Geng Bas Sekolah

January 16, 2016

TIADA MAGIC BOLEH BERSIHKAN BAUKSIT DALAM SEMINGGU


Walaupun kerajaan negeri telah menghentikan sementara perlombongan bauksit dan memulakan operasi pembersihan, namun masih ada pihak pihak tertentu yang memandang sinis kepada kesungguhan pihak kerajaan. Malah ada yang seolah olah memberikan tempoh waktu dalam seminggu untuk membersihkan pencemaran yang disebabkan oleh bauksit. Ini jelas menunjukkan mereka bukanlah serius mengambil tahu hal ehwal alam dan nasib penduduk yang terjejas sebaliknya hanya mahu memburuk burukkan kerajaan saja.

Meskipun moratorium perlombongan bauksit bermula hari ini di sini, namun Kuantan Port Consortium Sdn Bhd meminta orang ramai agar tidak menaruh harapan tinggi untuk melihat pelabuhan berkenaan bebas daripada bauksit dalam tempoh seminggu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Hasbullah A. Kadir berkata, orang ramai perlu sedar bahawa KPC diberikan tempoh sebulan bermula hari ini sehingga 15 Februari depan untuk mengosongkan simpanan bauksit di pelabuhan berkenaan.

"Selepas tempoh itu berakhir, kita mempunyai tempoh dua bulan untuk membersihkan pelabuhan. Oleh kerana kurangnya kargo dan operasi, kita mempunyai lebih banyak ruang dan masa untuk diberikan tumpuan kepada proses pembersihan, termasuk menambah baik infrastruktur kami.

"Tetapi perlu diingatkan bahawa ini bukan kerja satu malam. Kami telah menyediakan pelan khusus untuk menangani isu ini, tetapi proses ini boleh mengambil sekurang-kurangnya sebulan sebelum kita dapat melihat hasilnya," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menurut Khasbullah, buat masa ini, proses pembersihan sedang dilakukan setiap hari dan KPC telah membelanjakan lebih RM1 juta setiap bulan untuk tujuan itu.

Bagaimanapun, katanya hasilnya mungkin tidak seperti yang dijangkakan sesetengah pihak kerana pelabuhan berkenaan mengendalikan bauksit dalam jumlah yang banyak, katanya.

Beliau juga berkata, KPC mengupah pihak luar untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan membabitkan enam kontraktor, untuk melakukan berkenaan setiap hari.

"Kami akan menggunakan tempoh moratorium tiga bulan untuk menilai operasi kami.

"Kini, masih terlalu awal untuk menyatakan sebarang kemajuan, tetapi ayuh kita mengharapkan pelabuhan yang lebih baik dan bersih selepas tamat tempoh berkenaan," katanya.

Khasbullah berkata KPC telah membeli tiga lori pembersihan khas dari China yang dijangka memulakan operasi bulan ini. - PahangKu.com

3 comments:

Anonymous said...

MB tak mau tolong cuci ka?

Jeepers Creepers said...

PKR Dap Pas pun taknak tolong cuci padahal dorang buat duit banyak dalam industri bauksit

Anonymous said...

Mana mau tolong maa.. bauksit dihantar ke negara asal mereka, cuba kalau bauksit di hantar ke australia dan mengganggu biznes negara nenek moyang mereka, pasti yang ke hadapan adalah DAP dan orang cina dalam PKR tu. Lihat dalam kes Lynas cukup la... cukup hipokrit..