Geng Bas Sekolah

January 31, 2012

Kerajaan PKR Selangor Mahu Rakyat Selangor Mati Kehausan

REKA bentuknya telah pun siap. Peruntukan untuk membina loji air ini juga telah tersedia. Malahan, tapak tanah untuk loji dan projek ini telah pun diambil dan siap sedia untuk digerakkan projek berdekatan Hulu Langat, Selangor ini.

Tetapi cuma kerajaan PKR Selangor melalui Majlis Daerah Perbandaran Hulu Langat tidak mahu mengeluarkan Development Order atau kebenaran merancang. Semuanya jadi tak kena menyebabkan projek Langat 2 ini tertangguh selama satu setengah tahun.

Tanpa Development Order ini, Kerajaan Persekutuan tidak boleh memanggil tender untuk membina loji tersebut.

"Dengan semua persiapan sudah tersedia, Kerajaan Persekutuan sudah mahu menggerakkan pembinaan loji ini tetapi masih memerlukan dua lot yang berdekatan dengan loji untuk projek tersebut.

"Tetapi kerajaan PKR Selangor melalui Exco kerajaan negerinya tidak mahu meluluskan pengambilan dua lot tanah ini untuk tujuan projek.

"Tidak tahu apa motifnya tetapi berkemungkinan besar kerana mereka ingin kawal 'business' air di negeri Selangor ini," kata seorang sumber kepada Utusan Malaysia semalam.

Bercerita tentang air, negara sebenarnya telah pun menghadapi krisis bekalan ini pada 1998. Oleh sebab itu, kerajaan Persekutuan Barisan Nasional (BN) telah mula merancang mulai 1998 lagi untuk mengelak krisis air ini tidak berulang.

Kalau bekalan api elektrik tak ada tidak mengapa, tapi jangan tidak ada air, kata seorang rakan. Sangat pedih jika krisis air ini berulang.

Sebab itu jika tindakan susulan tidak diambil segera, negara akan menghadapi krisis air sekali lagi pada 2014 nanti - dua tahun sahaja dari sekarang.

Ketika ini, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau & Air sedang menjalankan Projek Air Mentah dari Pahang ke Hulu Langat. Projek membina laluan paip dan terowong sedang berjalan. Kos keseluruhan projek dianggarkan berjumlah RM8 bilion termasuklah kos pengambilan tanah, pembinaan dan jururundingnya.

Kerajaan Persekutuan pun sudah ada peruntukannya. Oleh kerana pentingnya projek ini, Kerajaan Persekutuan juga telah mendapat soft loan daripada Kerajaan Jepun berjumlah RM3 bilion untuk tujuan itu. Dan seperti masalah di atas dengan kerajaan PKR Selangor yang tidak tahu motifnya, projek ini tertangguh sehingga hari ini.

Apa akan berlaku kalau projek loji air di Hulu Langat ini terus tertangguh?

1. Krisis air akan berlaku di seluruh negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Cuma, sekiranya projek ini dapat disempurnakan, sebanyak 1.4 juta pemegang akaun air akan dapat menikmati air mentah bersih ini. Iaitu lebih kurang seramai 7 juta rakyat akan dapat menikmati air mentah bersih ini (1.4 juta akaun x 5 orang dalam sebuah rumah).

3. Kalau projek ini tertangguh lagi, kos pembinaannya akan bertambah tinggi.

4. Bila kosnya bertambah tinggi, kos air bersih kepada rakyat pada masa akan datang - akan bertambah tinggi juga.

5. Masalah akan timbul kepada bangunan-bangunan tinggi dan flat yang lebih dari 5 tingkat.

6. Tanpa air yang mencukupi, water pressure akan berkurangan. Maka, bangunan lebih 5 tingkat tidak akan dapat bekalan air.

7. Maka penduduk akan terpaksa mengambil air dari bawah flat atau bangunan dengan menggunakan tangki air.

8. Pemaju perumahan, pemaju hartanah dan pemaju pejabat-pejabat akan meminta assurance for future water supply untuk menjalankan projek-projek hartanah di Selangor. Sekiranya tiada, mereka akan melabur di tempat lain atau negeri lain.

Sebenarnya kementerian berkenaan telah beberapa kali mengadakan mesyuarat dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Keputusannya - Abdul Khalid tidak bersetuju dengan projek ini.

Demi politik kerajaan PKR Selangor, rakyat seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya seramai lebih kurang 7.5 juta orang tidak akan menikmati air mentah bersih secara percuma mulai 2014.

Demi politik, kerajaan PKR Selangor sanggup menangguhkan projek ini dengan tidak mahu meluluskan Development Order dan '2 lot tanah' - agar projek air mentah bersih ini gagal.

Demi politik, kerajaan PKR Selangor sanggup menangguhkan projek loji ini di mana akan menyebabkan tarif air yang akan dibayar oleh rakyat Selangor nanti bertambah mahal dan tinggi.

Demi politik, Menteri Besar Selangor sanggup memberi rakyat potongan serta diskaun kepada tarif air yang dibayar sekarang.

Tetapi sebaliknya sabotaj projek air Kerajaan Persekutuan yang ikhlas membantu rakyat agar krisis air pada 2014 tidak berlaku.


Inilah politik BANGSAT pembangkang. Sanggup menganiaya rakyat. Aku faham apa tujuan mereka. Nanti apabila timbul masalah air 2014, dorang akan tuduh Kerajaan BN tidak mahu membuat loji air. Sebab tu mereka halang rancangan pembinaan loji air ni sekarang.

Aku syorkan Kerajaan BN sebarkan penerangan mengenai penangguhan pembinaan loji air oleh kerajaan PKR ni sekarang. Biar rakyat tahu dahulu semua ni sebenarnya rancangan khianat kerajaan PKR Selangor. Bukannya sebab Kerajaan BN tidak mahu membina loji air.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

Aziz Bari Keguguran ?


Bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Abdul Aziz Bari tidak boleh lagi menggunakan status profesor kerana ia gugur secara automatik setelah beliau menamatkan perkhidmatan dengan institusi pengajian tinggi itu.

Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat UIAM, Abdul Rahim Ahmad berkata, sebarang aktiviti Abdul Aziz selepas ini juga tiada kaitan dengan universiti itu.

Namun katanya, Abdul Aziz masih boleh menggunakan status profesor jika ada universiti lain melantiknya ke jawatan itu.

''Pensyarah yang tamat perkhidmatan dari mana-mana institusi pengajian tinggi awam, tidak boleh menggunakan status profesor kerana ia gugur secara automatik.

''Dengan penjelasan ini, saya harap, semua pihak dapat mengetahui gambaran sebenar tentang Abdul Aziz dan berharap sebarang aktiviti beliau selepas ini tiada kaitan dengan UIAM," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan akhbar bagi mengulas pertanyaan pembaca Utusan Malaysia, SAKINAH melalui ruangan Forum akhbar itu pada Jumaat lalu yang ingin tahu bidang pengkhususan dan siapakah yang memberikan pengiktirafan kepada Abdul Aziz sebagai pakar undang-undang dan perlembagaan.


Ambik ko hahahaha. Lepas ni ko jangan gatal gatal nak guna title profesor. Sibuk sangat berpolitik, baik ko masuk politik je terus. Ini ko nak salahkan semua orang tak betul. Macamlah ko tu betul sangat.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

January 30, 2012

Pengkorporatan JBA Tidak Akan Ditangguh - MB Pahang


Pengkorporatan Jabatan Bekalan Air Negeri Pahang (JBA) akan tetap diteruskan kepada Perbadanan Air Negeri Pahang (PAIP).

YAB Menteri Besar Pahang mengatakan sedemikian ketika diminta untuk mengulas kenyataan yang dibuat oleh Presiden CUEPACS di Temerloh semalam. Tambah beliau lagi, wujudnya perbezaan diantara Penswastaan dan juga Pengkorporatan dalam isu bekalan air ini.

"Ada beza diantara penswastaan dengan pengkorporatan. Pihak Kerajaan telah membuat keputusan supaya Jabatan Bekalan Air dikorporatkan," kata beliau ketika ditemui media hari ini.

Selian itu, beliau juga turut menjelaskan bahawa tujuan bagi langkah ini adalah untuk meningkatkan kecekapan dalam membekalkan air kepada rakyat diseluruh Negeri Pahang.

"Biasanya dalam bidang korporat, pengurusannya lebih terurus dan lebih cekap secara relatif jika dibandingkan dengan Kerajaan.

Dan kepada rakyat, bekalan air tetap sama. Tarif air tidak akan dinaikkan sejak dari tahun 1982 sehingga sekarang tidak akan dinaikkan," katanya.

Pihak Kerajaan juga akan memberikan peruntukan tetap kepada PAIP sebanyak RM50juta setahun bagi tempoh lima tahun bagi tujuan penambah-baikan bekalan air di Negeri Pahang.

Beliau juga turut menyatakan bahawa pihak kakitangan JBA sedia ada tidak perlu risau dengan isu ini dan akan diberi makluman oleh pihak Kerajaan dalam masa terdekat.

"Majlis Penerangan akan kita buat dan tidak ada seorang pun kakitangan JBA, dari Pegawai Tinggi sehingga kepada kakitangan rendah yang akan diberhentikan apabila JBA digantikan dengan PAIP," katanya lagi.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

Kempen TUKAR - Dunia Untuk Anak Muda


Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, calon Barisan Nasional (BN) perlu memenuhi kehendak pengundi setempat dan bukan sekadar parti semata-mata bagi memastikan kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) nanti.

Di suatu bahagian di Pahang, ada bisik-bisik mengatakan bahawa wakil rakyat yang sudah lama tetapi masih menganggap dirinya masih pilihan rakyat sehingga sanggup mengugut jikalau beliau tidak dicalonkan maka semua wakil-wakil rakyat yang ada juga hendaklah tidak dicalonkan juga.

Ada wakil rakyat yang tidak memberi khidmat yang baik kepada rakyatnya namun masih tenggelam dalam mimpinya sendiri untuk terus berkuasa dan menganggap bahawa jikalaulah bukan dia yang jadi calon maka DUN atau Parlimen yang ditandingkan itutidak akan menang.

Ada bekas wakil rakyat yang sudah digugurkan kerana tidak memberi perkhidmatan yang baik sewaktu jadi wakil rakyat, namun merasakan dirinya hebat lalu bertindak mengutuk pucuk pimpinan parti melalui tulisan-tulisannya. Kemudian sanggup sertai parti rasis walaupun sedar dirinya hanya akan jadi alat semata-mata untuk membalas dendam kerana dirinya terbuang.

Sumber: BH


Aku sebagai orang muda memang anti gila gila dengan calon sebegini. Dah lah perkhidmatan teruk, ditambah pula dengan perangai buruk. Memang hina tahap gaban lah dipandang masyarakat orang yang macam ni. Nak dikutuk depan depan karang, nanti orang cakap tak hormat orang tua. Tapi kalau dah orang tua sendiri buat perangai, nak hormat camne lagi dah.

Untuk mengatasi masalah calon yang degil dan sanggup sabotaj parti, orang ini seharusnya dipecat saja daripada parti. Itulah jalan yang terbaik. Parti, masyarakat dan negara tidak perlukan orang sebegini. Dan lagi pengundi terutama generasi baru juga mahukan calon yang baru. Bukannya calon recycle yang sudah melebihi tarikh expired.

Bak kata Tukang Tiub “Hanya anak muda sahaja yang dapat mengubah dunia kerana dunia akhirnya kepunyaan anak-anak muda.”

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...