Geng Bas Sekolah

May 4, 2010

Nik Aziz Mengakui Dirinya Bodoh Tak Boleh Diajar

Akhirnya Nik Aziz mengaku dirinya bodoh tak boleh diajar dan mengamalkan politik suku agama suku.

Merujuk kepada bab itu dalam ceramahnya di Kubang Batang,Wakaf Baru, laman Malaysian Insider memetik Musyridul Am PAS itu sebagai berkata ‘ baso bodoh payoh nak ajar …inilah orang yang amal politik suku agama suku’.



Nah!! Apalagi nak c akap. Akhirnya Nik Aziz mengaku dirinya bodoh sampai kalau ada orang nak mengajarnya, maka orang tu akan dituduh kafir malah akan didoakannya supaya pecah perut.

Didalam masa yang sama, Nik Aziz bersekongkol dengan anak menantu membolot kekayaan negeri Kelantan. Makan kek raya beratus ringgit. Dan sekarang menggunakan isu ada orang nak membunuhnya supaya kes seleweng 4 juta ringgit ditutup.

Ulama itu pemegang amanah rasul-rasul selama mana mereka tidak mencampuri urusan pemerintahan dan urusan keduniaan, tetapi sebaliknya jika mereka mencampuri urusan pemerintahan dan keduniaan, maka mereka itu telah mengkhianati para rasul. Oleh itu hendaklah kamu semua awasi mereka atau lari daripada mereka.
(Hadith riwayat al-Baihaqi dan al-Uqaili daripada Anas ra. Hadith Hasan)


Oleh itu marilah kita semua menjauhkan diri dari Nik Aziz sebelum laknat Allah s.w.t menimpa kita semua.

2 comments:

mie said...

baik juga kita jauh kan diri dr pemimpin2 umno yg meluluskan kilang arak,pusat judi dan membenarkan pelbagai jenis maksiat dinegara kita ini,sebelum laknat Allah terkena kpd kita semua....

Jeepers Creepers said...

suka hati kau lah nak jauh ke tak..takde sape pakse hahahahaha