tak ada masalah tapi seeloknya dilakukan secara berperingkat.

Tapi aku memang cukup pasti, selepas subsidi ditarik balik, kita semua terpaksa mengubah gaya hidup. Maklumlah barang dah naik harga. Akupun pasti cukup ramai yang bantah. Alah biasalah dah perangai manusia. Semua nak senang tapi pemalas.

Lambat laun subsidi terpaksa juga ditarik balik. Dan rakyat kenalah belajar bagaimana hidup susah. Jangan nak senang memanjang. Cuba cubalah renungkan bagaimana hidup orang Palestin. Semuanya disekat.

Nanti kita juga akan mengalami nasib seperti mereka. Kalau kita tak ubah gaya hidup, masih terus berlagak kaya seperti Vincent Tan atau Raja Gula. Kita akan susah nanti. Belajarlah berjimat didalam pembelanjaan.

Dan kalau dah memang susah hidup di KL, lebih baik balik kg. Tak payahlah berangan nak duduk KL kalau gaji tak seberapa terutama buat orang melayu ni. Cakap je lebih tapi habukpun takde. Dah ramai aku tengok orang melayu ni. Cakap besar duduk KL konon bergaji besar. Konon keje pegawai tapi bila cukup bulan, meminjam juga dari mak bapak di Kg. Setakat berhijrah ke KL tapi kerja kilang, lebih kerja je di kampung. Buang masa, buang duit.

Sorry kalau terasa tapi ini realiti. Tempat aku ramai orang sebegini terutama golongan muda. Kadang kadang SPM lingkup, tapi ada hati nak kerja KL. Akhirnya terjebak dengan jenayah. Yelah sapa nak terima orang yang SPM hancur. Kalau dapat kerjapun, gaji ciput je lah. Macam mana nak hidup di KL. Jalan mudah, jadilah penjenayah.

Hum akupun takde benda nak cakap. Broadband yang aku pinjam ni tak elok sangat. Maklumlah kawasan kampung. Liputan dah tentu tak sebaik KL. Nanti bila ada kesempatan lain, aku akan online lagi.

May 16, 2010

Napoleon Kecil Keluar Parti

Berita tentang Wee Choo keong keluar parti setelah dedahkan PKR mempunyai napoleon kecil memang sudah dijangka. Tetapi masyarakat tidak mengetahui bahawa dia juga adalah salah seekor napoleon kecil.

Malah perangai juga sama seperti Lim Guan Eng iaitu seorang RASIS. Menurut sumber, sepanjang menjadi ahli parlimen Wangsa Mau, tidak banyak perubahan yang dilakukannya. Tetapi dia cukup anti dengan peniaga melayu. Banyak kedai melayu dikritik sedangkan gerai gerai naram milik orang cina dibiarkan bebas.

Untuk mengetahui wajah sebenar Wee Choo Keong, anda boleh (klik sini)

May 14, 2010

Al Fatihah - Ashaari Muhammad meninggal dunia

IPOH 13 Mei - Bekas pemimpin kumpulan Al-Arqam yang diharamkan oleh kerajaan, Ashaari Muhammad meninggal dunia di Hospital Pakar Ipoh di sini hari ini, tiga hari selepas dimasukkan ke hospital itu akibat jangkitan paru-paru.



Allahyarham yang berusia 73 tahun merupakan Pengerusi Global Ikhwan Sdn. Bhd., menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 2.10 petang. Hampir 200 orang hadir di rumah tamu tersebut sebelum jenazah Allahyarham dibawa dengan sebuah kenderaan untuk dikebumikan di Kampung Pilin di Rembau, Negeri Sembilan.

Allahyarham mengasaskan Al-Arqam pada tahun 1968 bermula dengan 10 hingga 12 orang ahli, sebelum ia diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada 5 Ogos 1994. Apabila ajaran Al-Arqam diharamkan, Ashaari ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dari 2 hingga 24 September 2004 sebelum ditahan mengikut Akta Kediaman Terhad di Rawang dan Wilayah Persekutuan Labuan selama 10 tahun.

Al-Arqam yang juga dikenali sebagai Jamaah Aurad Muhammadiah mempunyai kira-kira 10,000 pengikut yang menyebarkan kegiatan dakwah Islam melalui bidang pendidikan, penerangan, penerbitan, perusahaan, perniagaan, perubatan dan pertanian.

Sumber: Utusan Malaysia

Walau apapun sejarah silam allahyarham, sebagai saudara seagama kita tetap dituntut supaya mendoakan kesejahteraan allahyarham. Bagi aku, kalaulah Al-Arqam tidak terpesong dari ajaran islam sebenar, maka ianya akan menjadi pertubuhan yang lebih baik dari parti PAS.

Aku sokong idea dan konsep beliau didalam usaha menyatukan orang islam ketika itu dengan cara berdakwah dan membina ekonomi islam. Hanya dengan kemajuan ekonomilah umat islam akan dapat berjaya dan maju.

Berlainan dengan sikap PAS. Hanya tahu bercakap mengenai negara islam tetapi langkah langkah untuk menjadi negara islam langsung tak ada. Hanya tahu negara islam ada hukum hudud. Benda lain seperti ekonomi, pelajaran dan lain lain habuk pun takde.



Lepas tu sibuk hina dan memfitnah orang lain. Kalau beginilah perangai dan pemikiran orang PAS, sampai ke akhir zamanpun impian PAS untuk negara islam hanya tinggal angan angan. Nik Aziz perlu belajar dari Al Arqam bagaimana untuk menyatukan umat islam terlebih dahulu sebelum berbaik baik dengan kafir DAP. Kalau umat islampun Nik Aziz tak dapat satukan, bagaimana dapat menubuhkan negara islam. Takkan pula dengan bantuan orang kafir?

May 13, 2010

Aku Sokong Penggunaan Sub Mesingan

KUCHING 12 Mei - Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) negeri Sarawak, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar mencadangkan supaya penggunaan senjata api jenis sub mesingan di tempat awam oleh polis ditarik balik.

Wan Junaidi yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat berkata, senjata itu tidak sepatutnya digunakan kerana Malaysia masih merupakan sebuah negara yang aman dan selamat.



Beliau sebaliknya berkata, penggunaan senjata itu di tempat awam oleh polis seolah-olah menunjukkan Malaysia sebuah negara yang masih berperang.

''Justeru, polis dan Kementerian Dalam Negeri seharusnya menarik balik penggunaan senjata jenis sub mesingan ini di tempat awam seperti di jalan raya, bandar dan lapangan terbang kerana ia menggerunkan dan menakutkan.

Sumber: Utusan Malaysia

Itu pandangan dia. Pandangan aku pula, tak salah kalau nak dibawa semasa merondapun. Malah kalau boleh bawa sekali semua senjata yang ada. Macam styer, pelancar roket malah kereta kebalpun boleh.



Buat apa nak takut dengan senjata begitu. Ajal maut ditangan tuhan. Tak semestinya akan mati dimuncung senjata itu. Malah kadar kematian akibat kemalangan jalanraya paling tinggi didalam negara ini. Mengapa tak haramkan terus kenderaan bermotor? Kan elok diharamkan. Takdelah rakyat peduli lagi dengan isu kenaikan harga minyak.

Gerun dan menakutkan? Di Iraq dan Afganistan lagi mengerunkan. Silap keluar terus kena bom. Rakyat Malaysia sekarang terlalu manja. Semuanya naik lemak sekarang. Malah sekarang pembangkang dan segelintir rakyat sudah berani memaki hamun sultan.

Adakah keamanan negara ini telah melemahkan dan membutakan hati sesetengah pihak. Dan keamanan negara ini melekakan rakyat sehingga membazirkan wang ringgit untuk hidup mewah melampau?

Kalau beginilah cara hidup rakyat Malaysia, aku percaya mereka akan merasa sengsara semasa negara ini berhadapan krisis nanti. Iyalah orang dah biasa hidup senang. Bila susah sekali, mulalah mengelupur tak biasa.

Aku tetap sokong penggunaan Sub Mesingan dikalangan peronda polis. Aku merasa selamat sekiranya mereka dikawasan sekeliling. Kejadian polis tertembak orang adalah kes terpencil. Bukannya setiap hari polis menembak orang awam dengan sengaja.

Cuma pihak polis perlu mempertingkatkan kemahiran penggunaan senjata terbabit dan menkaji aspek aspek keselamatan sekarang. Rakyat Malaysia perlu didedahkan bahawa keamanan negara ini bukanlah abadi. Malah sejarah dunia sendiri menunjukkan tiada sebuahpun tamadun yang kekal.

Dengan perbuatan biadap pembangkang dan segelintir rakyat Malaysia sekarang, tak mustahil Malaysia akan terjerumus didalam kancah pertelingkahan seperti tragedi 13 mei.

May 12, 2010

Hadapkan Segera Kalimullah Kemuka Pengadilan

KUALA LUMPUR 11 Mei - Jaringan Melayu Malaysia (JMM) sudah mengumpul 80 peratus dokumen dan maklumat mengenai Pengarah Efficient E-Solution Berhad, Datuk Seri Kalimullah Hassan yang didakwa menaja portal berita propembangkang The Malaysian Insider.

Yang Dipertua JMM, Azwanddin Hamzah berkata, pihaknya akan menyerahkan dokumen lengkap sama ada kepada pihak polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan selanjutnya.


"Sesiapa pun boleh menaja mana-mana portal tetapi mengapa mereka menaja laman blog yang memfitnah kerajaan sedangkan mereka mendapat projek besar daripada kerajaan Malaysia sebelum ini.

"JMM prihatin dengan kenyataan yang mengutuk kerajaan serta menghina Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana banyak cerita yang dipaparkan hanya fitnah dan ciptaan semata-mata," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Azwanddin berkata, Shaikh Akmal dan Kalimullah ialah pengarah bukan bebas dalam Efficient E-Solution Berhad dengan VPI International Sdn. Bhd. sebagai anak syarikat dan Regalia Solution Sdn. Bhd. dianggap penaja utama portal berita itu.



Menurutnya, penjelasan itu sangat penting kerana The Malaysian Insider dilihat seakan-akan bekerjasama dengan Malaysia Today dan Raja Petra Kamaruddin untuk memburukkan imej kepimpinan negara yang boleh menjejaskan ekonomi Malaysia.

JMM dalam kenyataannya pada 20 Mac lalu mendesak Shaikh Akmal tampil memberi penjelasan mengenai hubungannya dengan Kalimullah kerana kedua-duanya mempunyai kepentingan dalam Efficient E-Solution Berhad, syarikat yang mendapat kontrak RM900 juta daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Sumber:Utusan Malaysia

Inilah salah seorang pengkhianat negara. Ibarat kacang lupakan kulit. Seperti anjing gila terlepas kurungan. Sudahlah mengaut kekayaan dengan mendapat kontrak daripada kerajaan BN. Selepas itu memfitnah pula kerajaan BN dan khususnya Perdana Menteri Malaysia.

Betul betul bersifat yahudi. Syaitan bertopengkankan manusia. Memang lahanat anjing dia ni. Kalimullah juga antara penyebab kejatuhan Paklah dahulu. Semuanya perancangan gila KJ yang ingin menjadi PM pada usia 30 tahun.

May 11, 2010

Saya Diliwat Tanpa Kerelaan Auwww

KUALA LUMPUR 10 Mei – Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang mula disoal balas oleh peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa laporan polis yang dibuatnya menyatakan dia diliwat oleh Ketua Pembangkang itu tanpa kerelaan.

Saksi utama pihak pendakwaan itu yang diminta oleh peguam bela Karpal Singh untuk membacakan laporan polis tersebut menyatakan, antara kandungan laporan itu menyebut bahawa dia telah diliwat oleh majikannya iaitu Anwar.

Laporan itu juga menyatakan dia mengambil tindakan sedemikian untuk mendapatkan keadilan dan pembelaan serta demi keselamatan diri dan keluarga jika perkara itu tersebar di khalayak ramai.

Terdahulu, dalam keterangannya, Mohd. Saiful Bukhari memberitahu, dia memaklumkan kepada seorang pegawai polis, Asisten Komisioner Datuk Mohd. Rodwan Mohd. Yusof yang dia telah diliwat oleh Anwar beberapa kali.

Sumber: Utusan Malaysia

Siapalah yang rela diliwat kecuali spesis sesumpah je (maknyah). Aikk sesumpah? Samalah Anuar. Anuarpun sesumpah gak hahahaha. Ada makna tuh.

May 10, 2010

Malaysia Kehilangan Tapak Sejarah Disebabkan Kerakusan Kapitalisma

IPOH 9 Mei - UDA Holdings akan melabur RM5 bilion untuk membangunkan Pusat Bandar Bukit Bintang di tapak bekas Penjara Pudu dalam program pembangunan Kuala Lumpur 2017, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.



Beliau berkata, UDA sedang menyediakan pelan pembangunan semula kawasan seluas 8.6 hektar itu sebagai pembangunan bercampur dalam enam fasa yang melibatkan bangunan kondominium, hotel dan bangunan komersial.

Ahmad Husni berkata, UDA akan memberi keutamaan pemilikan unit-unit kedai, kondominium dan bangunan kepada bumiputera.

Katanya, 60 peratus pemilikan dikhaskan kepada bumiputera manakala selebihnya akan dibenarkan untuk pemilikan bukan bumiputera.

Sumber: Utusan Malaysia

Satu demi satu tinggalan bersejarah dinegara ini dihapuskan atas nama pembangunan padahal ianya langsung tidak diperlukan. Semuanya hanya mementingkan keuntungan dan populariti saja.

Membina kondominium, hotel dan bangunan ditapak bersejarah di Malaysia dan kononnya akan dijual kepada bumiputera. Alahai mimpi ke apa dia ni. Cubalah fikir secara realiti sedikit. Ada ke kaum bumiputera yang mampu beli kedai, rumah atau tapak perniagaan di Bukit Bintang tu? Kalau ada berapa ramai sangat kalau dibandingkan kaum cina.

Kondominium untuk bumiputera? Hahaha tergelak aku. Cuba kira berapa ramai orang melayu yang tinggal di PPRT? Tanya mereka, adakah mereka mampu membeli kondominium di Bukit Bintang? Hanya bermimpi mat jenin saja woi.

Aku cabar Datuk Seri Ahmad Husni, bina kondominium dan kemudian dijadikan sebagai PPRT. Ada berani ke?

Semuanya nak dihapuskan. Lepas tu mulalah cakap negara ini kekurangan tempat warisan bersejarah. Dasar kapitalis!

May 9, 2010

Malaysia Negara Berdaulat!

DANOK (Thailand) 8 Mei - Para pengusaha van dari Thailand hari ini bertindak menyekat kira-kira 30 bas dari Malaysia memasuki negara itu sebagai bantahan terhadap tindakan penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negara ini terhadap mereka.

Mereka mendirikan khemah di atas jalan raya dan meletakkan puluhan van di sepanjang laluan masuk bagi menghalang bas yang membawa penumpang Malaysia memasuki Thailand.

Para pengusaha van itu menahan mana-mana bas yang mahu memasuki Thailand sebelum mengarahkan mereka berpatah balik ke Malaysia. Berikutan itu, berpuluh-puluh bas dari Malaysia dan Singapura terpaksa meletakkan kenderaan di kawasan berhampiran pusat pemeriksaan Imigresen Thailand di pekan itu.

Para pengusaha van bersama agensi pelancongan negara itu bertindak demikian kerana dikatakan tidak berpuas hati dengan tindakan JPJ yang menyaman kenderaan mereka ketika membawa pelancong ke Malaysia.

Seorang pemandu bas dari Malaysia, Gooi Song Hor, 46, berkata, dia membawa 40 pelancong dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang untuk upacara keagamaan di Hatyai tetapi dilarang berbuat demikian apabila ditahan pengusaha van di pekan itu pada kira-kira pukul 10 malam tadi.

"Saya diberitahu pemandu dan pengusaha van marah dengan JPJ yang menyaman mereka. Ketika memasuki Malaysia dan membawa pelancong mereka disaman bukan sekali tetapi dua atau tiga kali.

"Bagi membalas dendam, mereka buat sekatan tidak benarkan bas dan van Malaysia bawa penumpang memasuki Thailand," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Sumber: Utusan Malaysia

Kerajaan Malaysia harus bertegas didalam hal ini. Orang Thailand yang masuk Malaysia membuat salah, mengapa pula kita harus takut kepada mereka. Memang patut mereka dikenakan saman. Sudahlah masuk negara ini mencuri minyak kita.



Kerajaan Malaysia harus menutup sempadan sana. Biar mereka rasa. Selama ini, rakyat Malaysia yang bangunkan ekonomi disana. Sudahlah ekonomi Bangkok terjejas disebabkan orang mereka sendiri, dan sekarang biar Danok dan Hatyai pula yang terjejas. Bodoh mereka ini.

Aku harap jangan ada menteri yang bersikap simpan telor celah kangkang. Jangan dituruti kemahuan mereka. Negara kita ada undang undang. Negara kita sultan, ada pemerintah. Jangan korbankan kedaulatan negara hanya kerana mengikut kehendak negara asing!

May 8, 2010

Bangunkan Ekonomi Sabah & Sarawak

SIBU 7 Mei - Kerajaan akan mencari mekanisme sesuai untuk merapatkan jurang perbezaan harga barangan antara Semenanjung dengan Sarawak dan Sabah supaya kepentingan pengguna tidak dinafikan di bawah konsep 1Malaysia.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagaimanapun berkata, buat masa ini tumpuan kerajaan ialah menyeragamkan harga barangan di antara kawasan pedalaman dengan bandar di Sarawak dan Sabah.

Katanya, program penyeragaman harga barangan kawalan itu mula menampakkan hasil dan ia akan dilanjutkan kepada 25 barangan lagi untuk penduduk pedalaman di Sarawak.

''Pada masa akan datang kita akan mengkaji bagaimana untuk merapatkan jurang perbezaan (harga) di antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak. Kita tidak mahu jurang (harga) yang terlalu besar," katanya pada Majlis Penyerahan Zakat dan Bantuan Kewangan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia di Dewan MUC di sini hari ini.

Sumber: Utusan Malaysia

Pada aku, adalah baik kerajaan pusat mencari jalan supaya pelabur asing membina kilang kilang di Sabah dan Sarawak. Secara tak langsung, apabila pengeluaran dijalankan dikawasan berkenaan, dengan sendiri harga barangan berkenaan akan menjadi murah kerana tidak perlu dibawa melalui kapal terbang.

Dan aku rasa di Sabah Sarawak tiada masalah tenaga kerja. Malah dengan wujudnya sektor begini, penduduk Sabah Sarawak tidak perlu lagi berhijrah ke semenanjung untuk mencari pekerjaan.

Masih banyak lagi peluang perniagaan yang belum diteroka sepenuhnya disana. Hanya dengan kemajuan ekonomi sahaja yang dapat membantu penduduk penduduk disana.

May 7, 2010

Khalid Gagap Tunjuk Power

SHAH ALAM 5 Mei - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim membantah sekeras-kerasnya rancangan Kerajaan Pusat untuk membina sebuah loji janakuasa nuklear negara yang pertama yang dijangka beroperasi menjelang tahun 2021.

Beliau berkata kerajaan negeri berusaha untuk mempertingkatkan penggunaan tenaga solar serta mengurangkan penggunaan tenaga elektrik yang dijana daripada arang batu dan gas asli yang menyumbang kepada pencemaran.

"Kerajaan Negeri Selangor kita tidak menyokong atau tidak akan membenarkan pembinaan loji janakuasa di negeri Selangor atas dasar yang kita yakin terdapat punca tenaga lain yang boleh kita gunakan untuk Selangor.

"Kita menjangkakan tenaga daripada matahari dapat kita pertingkatkan dan juga usaha mengurangkan penggunaaan elektrik dari segi lampu dan seterusnya penggunaan teknologi baru seperti bentuk lampu yang baru," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco tengahari tadi.

Sumber: Suara Keadilan

Wahh hebat pula Khalid Gagap ni jadi hero tolak loji nuklear. Malah membantah sekeras kerasnya!

Kerajaan negeri berusaha mempertingkat penggunaan tenaga solar? Benar ke ni cik Khalid Gagap. Tak dengar pula pasal projek ni. Pandai sungguh kelentong Khalid Gagap ni.

Tapi kalau bab bina kandang babi, Khalid Gagap pasti sokong 300%. Masa tu tak peduli dah kalau babi tu haram, rampas tanah orang kampung atau taik babi tu cemarkan alam sekitar. Janji duit projek masuk poket betul tak bro...

Negeri Selangor tak benarkan pembinaan loji. Tapi kalau BN dapat balik Selangor time PRU nanti, Khalid Gagap akan dihumban keluar dari Negeri Selangor amacam..Best tak.

May 6, 2010

Budak Serang Polis - Apa Kata Mereka

KUALA LUMPUR 5 Mei - Sekumpulan remaja yang menyamun sebuah kafe siber di Jalan Genting Klang di sini, awal pagi tadi, menerima padah apabila terserempak dengan dua anggota polis berpakaian preman di premis itu.

Akibatnya seorang daripada suspek itu yang berusia 17 tahun ditembak di paha kanan dan kirinya setelah cuba menyerang polis terbabit dengan gergaji.

Kesemua mereka menggunakan pelbagai jenis senjata termasuk pedang samurai, parang, pisau pemotong daging, kapak dan gergaji.

Semua suspek turut mengarahkan pelanggan di dalam kafe siber itu supaya bertenang sebelum tiga daripada mereka meluru ke kaunter dan mengarahkan penjaganya menyerahkan semua wang.

"Kedua-dua anggota itu turut diarahkan oleh semua suspek supaya mendiamkan diri. Selepas beberapa minit, dua anggota itu memperkenalkan diri. "Terkejut dengan tindakan dua anggota itu, seorang suspek menghampiri mereka lalu menghunus dan melibas gergaji ke arahnya," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Zakaria berkata, berikutan itu, sebagai langkah mempertahankan diri dan pelanggan lain, anggota terbabit telah menembak paha kanan dan kiri suspek.

Sumber: Utusan Malaysia

Kali jelas lagi bersuluh remaja ini adalah penjenayah dan memang BERNIAT untuk MEMBUNUH polis. Adakah tindakan polis yang mempertahankan diri akan dipolitikkan oleh ahli politik kurap?

Adakah ahli politik kurap ini memang sengaja mahu polis mati dibunuh dengan menyokong tindakan penjenayah?

Kita tunggu kata mereka.....

May 5, 2010

Jatuh Bangun MIC

Ke manakah arah MIC selepas kemenangan calonnya P. Kamalanathan dalam Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor? Bagaimanakah hala tuju MIC dalam usaha memperkasakan parti tersebut supaya terus kekal relevan dan dominan dalam konteks masyarakat India menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-13 nanti?

Kemenangan tersebut dikatakan telah menimbulkan semangat 'kebangkitan semula' parti tersebut selepas dua tahun tersepit dalam tekanan kuat arus politik negara khususnya selepas PRU 2008 di mana ramai teraju utama parti tersebut tersungkur dan tewas termasuk Presidennya Datuk Seri S. Samy Vellu dan Timbalannya Datuk G. Palanivel.

Perjuangan MIC ibarat 'hidup mati' MIC di Hulu Selangor telah memberikan satu harapan, nafas dan hidup baru untuk parti yang kini menjangkau usia 64 tahun.

Kemenangan MIC berjaya membantu menjayakan misi parti untuk merampas semula satu daripada enam kerusi Parlimen yang tercicir pada PRU 2008. Ini selaras dengan pembentukan misi 'Pasukan Kejayaan' untuk menyusun semula dan memperkasakan kembali MIC agar ia terus relevan dan mampu menawan semula kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang terlepas daripada genggaman pada pilihan raya umum lepas.

Tiga kawasan Parlimen yang berjaya dimenangi pemimpin MIC ialah Datuk Dr. S. Subramaniam (Segamat), Datuk S.K. Dewamany (Cameron Highlands) dan Datuk M. Saravanan (Tapah). Pada PRU 12 MIC gagal mempertahankan kerusi Parlimen Sungai Siput, Hulu Selangor, Subang, Kota Raja dan Kapar. Di samping itu, MIC turut kecundang 12 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Kemenangan Kamalanathan telah menambah kembali satu lagi wakil MIC sekali gus dapat merakyatkan suara masyarakat India di Parlimen selepas ini. Banyak harapan yang disandarkan terhadap YB Hulu Selangor itu ketika berhujah di Dewan Rakyat nanti.

Keputusan pilihan raya kecil Hulu Selangor perlu dijadikan formula memperkukuhkan parti dan masyarakat India selepas ini. Gelombang 'keyakinan baru' ini perlu diteruskan bagi menghadapi cabaran dan rintangan politik negara dalam tempoh dua tahun akan datang, menjelang PRU 13 nanti.

Inilah masa yang sesuai untuk kepimpinan tertinggi MIC melakukan perubahan drastik dalam parti di semua peringkat demi masa depan yang lebih terjamin dalam kancah politik negara.

Pemimpin dan ahli MIC di seluruh negara sudah tentu tidak cepat lupa terhadap segala tohmahan, kritikan dan juga tamparan kuat yang dilontarkan terhadap parti kesayangan mereka selepas wujudnya gerakan Hindraf pada 2007 sehingga menyebabkan ramai pemimpin utamanya kalah pada PRU 2008.

Perjuangan dan penantian MIC berbaloi juga akhirnya apabila keputusan pilihan raya kecil Hulu Selangor menyaksikan peningkatan undi masyarakat India dalam lingkungan 8 hingga 10 peratus jika dibandingkan keputusan PRU 2008. Faktor kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi elemen utama untuk masyarakat India kembali ke pangkuan BN kali ini.

MIC juga berjaya 'menawan hati' sokongan pengundi muda di Hulu Selangor atas faktor kecekapan dan jaminan Perdana Menteri yang berjaya menyelesaikan beberapa isui berkaitan kuil, pendidikan sekolah Tamil dan juga masalah prasarana. Faktor calon dan peranan Pemuda MIC turut mencetuskan harapan baru di kalangan pengundi muda.

Suara generasi muda inilah yang menjadi senjata utama untuk gerakan Hindraf dan pemimpin-pemimpinnya menang pada PRU 2008. Namun mereka dikatakan kecewa dan hampa setelah melihat pemimpin Hindraf tidak sehaluan sehingga menyebabkan perpecahan teruk sampai ke tahap masing-masing membawa haluan politik sendiri.

Pengundi muda keturunan India jelas menolak budaya 'politik ego' yang bersifat keangkuhan di kalangan pemimpin pakatan pembangkang.

Mereka juga menolak pendekatan politik elitis di kawasan luar bandar. Mereka lebih cenderung dengan pendekatan hubungan dua hala yang bersifat personal touch.

Samy Vellu sendiri telah mengakui betapa peritnya liku-liku perjalanannya serta pemimpin-pemimpin MIC yang lain ketika berdepan dengan pengundi India di Hulu Selangor baru-baru ini.

Samy Vellu seorang tidak boleh membawa pembaharuan untuk masyarakat India. MIC memerlukan satu pasukan yang kuat dan mantap di peringkat negeri, bahagian dan cawangan. Jangan gunakan pangkat dan status parti untuk mempopular diri sendiri, kata seorang pemimpin MIC dari Kuala Lumpur.

Penulis sendiri dapat memahami betapa panasnya hati masyarakat India luar bandar apabila bercakap pasal isu-isu kebajikan rakyat. Kekecewaan jelas terpancar di wajah mereka. Namun apabila disebut nama Najib Tun Razak, wajah mereka kembali menjadi tenang.

"Kami bukannya menentang MIC ataupun BN. Kami hanya mahukan kualiti kehidupan yang sejahtera. Kami yakin Perdana Menteri Najib Tun Razak telah mendengar suara kami. Kami yakin beliau akan datang sekali lagi ke Hulu Selangor selepas ini dan makan daun pisang bersama masyarakat India di sini.

"Ini tidak bermakna kami tidak menyokong MIC. Kami hanya mengharapkan nilai-nilai keikhlasan dan kejujuran daripada pemimpin MIC selepas ini," kata seorang pengundi wanita dari kawasan Kalumpang.

Persoalannya, apakah hala tuju MIC selepas ini? Jangan terlalu berseronok ataupun lupa diri dengan kemenangan di Hulu Selangor. MIC perlu menilai semua kemunculan budaya 'politik baru' di mana masyarakat India tidak rela diri mereka diperalatkan untuk kepentingan politik.

MIC juga perlu menilai semula budaya 'politik perkauman mengikut parti' yang semakin lantang dibicarakan. Apakah trend seperti ini dapat menyelamatkan masa depan MIC?

Konvensyen MIC negeri yang ditangguhkan sebelum ini bagi memberi tumpuan untuk pilihan raya kecil Hulu Selangor dijadualkan semula sepanjang bulan Mei ini bakal memberikan satu gambaran yang jelas mengenai hala tuju MIC.

Ahli-ahli MIC dijangka akan membangkitkan isu mengenai peralihan kuasa dan juga hala tuju parti menjelang PRU 13. Isu pilihan raya kecil Hulu Selangor juga dijangka akan menjadi tajuk utama perbahasan kali ini.

Berita mengenai pelantikan jawatan Senator untuk Palanivel telah mengundang pelbagai spekulasi dalam parti ketika ini di mana beliau dikatakan sudah bersedia untuk menggantikan tempat Samy Vellu. Persoalannya, apakah beliau akan ditawarkan jawatan Menteri ataupun Timbalan Menteri bagi memperkasakan dirinya untuk memimpin MIC selepas ini?

Banyak sangat persoalan dan andaian politik dalam isu peralihan kuasa antara Samy Vellu dan Palanivel sejak kebekalangan ini. Samy Vellu dan Palanivel perlu mencari satu kata sepakat dengan segera.

Mereka perlu mendahulukan kepentingan masa depan MIC dan masyarakat india. MIC tidak boleh terus bergerak dalam 'politik andaian' selepas ini.

Kemunculan semula bekas Naib Presiden MIC Datuk S. Sothinathan ke kancah politik MIC bersama Samy Vellu di Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor baru-baru ini turut menjadi perbualan hangat. Bagaimana pula hala tuju politik bekas Timbalan Presiden MIC Datuk S. Subramaniam selepas ini?

Sudah tentu Samy Vellu memiliki jawapannya. Selepas berjaya mengembalikan semula kekuatan MIC di Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor, sudah pasti beliau tidak mahu dirinya dihukum lagi selepas ini sepertimana yang dilaluinya pada PRU 2008. Masanya sudah tiba untuk mendengar suara rakyat.

May 4, 2010

Nik Aziz Mengakui Dirinya Bodoh Tak Boleh Diajar

Akhirnya Nik Aziz mengaku dirinya bodoh tak boleh diajar dan mengamalkan politik suku agama suku.

Merujuk kepada bab itu dalam ceramahnya di Kubang Batang,Wakaf Baru, laman Malaysian Insider memetik Musyridul Am PAS itu sebagai berkata ‘ baso bodoh payoh nak ajar …inilah orang yang amal politik suku agama suku’.



Nah!! Apalagi nak c akap. Akhirnya Nik Aziz mengaku dirinya bodoh sampai kalau ada orang nak mengajarnya, maka orang tu akan dituduh kafir malah akan didoakannya supaya pecah perut.

Didalam masa yang sama, Nik Aziz bersekongkol dengan anak menantu membolot kekayaan negeri Kelantan. Makan kek raya beratus ringgit. Dan sekarang menggunakan isu ada orang nak membunuhnya supaya kes seleweng 4 juta ringgit ditutup.

Ulama itu pemegang amanah rasul-rasul selama mana mereka tidak mencampuri urusan pemerintahan dan urusan keduniaan, tetapi sebaliknya jika mereka mencampuri urusan pemerintahan dan keduniaan, maka mereka itu telah mengkhianati para rasul. Oleh itu hendaklah kamu semua awasi mereka atau lari daripada mereka.
(Hadith riwayat al-Baihaqi dan al-Uqaili daripada Anas ra. Hadith Hasan)


Oleh itu marilah kita semua menjauhkan diri dari Nik Aziz sebelum laknat Allah s.w.t menimpa kita semua.

May 1, 2010

Nik Aziz Setaraf Presiden Amerika

Berguling guling aku gelak bila baca blog mangkuk hayun ni (klik sini). Pandai sungguh dia meriwayatkan sebuah ceritera.

Kononnya ada orang nak bunuh Nik Aziz. Hahaha orang yang suka mengadu domba sahaja seperti puak PAS yang sanggup bunuh orang ni. Nik Aziz tu tua. Tak ada siapa nak usik dia. Semua orang tahu diapun dah uzur. Tak baik mempermainkan orang tua uzur ni. Kesian dia.

Kalau ada orang nak bunuh ahli politik, dah lama Lim Kit Siang dan Karpal Singh kena bunuh. Ni nak bunuh Nik Aziz buat apa. Tak ada faedahnya. Nampak sangat orang PAS suka membuat fitnah. Inilah ajaran yang dibawa oleh puak PAS. FITNAH! FITNAH! FITNAH!

Kalau dah ada orang bunuh Nik Aziz, maknanya dia tu dah setaraf Presiden Amerikalah. Telinga Anuar Yahudipun tak ada sapa nak jentik, alih alih Nik Aziz pula yang dapat ancaman. Kartun sungguh politik PAS ni.