SIBU 7 Mei - Kerajaan akan mencari mekanisme sesuai untuk merapatkan jurang perbezaan harga barangan antara Semenanjung dengan Sarawak dan Sabah supaya kepentingan pengguna tidak dinafikan di bawah konsep 1Malaysia.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagaimanapun berkata, buat masa ini tumpuan kerajaan ialah menyeragamkan harga barangan di antara kawasan pedalaman dengan bandar di Sarawak dan Sabah.
Katanya, program penyeragaman harga barangan kawalan itu mula menampakkan hasil dan ia akan dilanjutkan kepada 25 barangan lagi untuk penduduk pedalaman di Sarawak.
''Pada masa akan datang kita akan mengkaji bagaimana untuk merapatkan jurang perbezaan (harga) di antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak. Kita tidak mahu jurang (harga) yang terlalu besar," katanya pada Majlis Penyerahan Zakat dan Bantuan Kewangan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia di Dewan MUC di sini hari ini.
Sumber: Utusan Malaysia
Pada aku, adalah baik kerajaan pusat mencari jalan supaya pelabur asing membina kilang kilang di Sabah dan Sarawak. Secara tak langsung, apabila pengeluaran dijalankan dikawasan berkenaan, dengan sendiri harga barangan berkenaan akan menjadi murah kerana tidak perlu dibawa melalui kapal terbang.
Dan aku rasa di Sabah Sarawak tiada masalah tenaga kerja. Malah dengan wujudnya sektor begini, penduduk Sabah Sarawak tidak perlu lagi berhijrah ke semenanjung untuk mencari pekerjaan.
Masih banyak lagi peluang perniagaan yang belum diteroka sepenuhnya disana. Hanya dengan kemajuan ekonomi sahaja yang dapat membantu penduduk penduduk disana.
2 comments:
Salam YB Raz, kawan setuju sangat dengan saranan tuan.... kesian kat rakyat Sabah & Sarawak yg sentiasa membeli barangan keperluan dengan harga yang tinggi dari Semenanjung...
Kawan pernah berada di sebuah kampung pendalaman Sabah, lebih teruk keadaan dari perkampungan Ulu Tembeling, Pahang, bayangkan harga 1 kilo gula boleh mencecah sampai rm8.00.... mungkin di sana pegawai penguatkuasa tak boleh sampai sebab itu harga tidak dapat di kawal.......
ye memang harag disana sukar dikawal berikutan kurangnya penguatkuasaan. lagipun kos untuk menghantar barangan keperluan agak mahal kerana terletak jauh dipendalaman.
cuba fikir, barangan dibawa dari semenanjung menggunakan kapal terbang, kemudian dihantar pula ke kawasan pendalaman mungkin menggunakan bot selama beberapa jam.
disebabkan itulah harganya menjadi berlipat kali ganda. Nak salahkan pemborong, tak boleh juga kerana mereka perlu menanggung kos yang tinggi.
Post a Comment