Geng Bas Sekolah

May 6, 2010

Budak Serang Polis - Apa Kata Mereka

KUALA LUMPUR 5 Mei - Sekumpulan remaja yang menyamun sebuah kafe siber di Jalan Genting Klang di sini, awal pagi tadi, menerima padah apabila terserempak dengan dua anggota polis berpakaian preman di premis itu.

Akibatnya seorang daripada suspek itu yang berusia 17 tahun ditembak di paha kanan dan kirinya setelah cuba menyerang polis terbabit dengan gergaji.

Kesemua mereka menggunakan pelbagai jenis senjata termasuk pedang samurai, parang, pisau pemotong daging, kapak dan gergaji.

Semua suspek turut mengarahkan pelanggan di dalam kafe siber itu supaya bertenang sebelum tiga daripada mereka meluru ke kaunter dan mengarahkan penjaganya menyerahkan semua wang.

"Kedua-dua anggota itu turut diarahkan oleh semua suspek supaya mendiamkan diri. Selepas beberapa minit, dua anggota itu memperkenalkan diri. "Terkejut dengan tindakan dua anggota itu, seorang suspek menghampiri mereka lalu menghunus dan melibas gergaji ke arahnya," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Zakaria berkata, berikutan itu, sebagai langkah mempertahankan diri dan pelanggan lain, anggota terbabit telah menembak paha kanan dan kiri suspek.

Sumber: Utusan Malaysia

Kali jelas lagi bersuluh remaja ini adalah penjenayah dan memang BERNIAT untuk MEMBUNUH polis. Adakah tindakan polis yang mempertahankan diri akan dipolitikkan oleh ahli politik kurap?

Adakah ahli politik kurap ini memang sengaja mahu polis mati dibunuh dengan menyokong tindakan penjenayah?

Kita tunggu kata mereka.....

No comments: