Geng Bas Sekolah

July 31, 2014

HANYA MANUSIA JAHIL MURAKKAB SAHAJA YANG PERCAYA KEPADA PKR


Bermula dengan pencalonan Makcik Jah sebagai MB Selangor, kini permainan Pakcik Anwar semakin berlarutan sehingga timbul pergaduhan diantara PKR dan PAS. Manakala DAP mengambil peluang menyokong PKR sebab nak tidak mahu orang islam terus berkuasa di Selangor.

Timbul pula cerita Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki, Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas mengatakan PAS patut keluar daripada Pakatan Syaitan dan bertaubat. Malah timbul cerita yang mengatakan PKR sebenarnya hanyalah parti sampah. Tanpa bantuan PAS, PKR sudah pupus lama. DAP pun hanya menumpang kehebatan PAS. Tanpa bantuan PAS, Lim Guan Eng tidak akan duduk di KOMTAR.

Habislah pengikut tiga parti ni bertetak sesama sendiri. Apapun memang betulpun. PKR dan DAP memang parti sampah. Kalau tak sebab PAS, dah lama dua parti sampah ni pupus.

Dan ini adalah fakta yang mana PKR dan DAP sememangnya parti sampah.

FAKTA - Kekuatan pakatan pembangkang terletak pada Pas. Tanpa ahli dan penyokong Pas, pakatan pembangkang tidak akan berfungsi. Akar umbi pakatan adalah Pas.

FAKTA - Sejarah penubuhan pakatan pembangkang tidak akan berjaya jika Pas tidak terlibat. Ahli dan penyokong Pas yang membuatkan pakatan nampak ramai dan kuat.

FAKTA - DAP merupakan sekutu paling kurang ahli dan penyokong di awal penubuhan pakatan. Tanpa Pas, parti Lim Kit Siang anak beranak tidak bernyawa.

FAKTA - Hasil bantuan Pas, pemimpin DAP dapat sokongan Melayu bagi menumbangkan UMNO. Tanpa Pas sudah pasti DAP tumbang kepada MCA dan Gerakan.

FAKTA - Pas merupakan tunjang kekuatan pakatan pembangkang kerana ahli dan penyokongnya adalah hardcore dalam memastikan pakatan terus relevan.

FAKTA - PKR merupakan sekutu paling lemah di dalam pakatan pembangkang kerana mempunyai ahli yang sedikit.

FAKTA - Jika diletak pertandingan 1 lawan 1 antara Pas vs PKR, kemenangan akan memihak kepada Pas di semua kerusi majoriti Melayu.

FAKTA - Ahli dan penyokong PKR terdiri daripada mereka yang dibuang daripada UMNO, MIC, MCA, Gerakan kerana pelbagai masalah.

FAKTA - PKR mengetuai setiap demonstrasi yang diadakan pakatan pembangkang namun tanpa penyertaan ahli Pas, demonstrasi PKR tidak akan mendapat sambutan

FAKTA - Lim Kit Siang dan Lim Guang Eng (bukan Islam) tidak layak. Datuk Seri Anwar Ibrahim masalah moral (kes liwat) tidak layak. Datuk Seri Abdul Hadi Awang paling layak ketuai pakatan pembangkang. Suara Pas lebih ramai dalam pakatan.

FAKTA - Sedarlah wahai ahli dan penyokong Pas, tanpa kamu pakatan pembangkang tidak punya apa-apa. Apatah lagi nak harapkan PKR.

FAKTA - PKR sudah lama mempergunakan Pas. Sudah sampai masanya ahli dan penyokong Pas terajui pakatan pembangkang kerana suara anda lebih kuat dan berpengaruh.

FAKTA - Ahli dan penyokong serta kepimpinan Pas, dengarlah suara hati anda dan fikirlah dengan bijak. Mahu jadi keldai tunggangan DAP dan PKR atau ketuai pakatan.

July 27, 2014

AMBIGA SUKA PERTUBUHAN HARAM ?

Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini memberitahu tiada sebarang permohonan daripada Gerakan Rakyat Menebus Kembali Negara Malaysia (Negara-Ku) bagi tujuan permohonan pendaftaran pertubuhan. Justeru, Menterinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata Negara-Ku adalah sebuah pertubuhan yang tidak berdaftar.   "Oleh yang demikian, JPPM menegaskan bahawa ia adalah sebuah pertubuhan yang tidak didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335]," menurut satu kenyataan yang dikeluarkan KDN hari ini.  Negara-Ku dilancarkan baru-baru ini lalu diketuai aktivis Zaid Kamaruddin sebagai usaha memulihkan Malaysia‎ dan memberi harapan susulan daripada beberapa insiden mengugat keamanan dan keharmonian rakyat pelbagai kaum dan agama.

Bekas pengerusi bersama Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenavasan dan Datuk A. Samad Said dilantik sebagai penaung manakala Zaid merupakan naib presiden pertubuhan Islam, Ikram. Terdapat 68 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyokong Negara-Ku yang mensasarkan ‎menggerakkan kembali dan memperkasakan pengetahuan rakyat mengenai asas Perlembagaan Persekutuan, Perjanjian Malaysia dan Rukunegara. Ahmad Zahid juga menegaskan bahawa mana-mana pertubuhan yang ingin menjalankan kegiatan mengikut undang-undang perlu didaftarkan mengikut Akta Pertubuhan 1966.

Malah bukan itu sahaja, ujar beliau penggunaan nama Negara-Ku adalah tidak bersesuaian kerana ia adalah hak milik negara Malaysia dan bimbang akan mengundang kekeliruan. "Ini kerana Negara-Ku merujuk kepada lagu Negaraku yang telah diiktiraf sebagai lagu kebangsaan di bawah seksyen 2 Akta Lagu Kebangsaan 1968.  "Ia boleh mengelirukan orang awam dan oleh itu selaras Seksyen 7 (3) (d) (i) dan (iii) Akta Pertubuhan 1966 ianya tidak wajar didaftarkan," katanya.


July 25, 2014

KEGANASAN ISIL DAN EVANGELIST KRISTIAN


Beberapa bulan lepas, muncul satu kumpulan militan yang mendakwa sebagai ahli sunni di Syria. Mereka memerangi tentera Syria dan pertempuran antara mereka, membuatkan ribuan rakyat Syria menjadi mangsa. Kemudian kumpulan ini bergerak ke Iraq dan mula menawan wilayah Iraq satu persatu. Agenda mereka adalah untuk menghapuskan syiah. Walaubagaimanapun kumpulan ini tidak mendapat perhatian yang serius daripada Amerika. Mungkin mereka masih memantau pergerakan kumpulan ni.

Namun di Iraq, keadaan menjadi kucar kacir. Tentera Iraq tidak mampu menahan serangan ISIL. Ramai tentera Iraq melarikan diri daripada berhadapan dengan ISIL. Setelah berjaya menawan dan mengukuhkan kedudukan, pemimpin kumpulan ini telah menggelarkan dirinya sebagai Khalifah dan mahukan semua orang islam seluruh dunia ikut cakap dia. Sejak itu ISL mula membuat pelbagai perkara perkara pelik dan lebih banyak keganasan. Ini perkara biasa bagi kumpulan yang gila kuasa. Mula mula cakap berjuang untuk islam. Bila dapat kuasa mulalah perangai jadi macam syaitan. Banyak kumpulan radikal berasaskan agama akan menjadi gila.

Tapi ISIL ni cerdik. Dalam mereka gila berperang, mereka langsung tak hiraukan penduduk Palestin yang sedang dibunuh tentera Yahudi. Sebabnya mereka tahu, kalau mereka menyerang yahudi, sudah pasti Amerika dan negara negara sekutu akan menyerang mereka habis habisan.

BOKO HARAM, kumpulan pengganas bertopengkan islam di Afrika pun tak diserang Amerika sebab prinsip yang sama. BOKO HARAM ni punyalah jahat, mereka akan masuk ke kampung kampung dan menculik beratus anak dara orang. Tetapi pihak media barat buat tak kisah walaupun perbuatan BOKO HARAM ni memang haram jadah. Sebabnya BOKO HARAM tidak mengancam keselamatan Israel. Nampak tak permainan Amerika dan kumpulan pengganas bertopeng islam. Mereka main game yang sama. "Aku tak kacau kau, kau jangan kacau aku." Sebab tu, jangan haraplah mereka ni nak tolong orang islam Palestin walaupun mereka ada berbagai jenis senjata canggih.

Itu bab ISIL, kat Malaysia inipun dah muncul kumpulan radikal bertopeng agama. Jika dahulu PAS menjadi juara tetapi sekarang DAP pun dah ikut cara yang sama. Bezanya DAP mahukan kristian evangelis menguasai Malaysia.


Untuk langkah pertama, mereka akan masuk ke dalam masyarakat melayu, berpakaian seperti orang melayu, puji islam, dan kemudian akan masuk campur kedalam urusan agama islam. Taktik yang digunakan oleh PAP di Singapork suatu ketika dahulu berjaya memecahkan orang melayu dan seterusnya meletakkan orang melayu sebagai rakyat kelas ketiga. DAP juga sedang menggunakan cara yang sama. Mereka merobohkan penempatan melayu, memecah undi orang melayu, hancurkan perniagaan orang melayu dan mengupah barua melayu untuk menekan orang melayu lain. Dalam masa sama, mereka berpura pura menghormati orang melayu malah sampai masuk ke dalam masjid untuk menutup rancangan jahat mereka.



Persamaan ISIL, BOKO HARAM dan Kristian Evengalis adalah mereka kumpulan radikal gila agama. Mereka akan membuat huru hara disebalik nama agama. Tapi puak PAS tak nampak semua ni. Mereka anggap DAP hanya parti politik biasa macam MCA, GERAKAN. Sedangkan DAP bukan saja ada agenda nak hapuskan hak orang melayu malah hak agama islam juga. Kes kalimah Allah, adalah rancangan jahat kaum ini untuk murtadkan umat islam. Tetapi yang itulah dipertahankan oleh puak PAS. Bodoh sungguh.

July 23, 2014

HATI HATI DENGAN AGENDA HAPUSKAN ORANG MELAYU DAN AGAMA ISLAM

MAJLIS IFTAR PERKASA BERSAMA TOKOH DAN ILMUAN ISLAM
17 Julai 2014

PEMANSUHAN PROKLAMASI DAN ORDINAN DARURAT, ISA DAN AKTA HASUTAN DAN PENGGANTIANNYA

Oleh Tun Abdul Hamid Mohamad

Saya bukan ahli Perkasa. Tetapi, saya menerima jemputan Perkasa untuk bercakap mengenai isu ini kerana saya berpendapat bahawa ia amat penting diketahui oleh orang Melayu dan Islam.

Pada detik 12.00 tengah malam 31 Ogos 1957, Semenanjung Tanah Melayu telah merdeka. Orang-orang yang sebaya dengan saya masih terdengar pekikan “Merdeka” itu dengan perasaan penuh semangat dan kegembiraan.

Tetapi, pada detik yang sama, satu perkara berlaku, yang kita tidak sedar. Ini digambarkan dengan jelas oleh Professor Shad Saleem Farouqi dalam bukunya yang bertajuk “Document of Destiny: The Constitution of the Federation of Malaysia” di muka surat 710. Katanya:

“As a result of the “social contract” between the various races, millions of migrants to British Malaya were bestowed with citizenship by the Merdeka Constitution. It is believed that the number of citizens in Malaya doubled at the stroke of midnight on August 31, 1957 due to the constitutional grant.”

“Akibat “kontrak sosial” di antara berbagai kaum, berjuta-juta pendatang ke Malaya yang diperintah oleh British itu diberi kerakyatan oleh Perlembagaan Merdeka. Adalah dipercayai bahawa jumlah warga negara Malaya bertambah sekali ganda pada detik tengah malam 31 Ogos 1957 disebabkan oleh pemberian Perlembagaan itu.” (Terjemahan saya).

Dalam tahun 1963, Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia.

Semenjak Merdeka hinggalah sekarang, Kerajaan Persekutuan dipimpin oleh sekumpulan parti berbagai-bagai bangsa dengan seorang Melayu sebagai Perdana Menterinya. Biar apa pun kelemahan mereka, negara berada dalam keadaan aman dan tenteram membolehkannya maju dalam semua bidang dan dinikmati oleh semua orang dan semua kaum. Mana satu kaum yang boleh berkata bahawa mereka tidak menekmati kamakmuran Malaysia walau sedikit pun? Negara kita adalah diantara beberapa buah negara sahaja dalam dunia ini yang Perlembagaan asalnya masih berkuatkuasa. Malah Malaysia disifatkan sebagai model negara membangun dan negara Islam moden.

Namun demikian, rata-rata orang bukan Islam di Malaysia tidak senang dengan kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan. Mereka mahu agama- agama mereka juga diberi kedudukan yang sama. Mengikut Mantan Mufti Pulau Pinang, di Pulau Pinang satu peristiwa telah berlaku di mana di perasmian sebuah bangunan oleh Timbalan Ketua Menteri, do’a dibacakan oleh seorang Padri Kristian, seorang Sami Hindu dan Imam Masjid Negeri.

Saya juga amat sedih melihat orang Melayu dan Islam begitu naïve dan tidak boleh berfikir sehingga mereka begitu mudah diperlatkan sehingga sanggup bertakbir dan bergolek di atas jalan raya sedangkan orang bukan Islam yang untung.

Saya juga hairan mengapa ada golongan yang dipanggil “ulama’” dan ilmuan Islam tidak nampak muslihat gereja Roman Katholik yang hendak memakai kalimah “Allah” dalam bible Bahasa Melayu dan upacara gereja dalam Bahasa Melayu slepas 500 tahun kecewa mengkristiankan orang Melayu secara besar-besaran. Mereka secara buta tuli mengambil pakai misalan penggunaan kalimah Allah di bumi Arab. Kita perlu lihat isu itu dalam konteks Malaysia.

Hinggakan apabila sami Budha mengadakan upacra sembahayang di surau di sebuah hotel pun, ada ilmuan Syari’ah yang mengatakan itu tidak mengapa kerana Rasul Allah pun pernah membenarkan orang Kristian bersembahayang dalam masjid. Tidakkah mereka nampak perbezaannya?

Kisah itu melibatkan ahlil-kitab yang beriman dengan Allah dan di peringkat awal kerasulan Muhammad s.a.w. dan cara mereka bersembahyang pun tidak mencemarkan kesucian masjid. Jika dibenarkan penganut-penganut agama yang ada di Malaysia bersembahayang dalam masjid, apa akan jadi? Bukan sahaja masjid akan busuk dengan bau gaharu, to’kong akan dibawa masuk ke dalam masjid, malah babi panggang pun akan di bawa masuk ke dalam masjid, sebab di bulan hantu lapar menjamu hantu lapar adalah sebahagian daripada upacara sembahayang mereka.

Cuba pergi azan di to’kong Hindu, di to’kong Cina atau di gereja. Tengok apa akan jadi.

Mantan Mufti Pulau Pinang juga memberitahu saya adalah susah untuk mendapat peruntukan untuk aktiviti agama Islam di Pulau Pinang, kerana pemimpin-pemimpin agama-agama lain juga menuntut hak yang sama. Saya khuatir, jika kita tidak membendungnya, perkara seperti itu akan merebak ke seluruh Malaysia. Di waktu itu, waktu penyiaran rancangan-rancangan agama Islam di televisyen pun akan terpaksa dikongsi dengan agama-agama lain. Jabatan-jabatan Kerajaan dan kampus-kampus universiti kerajaan yang menyediakan surau akan terpaksa menyediakan gereja, to’kong-to’kong dan gurdwara, memeberi hanya dua misalan. Ertinya, kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan sudah tidak bermakna lagi. Peruntuan agama Islam sebagai Agama Persekutuan mungkin dimansuhkan atau kesemua agama akan dijadikan Agama Persekutuan.

Mereka juga tidak puas hati dengan peruntukan Perlembagaan yang tidak membenarkan orang bukan Islam menyibarkan agama mereka kepada orang Islam. Selain dari itu, mereka pergi ke merata dunia untuk memburukkan Islam kerana Islam tidak membenarkan penganutnya murtad, kerana Islam membolehkan poligami, kerana Islam mengharamkan liwat, membuat tuduhan Islam mendiskriminasikan orang perempuan kerana pembahagian pesaka yang tidak sama rata dan lain-lain. Soalan saya: Mengapa mereka membantah hal-hal mengenai agama Islam pada hal kita tidak pernah membantah mereka membakar kereta kertas, duit neraka (hell money) atau mencucuk pipi mereka dengan besi dan lain-lain.

Mereka juga tidak puas hati dengan hak-hak yang diberi kapada orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak dan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan. Mereka mahu bahasa mereka juga diberi kedudukan yang sama. Ke manakah perginya “kontrak sosial”?

Saya boleh faham mengapa Proklamasi Darurat dan undang-undang yang dibuat di bawahnya dimansuhkan.

Dalam tahun 1970an, seorang Hakim dari Afrika yang datang ke Malaysia untuk menghadiri satu persidangan undang-undang bertanya kepada saya: “Malaysia berada dalam keadaan darurat bukan? Saya tidak lihat sekatan jalan raya oleh tentera mahupun kereta kebal di jalan raya.” Saya jawab, “Ya, itu darurat di Malaysia. Bayangkan jika tidak.” Untuk mengatakan selepas tahun 2000 kita masih berada di bawah keadaan darurat adalah tidak munasabah. Demikian juga melaksanakan undang-undang yang dibuat khas untuk menangani keadaan semasa darurat juga sukar untuk dibela walau pun dari segi undang-undangn ia adalah sah.

Tetapi saya dapati sukar sedikit untuk memahami mengapa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) juga turut dimansuhkan. Perlu diambil perhatian bahawa ISA bukanlah satu undang-undang yang dibuat di bawah peruntukan Perkara 150, ia itu semasa Proklamasi Darurat berkuat kuasa. ISA dibuat di bawah Perkara 149 yang membolehkan undang-undang seperti ISA dibuat untuk menentang perbuatan subversif, tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam dan sebagainya.

Memanglah undang-undang yang membolehkan penangkapan dan tahanan tanpa perbicaraan bukanlah undang-undang yang baik. Tetapi, sudahkah kita lupa Mei 13? Adakah keadaan yang menggugat ketenteraman negara, tidak kira oleh siapa, kominis, militant Islam, kumpulan pelampau dan lain-lain sudah tidak ada lagi? Mana lebih baik ISA atau Guantinamo? (Untuk perbincangan mengenai ISA dan Guantinamo, sila baca ucapan dan kertas kerja saya bertajuk “Conflict of Interests Between Different Basic Rights” dan “Legal and Judicial Transformation in Malaysia” yang boleh didapati dalam lman web saya.)

Saya faham bahawa Kerajaan mahu melihat Malaysia berada di kedudukan yang baik di mata dunia. Tetapi, Singapura yang mengekalkan ISA, berada di kedudukan yang lebih baik, hampir dalam semua hal. Ertinya, ISA bukanlah sebab utama yang menentukan kedudukan itu. Lagi pula, laporan-laporan itu, yang biasanya di keluarkan di Amerika Syarikat akan senentiasa merendahkan kedudukan kita kerena kumpulan-kumpulan yang saya sebut tadi berjaya mempengruhi pengkaji-pengkaji berkenaan. Rakyat Malaysia mencari makan di Malaysia tetapi mengkejinya di luar negara. Rakyat Singapura memuji Singapura di mana-mana termasuk kerana mengeluarkan NEWwater yakni air longkang yang dibersihkan untuk minuman. Bagi pengkaji-pengkaji di Barat itu, apabila mereka mendengar adanya Perkara 153, peruntukan orang bukan Islam tidak boleh menyebarkan agama mereka kepada orang Islam, pelaksanaan hukum syarak, liwat satu kesalahan jenayah, perkahwinan sejenis tidak dibenarkan, akan rendahlah kedudukan kita. Saya kata: tak usah pedulikan laporan-laporan itu ATAU pergi menemui pengkaji-pengkaji itu dan bentangkan kedudukan yang sebenar.

Sekarang ISA telah “digantikan” oleh Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah- Langkah Khas) 2012 (SOSMA). Secara ringkas, perbezaan utama di antara keduanya ialah ISA membolehkan tahanan tanpa perbicaraan. (Tetapi tangkapan dan penahanan itu boleh dicabar di mahkamah melalui semakan kehakiman (judicial review)). Sebaliknya, di bawah SOSMA seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah akta itu mestilah dituduh di mahkamah atas tuduhan tertentu dan dibicarakan sama seperti kes jenayah lain.
Setakat ini sebanyak 38 orang telah dihadapkan ke mahkmah di bawah SOSMA, dengan 30 daripadanya di Lahat Datu. Perbicaraan sedang berjalan. Pendakwaan dilakukan oleh Peguam Negara sendiri. Kebanyakan pertuduhan adalah di bawah Chapter VIA Kanun Keseksaan yakni kesalahan-kesalahan yang berkaitan dengan keganasan (offences relating to terrorism).

Ertinya keganasan, perbuatan subversif, tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam dan sebagainya masih ada. Berbanding dengan ISA, SOSMA memanglah lebih cantik di atas kertas. Tetapi soalnya, mampukan SOSMA menangani masalah terrorism? Dari segi kesalahn-kesalahan yang diwujudkan ia nampaknya lengkap. Sama ada pertuduhan-pertuduhan itu berjaya dibuktikan, sama-samalah kita melihat perkembangannya.

Bagi saya ukurannya bukan sangat ISA ada atau tidak tetapi bagaimana ia dilaksanakan. Undang-undang apa pun boleh disalahgunakan. ISA pun jika dilaksanakan dengan berhemah dan menepati peraturan-perturannya, boleh membawa hasil yang lebih baik dari SOSMA jika SOSMA disalahgunakan. Sebaliknya, jika SOSMA dilaksankan dengan berhemah dan ia memberi kesan yang serupa, tentulah SOSMA lebih baik.

Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah mengumumkan bahawa Akta Hasutan 1948 juga akan dimansuhkan.

Akta ini dibuat oleh British apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan untuk mengekang penentangan kepada pemerintahan British. Secara ringkas, ia mengandungi kesalahan-kesalahan kerana menghasut untuk membangkitkan kebencian dan tidak taat setia kepada Raja atau Kerajaan, menghasut rakyat untuk mendapat perubahan dengan cara yang tak sah, menghasut orang supaya benci kepada pentabiran keadilan, menimbulkan perasaan tidak puas hati atau tidak setia di kalangan rakyat Malaysia, megembangkan perasaan permusuhan antara kaum. Seksyen 3(1)(f) memperuntukkan:

“.......mempersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogative yang ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan Bahagian III Perlembagaan Persekutuan atau Perkara 152, 153 atau 181 Perlembagaan Persekutuan.”

Bahgian III adalah mengenai kewarganegaraan. Perkara 152 ialah mengenai Bahasa Kebangsaan. Perkara 153 adalah mengenai “perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit dan sebagainya bagi orang Melayu atau anak negeri Sabah dan Sarawak.

Pruntukan ini dimasukkan akibat peristiwa 13 Mei. Ringkasnya, ia menghalang sesiapa sahaja daripada mempersoalkan perkara-perkara yang disebutkan itu untuk mengelak daripada berulangnya peristiwa Mei 13.

Apa sebab Akta Hasutan hendak dimansuhkan? Nampaknya, Akta Hasutan dikaitkan dengan Rang-Rang Undang-Undang Harmoni (RUU Harmoni). RUU Harmoni akan menggantikan Akta Hasutan seperti mana SOSMA menggantikan ISA. Ertinya, mengikut mereka, untuk mencapai perpaduan dan harmoni (“perpaduan”) Akta Hasutan perlulah dimansuhkan kerana ia menjadi penghalang perpaduan. Dalam kata-kata lain, berikan kebebasan kepada sesiapa sahaja untuk menghasut orang ramai supaya membenci Raja, menghapuskan sistem beraja, mempersoalkan kedudukn Bahasa Melayu sebagi Bahasa Kebangsaan, mempersoalkan hak orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak dan kerakyatan, perpaduan akan tercapai. Lojik apa ini? Ia samalah dengan lojik seorang yang berkata “Kalau mahu tebuan beredar di dalam sarangnya, jolokkan sarangnya.” Cubalah!

Maka kita perlu faham bahawa alasan bahawa Akta Hasutan perlu dimansuhkan demi untuk mencapai perpaduan itu tidak berasas lansung. Ia hanyalah helah untuk memansuhkan Akta Hasutan oleh orang-orang yang tidak sukakannya. Apatah lagi yang menggubalnya adalah Majlis Peguam. Itulah yang mereka mahu. Diberi peluang, terus mereka memanfaatkannya. Kita jangan terperangkap dengan helah seperti itu.

Apa untungnya orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak jika larangan- larangan mempersoalkan hak-hak yang diberi kepada mereka oleh Perkara 153 itu dihapuskan? Apakah untungnya orang Melayu jika hasutan mengenai kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dibenarkan? Yang untung hanyalah orang-orang yang tidak sukakan peruntukan-peruntukan itu. Tanpa Akta Hasutan mereka bebas menghasut orang ramai untuk menghapuskan pemerintahan Raja Berperlembagaan, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, hak-hak orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak. Itu kita mesti faham.

Bagi saya, pengwujudan seksyen 3(1)f) Akta Hasutan adalah kemuncak kejayaan politik orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak manakala anak negeri Sabah dan Sarawak menumpang nikmatnya. Mengapa hendak diserahkan kembali? Malukah menjadi Melayu atau anak negeri Sabah dan Sarawak? Haramkah berkata “Saya Melayu”? Sudah maju dan kaya sangatkah orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak sehinga mereka tidak mahukan hak-hak itu lagi? Baru satu generasi keluar kampung sudah tak sedar diri.Tunjukkan kepada saya satu bangsa dalam dunia ini yang dengan senghaja dan dengan mudahnya menyerahkan hak mereka kepada orang lain. Jika hak itu dimiliki oleh orang lain itu, adakah mereka akan menyerahkannya kepada orang Melayu dan nak negeri Sabah dan Sarawak? Fikir betul-betul.

Ada beberapa perkara yang sangat menghairankan saya mengenai usaha menggubal RUU Harmoni untuk menggantikan Akta Hasutan. Pertama, Akta Hasutan terletak di bawah portfolio Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KDN) yang Menterinya ialah YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Sepatutnya, semua perkara yang berkenaan dengan akta itu, sama ada hendak memindanya atau memansuhhkannya, hendaklah datangnya dari kementerian itu. Ini penting bukan sahaja kerana akta itu terletak di bawah kementerian itu, tetapi kerana kementerian itu mempunyai mahklumat-maklumat, termsuk maklumat rahsia, mengenai kententeraman negara yang akan menentukan dasar mengenainya. 

Soalan saya: Mengapa dalam hal ini tugas itu diambil alih oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) yang menterinya YB Tan Sri Joseph Kurup yang nampaknya berkerjasama dengan YB Nancy Shukri, Menteri di Jabatan Perdana Mentri? Adakah satu “rampasan” (highjacking) belaku di sini?

Mengikut prosedur biasa, selepas penetapan dasar dilakukan oleh kementerian berkenaan, gubalan adalah tugas Peguam Negara. Dalam hal ini nampaknya Peguam Negara diketepikan. Sebaliknya, tugas itu diserahkan kepada JUU&D yang ditubuh oleh MKPN yang ditubuh pula oleh JPNIN. Pengerusi JUU&D adalah YB Dato' Dr Mujahid Yusof Rawa, Ahli Parlimen PAS Parit Buntar dan Timbalan Pengerusinya adalah Encik Lim Chee Wee, mantan Presiden Majlis Peguam. Kita semua tahu bahawa Majlis Peguam adalah penyokong kuat parti-parti pembangkang terutama sekali DAP dan PKR. Tidak dinafikan bahawa yang menyediakan draf awal RUU Harmoni adalah Majlis Peguam. Adakah berlaku satu lagi rampasan (highjacking) di sini? (Untuk mengikuti perbincangan selanjutnya mengenai perkara ini, sila baca rencana saya yang disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 2 Julai 2014 atas tajuk “Saya tidak mahu jadi pengkhianat” yang juga saya muatnaikkan dalam laman web saya atas tajuk “Pembangkang, Majlis Peguam dan Komango ‘merampas’ MKPN”).

Saya ingin mengambil peluang ini unuk mengulangi pembetulan dan penjelasan saya mengenai rencana itu. Dalam rencana itu, saya memberi sebab mengapa saya menolak tawaran untuk menjadi Pengerusi Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN)atau dalam Bahasa Inggerisnya National Unity Consultative Council (NUCC). Sebenarnya saya tersilap dalam merujuk kepada MKPN dalam ayat itu. Saya sepatutnya merujuk kepada Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian di Antara Penganut Agama (JKMPKA) atau yang mempunyai nama lebih kurang seperti itu. Jawatankuasa itu juga terletak di bawah JPNIN. Saya memohon maaf di atas kesilapan itu.

Tetapi, alasan yang saya beri dalam rencana itu mengenai penolakan tawaran itu masih betul dan saya masih berdiri dengannya. Segala perbincangan mengenai keahlian MKPN, JUU&D yang dipengerusikan oleh YB Dato Dr. Mujahid Yusof Rawa dan penglibatan Majlis Peguam dalam menyediakan draf ketiga-tiga rang undang- undang itu, tidak terjejas.

Saya tertarik dengan response yang saya terima. Dari situ saya dapat lihat bahawa orang Melayu dan Islam, termasuk dari Sarawak dan juga pegawai-pegawai kerajaan dan peguam-peguam, menyokong sebulat suara apa yang saya katakan itu, manakala peguam-peguam bukan Melayu dengan lantang menghentam saya. Mereka membesar-besarkan kesilapan saya merujuk kepada MKPN itu.

Mereka kata saya bertanya mengenai bayaran. Memang betul, selain daripada bertanya mengenai terma rujukan dan aktiviti jawatankuasa itu, saya juga bertanya megenai elaun sebagai Pengerusi jawatankuasa itu. Itu kerana, saya ingin tahu sama ada jika saya menerima tawaran itu, saya dikehendaki untuk menjalankan tugas itu dengan percuma. Tugas itu adalah tugas Menteri dan pegawai-pegawai di JPNIN. Adalah tidak adil jika mereka meminta saya dan ahli-ahli jawatankuasa itu membuat kerja mereka dengan percuma sedangkan mereka menerima gaji dan mengambil nama apabila kerja itu selesai.

Malaysian Insider berkata “Putrajaya” memberitahu saya tidak ada apa-apa bayaran. Oleh itu saya menolak tawaran itu. Putrajaya boleh bercakapkah? Siapa dia “Putrajaya” itu? Saya menulis surat kedua menolak tawaran itu sebelum surat pertama saya dijawab. Malah hingga ke hari ini pun, tidak ada apa-apa jawapan, sebab ia sudah tidak berkenaan lagi.

Mengikut Malaysian Insider juga, saya meminta sebuah kereta. Bohong! Sebenarnya, apabila Setiausaha Sulit kepada YB Tan Sri Josph Kurup (atau pegawai di jabatannya) menalipon saya memberitahu saya bahawa YB Tan Sri Joseph Kurup ingin berjumpa dengan saya, antara lain, saya berkata, “Saya tidak ada pemandu dan disebabkan oleh keuzuran saya, saya tidak boleh memandu lagi. Bolehkah hantar sebuah kereta untuk mengambil saya dari rumah saya dan menghantar saya balik?” “Tiada masalah,” jawab beliau. Demikian juga jika saya menerima jawatan itu, saya kena diambil dan dihantar balik. Hari ini pun seorang ahli Pesaka mengambil saya dan membawa saya ke sini dan akan menghantar saya balik. Adakah itu bererti saya memita sebuah kereta dari Pesaka?

Dato Ambiga, mantan Presiden Majlis Peguam dan lain-lain peguam bukan Melyu serentak menyerang saya. Mengapa turun begitu rendah? Jawablah soalan-soalan yang saya kemukakan itu.

Walau bagaimana pun, sekurang-kurangnya rencana itu telah menyebabkan semua pihak yang berkaitan tersentak. Ini termasuk JPNIN, MKPN, JUU&D, Majlis Tertinggi UMNO, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri, malah Perdana Menteri sendiri. Menteri itu telah memberi jaminan bahawa rang-rang undang-undang itu tidak akan diluluskan dengan tergesa-gesa dan ia tidak akan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. YAB Perdana Menteri sendiri telah berkata bahawa “MKPN bukan(lah) badan penentu dalam menggubal Akta Keharmonian Nasional sebaliknya Kabinet dan kerajaan adalah pihak bertanggungjawab memuktamadkan perkara itu”; bahawa “akta baharu tersebut yang dicadang untuk menggantikan Akta Hasutan 1948 akan mengambil kira soal Islam sebagai agama Persekutuan, hak keistimewaan orang Melayu dan institusi diraja” dan bahawa "Apa yang dilakukan Majlis Peguam itu tidak selaras dengan matlamat penubuhan MKPN.” Kita difahamkan bahawa Majlis Tertinggi UMNO juga telak menubuhkan satu jawatankuasa untuk mengkaji perkara ini dan memberi pandangannya.

Itu adalah satu perkembangan yang menggalakkan. Tetapi saya ada satu cadangan. Jika sesat dihujung jalan kembali ke pangkal jalan. Ertinya, pertama, oleh sebab Akta Hasutan terletak di bawah KDN, segala urusan mengenainya hendaklah diserahkan balik kepada kemeterian itu. Sama ada hendak memindanya atau tidak dan apa pindaaannya; sama ada hendak memansuhnya atau tidak dan apa penggantinya, hendaklah diputuskan oleh kementerian itu, bukan JPNIN sebelum dibawa kepada Kabinet.

Patutkah Akta Hasutan dimnasuhkan? Jawapan saya: tidak. Patutkah ia dipinda? Jawapaan saya: Ya. Apakah pindaan yang perlu dibuat? Jawapan saya: Masukkan Perkara 3 dan 11 Perlembagaan Malaysia (agama Islam) ke dalam seksyen 3(1)(f) Akta Hasutan. Sekarang menghasut terhadap kedudukan agama Islam bukanlah satu kesalahan di bawah Akta Hasutan. Mungkin kerana itu, mereka sangat berani. Semua orang Islam, sama ada dalam UMNO, PAS, PKR, NGO dan individu hendaklah bersatu dalam hal ini.

Kedua, pada pandangan saya, adalah lebih baik bagi kerajaan kiranya kesalahan menghasut terhadap kerajaan dimansuhkan. Maksud saya hanya mengenai kerajaan tetapi terhadap Raja mestilah dikekalkan. Ini lebih demokratik, lebih telus dan lebih terbuka. Hari ini pun, walapun larangan itu ada, setakat yang saya tahu, kerajaan tidak peranah mengambil tidankan terhadap orang yang mengkritiknya kerana itu sebahagian daripada proses demokrasi. Untuk apa dikekalkan peruntukan itu?

Pada pandangan saya, itulah pendirian yang semua orang Islam, parti politik Islam dan NGO Islam, patut ambil.

Bagaimana dengan RUU Harmoni yang JPNIN sedang buat itu? Pertama, kita mesti faham bahawa harmoni dan perpaduan tidak ada kaitan dengan hasutan. Dalam kata-kata lain RUU Harmoni tidak ada kaitan dengan Akta Hasutan. Jangan gunakan RUU Harmoni untuk memansuhkan Akta Hasutan. Tambahan lagi, Akta Hasutan bukan berad di bawah bidangkuasa JPNIN. Ia berada di bawah bidangkuasa KDN. Bagi saya, tidak ada halangan jika JPNIN fikir perpaduan negara boleh dicapai melalui undang-undang. Sediakanlah draf RUU itu. Tetapi, janganlah mengulangi kesilapan yang sama.

Berdasarkan pendirian saya ini, kesuntukan masa, bahawa draf RUU Harmoni masih berada masih di peringkat awal dan, saya percaya, selepas ini, draf itu akan di scrutinise dengan lebih teliti oleh MKPN, JPNIN, Kabinet, malah, kita tidak boleh menolak kemungkinan ia di abandoned, memadailah jika saya memberi dua misalan mengenai isi kandungan RUU Harmoni.

Pertama, nampaknya matlamat utama penggubal RUU Harmoni adalah untuk memansuhkan Akta Hasutan. Seksyen 8(1), Draft Racial and Religious Hate Crimes Bill memperuntukkan:

“8(1) The Sedition Act 1948 [Act No. 15] is repealed.”

Degan pemansuhan Akta Hasutan, menghasut seperti yang ditakrifkan oleh akta itu sudah tidak menjadi kesalahan lagi. Sebagai satu misalan, seseorang itu boleh menyoal dan mempertikai peruntukan-peruntukan Perlembagaan mengenai hak-hak orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, kedudukan Raja-Raja Melayu, malah cuba mempengaruhi orang ramai untuk membencinya dan menekan Kerajaan untuk memansuhkan semua peruntukan-peruntukan itu. Siapakah yang selalu kedengaran membuat tuntutan-tuntutan seperti itu? Tidakkah apa yang hendak dilakukan itu untuk memenuhi kehendak mereka?

Kedua, Rang undang-undang itu menekankan peruntukan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan. Seksyen 2(i) National Harmony and Reconciliation Bill mengatakan bahawa tujuan rang undang-undang itu adalah:

“2(i) To give effect to the letter and spirit of the Federal Constitution, in particular Article 8.”

“Untuk memberi kesan kepada apa yang tertulis dan semangat Perlembagaan Persekutuan, khususnya perkara 8." – (Terjemahan saya.)

Sepanjang ingatan saya, saya belum penah temui satu akta yang memperuntukkan bahawa sesuatu perkara dalam Perlembagan itu kena diberi perhatian yang lebih daripada yang lain-lain. Dari situ kita dapat lihat tujuan mereka yang yang tersirat.
Kesimpulannya:

1. Janganlah mansuh AktaHasutan1948.

2. Segala urusan mengenai Akta Hasutan hendaklah dilakukan oleh kementerian yang bertanggungjawab mengenainya ia itu KDN.

3. JPNIN tidak septutnya mengambil alih perkara yang terletak dalam bidangkuasa KDN dan Peguam Negara.

4. Prosedur biasa di mana KDN menentukan dasar dan gubalan dibuat oleh Jabatan Peguam Negara hendaklah diikuti. Jangan sekali-kali lepas tagan kepada pembangkang dan sekutunya yang mempunyai agenda mereka sendiri. Penentuan muktamat mengenai dasar hendaklah dibuat oleh Kabinet.

5. Akta Hasutan hendaklah dipinda untuk memasukkan Perkara 3 dan 11 (agama Islam) ke dalan seksyen 3(1)(f).

6. Eloklah kerajaan memikirkan untuk meminda Akta Hasutan untuk mengeluarkan kesalahan menghasut terhadap kerajaan supaya kerajaan nampak lebih telus, terbuka dan demokratik.

7. Ketepikan draf RUU yang dibuat oleh Majlis Peguam itu.

8. Jika JPNIN berfikir bahawa perpaduan boleh dicapai melalui undang-undang, sila sediakan drafnya. Jangan cuba kaitkan dengan Akta Hasutan yang tidak ada kena mengena dengan perpaduan dan berada di luar bidangkuasa JPNIN. JPNIN hendaklah menentukan dasarnya dengan Kabinet sebagai penentu muktamad. Jangan ulangi kesilapan dan menyerahkan tanggungjawab itu kepada pembangkang dan sekutunya yang mempunyai agenda mereka sendiri. Ikutlah peraturan biasa di mana penggubalan dilakukan oleh Jabatan Peguam Negara.

9. Semua orang Melayu, Islam dan anak negeri Sabah dan Sarawak, semua parti-parti politik, NGO dan pertubuhan Melayu, Islam dan anak negeri Sabah dan Sarawak hendaklah bersatu dalam hal ini.

10. Kita bukan hendak meminggirkan kaum-kaum lain. Kita hanya hendak mempertahankan Perlembagaan supaya perpaduan akan berkekalan. Kaum- kaum lain juga patut bersama-sana mempertahankan Perlembagaan. Hanya dengan cara itu perpaduan akan tercapai.

ANWAR IBRAHIM BAYAR AHLI PKR UNTUK TENDANG KHALID IBRAHIM

Dalam kekecohan rakyat Malaysia menghadapi insiden MH17, Pakcik Anwar terus membuat lawak jenaka untuk memperbodohkan rakyat terutama pengikut setianya. Baru baru ini pakcik Anwar dengan selamba membuat sidang media dan menyatakan isterinya, Makcik Jah sebagai MB Selangor yang baru. Berikutan dengan itu, habis kecoh satu PKR dengan gelak ketawa melihat kebodohan pemimpin agung mereka.



Pakcik Anwar tak habis habis buat malu anak bini sendiri. Dia gila nak jadi PM, anak bini dia yang kena tanggung. Lagipun macam dah tak ada anak jati Selangor yang boleh jadi MB Selangor. Kalau rasa rasa nak juga lantik Makcik Jah jadi MB, baik bubar je PKR Selangor. Sebab ahli PKR yang merupakan anak jati Selangor dinafikan hak mereka.



Huru hara dah PKR ni rupanya. Bayangkanlah kalau pakcik Anwar jadi PM dibawah UMNO dahulu, aku rasa kacau bilau dah Malaysia. Awal awal lagi Malaysia dah bungkus. Nasiblah orang tua ni dah kena tendang dulu sebelum sempat jadi PM.

MAYAT MANGSA NAHAS MH17 DIBAWA PULANG


Beberapa anggota Pasukan Siasatan Khas Malaysia menerima mayat mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di Ukraine, Khamis lepas.

Kesemua 282 mayat terbabit tiba di Kharkiv, kira-kira 500 kilometer dari Kiev, pukul 12 tengah hari (waktu tempatan).

Ketua Pasukan Siasatan Khas Malaysia Khairil Hilmi Mokhtar mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Bernama.

Bagaimanapun, petugas media rasmi tidak dibenar memasuki kawasan operasi di mana mayat terbabit akan dikenal pasti dan dipindah daripada kereta api yang dilengkapi bilik sejuk meskipun menunggu lebih enam jam sejak pukul 6 pagi.

Seorang pegawai kerajaan Kharkiv berkata, kesemua mayat itu dibawa ke pangkalan tentera sebelum dihantar balik ke negara asal.

Kumpulan itu dihantar ke Kharkiv berikutan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya pada Isnin malam, bahawa 282 mayat akan dipindahkan dengan kereta api dari Torez ke Kharkiv selepas beliau berjaya mengadakan rundingan dengan Alexander Borodai, yang menguasai wilayah Ukraine yang bergolak, lokasi pesawat itu terhempas.

Tapak kemalangan berhampiran Torez adalah kira-kira 300 kilometer dari Kharkiv.


Najib berkata, mayat terbabit akan diterbangkan ke Amsterdam dengan pesawat C130 Hercules Belanda bersama-sama anggota Pasukan Siasatan Khas Malaysia.

Mayat rakyat Malaysia akan diterbangkan ke tanah air selepas selesai semua kerja forensik.

Pasukan itu terdiri daripada 23 petugas daripada Pasukan Penyelamat Khas Malaysia (SMART), 12 anggota forensik polis dan pegawai Kementerian Pengangkutan. Sembilan pemberita turut menyertai mereka.

Mereka berlepas dari Kiev pada 10.30 malam Isnin (3.30 pagi Selasa waktu Malaysia) dan tiba di tempat pertemuan pada 6 pagi semalam (11 pagi waktu Malaysia).

Semalam, pasukan itu turut menerima dua kotak hitam di Donetsk.

Susulan kejayaan mendapatkan mayat serta kotak hitam itu, pasukan penyiasat Malaysia akan memindahkan operasinya ke Belanda dan mereka akan berlepas ke Amsterdam malam ini.

Pesawat MAS MH17 itu dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika terhempas di Donetsk, timur Ukraine yang terletak berhampiran sempadan Rusia pada Khamis.

Pesawat jenis Boeing 777-200 itu membawa 298 orang iaitu 283 penumpang dan 15 anak kapal.

Ia dipercayai telah ditembak jatuh tetapi sehingga hari ini tiada pihak mengaku bertanggungjawab menyebabkan nahas itu. - BERNAMA

July 14, 2014

APMM HANYA HABISKAN DUIT RAKYAT

Sekali lagi kejadian membuktikan agensi seperti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia yang berada di bawah Jabatan Perdana Menteri, tidak berfungsi dan berkesan, sebaliknya hanya membazirkan peruntukan semata-mata.

Dalam kejadian pukul 11:00 malam tadi, dua orang anggota polis Marin telah dibunuh oleh lanun Sulu, manakala dua orang lagi telah ditangkap atau diculik. Empat orang anggota polis Marin yang kekurangan serba-serbi di Pulau Mabul, berhadapan dengan lapan orang lanun yang mempunyai persenjataan lebih baik dan bot lebih laju berbanding polis marin di pulau daif tersebut.

Anda boleh bayangkan bagaimana sekolah dan balai polis Pulau Mabul, masih lagi menggunakan bekalan air dari hujan manakala telaga sintetik pula dimiliki oleh resort-resort berharga tinggi yang dimiliki oleh penguasa Cina.

Penduduk asal di pulau tersebut terdiri daripada suku kaum Bajau Laut dan terdapat perkampungan Sea Gypsy (kelompok tidak bernegara dan sebahagian besar daripada mereka tidak mempunyai dokumen pengenalan diri) di atas air sekitar Pulau Mabul.

Sebelum ini telah diberikan cadangan agar menutup laluan perairan ke kawasan Semporna, Lahad Datu dan Kunak. Malah ada juga cadangan agar kemasukan kumpit-kumpit dan barter trade di Tawau juga disekat. Bagaimanapun, cadangan tersebut dipandang remeh kerana pihak-pihak berkenaan enggan menjejaskan keuntungan perniagaan beberapa orang taukeh.

Sebenarnya sekatan tersebut akan memberikan kesan besar kepada kemasukan lanun-lanun ini. Sekaligus mewujudkan keselamatan yang lebih terjamin. Apatah lagi masyarakat mahukan satu tindakan drastik dari pasukan keselamatan. Dan tindakan drastik tersebut boleh mengembalikan kepercayaan masyarakat dan secara tidak langsung menaikkan imej pasukan keselamatan sendiri.

Malangnya cadangan tersebut ditolak mentah-mentah.

Ramai yang mengatakan kerajaan hanya 'hangat-hangat taik ayam. Banyak perkara telah berlaku dan sepatutnya kerajaan telah buka mata. Malangnya, walaupun penculikan dan pencerobohan berlaku berulang-ulang kali, alasan yang mampu diberikan ialah, kawasan perairan sangat luas dan tidak boleh dikawal sepenuhnya. Sedangkan hakikatnya yang tidak ada adalah tindakan memperketatkan kawalan dan kelemahan menjaga aset.

APMM merupakan satu pembaziran yang amat nyata. Tidak keterlaluan kalau dikatakan, APMM makan angin di sana. Sewajarnya aset-aset yang dimiliki oleh APMM sekarang, dipulangkan semula kepada Polis Marin, manakala fungsi APMM dilucutkan dan Polis Marin dikembalikan kuasanya seperti sebelum kewujudan APMM.

Setakat hari ini, APMM tidak pernah terlibat dalam satu kes pun membabitkan penguatkuasaan walaupun cerita tentang APMM hebat diperdengarkan. Sebaliknya yang lebih banyak buat kerja adalah Polis Marin walaupun sepatutnya Polis Marin yang aset dan kuasa mereka telah dipindahkan kepada APMM, sudah boleh goyang kaki dengan aset-aset buruk dan cabuk, sisa-sisa APMM.

Dan lebih menarik lagi, ada dakwaan mengatakan APMM bekerja ikut waktu pejabat. Lebih masa, ada overtime!

Sewajarnya kerajaan turut merobohkan penempatan di laut dan membina penempatan semula. Tempatkan segala aset dengan tugasan mengawal, bukannya berlabuh seperti yang dilakukan oleh APMM sekarang ini dan tunggu pengganas masuk baru nak kejar.

Sebaliknya apa yang berlaku sekarang ialah, penempatan laut masih wujud. Kampung air masih berselerak dan tidak terkawal. Bot-bot tidak dilesenkan. Justeru, bagaimana pemantauan keluar masuk bot boleh dilakukan? - SUMBER

NASRANI TIDAK PERNAH BERHENTI MENGGANGGU UMAT ISLAM

Itulah kerja mereka. Bertepatan dengan ayat 120 surah Al Baqarah, “Sememangnya Pelampau Evangelis Kristian Mempunyai Agenda Jahat Di Malaysia hinggakan celuparnya mulut Kit Siang Apakah Kini Berpesan Sesama Sendiri Ingatkan Firman Allah Sudah Tidak Boleh Lagi?

Seperti tahun-tahun lepas semenjak 20 tahun lalu inilah yang mereka lakukan pada bulan Ramadhan ketika kita berpuasa sepanjang bulan. Pelampau Kristian Berdoa Sepanjang Ramadhan Untuk Orang Islam Murtad.

Kempen yang sama telah mereka gerakkan mulai hari ini. “30 Days of Prayer for the Muslim World” starts June 28, 2014 disebut dalam laman rasmi mereka di http://www.30-days.net.

Para Evangelis Kristian melaksanakan kempen untuk mendoakan agar orang Islam dimurtadkan dan meninggal dua kalimah syahadah untuk mempersaksikan Jesus di bulan Ramadhan ini.

Kempen sebegini lengkap dengan pelbagai poster dan risalah kecil untuk panduan orang-orang Kristian memurtadkan orang Islam termasuk di dalam bahasa Melayu.

Apakah pula umat Islam lakukan di bulan Ramadhan yang mulia ini? Apakah kita semua tidak ambil kesempatan di bulan ini untuk mempertingkatkan amalan serta mendoakan agar agenda musuh dipatahkan dan agar membuka pintu hati kenalan kita, jiran kita, rakan sepejabat dan seluruh rakyat jelata yang belum lagi Islam untuk menerima dua kalimah syahadah ini? - SUMBER

July 3, 2014

CINA DAP MAKI POLIS DIRAJA MALAYSIA

Saman, kompaun trafik atau lebih dikenali dengan 'surat cinta pakcik putih' adalah perkara yang tidak menyedapkan hati mana-mana pihak jika terkena. 2 perasaan sering melanda tatkala diberikan surat istimewa ini, menyesal ataupun marah yang membawa padah kepada diri sendiri.

Seperti yang berlaku kepada seorang anggota PDRM di bawah yang menerima tandatangan 'kurang ajar' dari seorang pemandu motokar Chevrolet, Lim Pei Jye, nombor pendaftaran PLE2292.

Kejadian berlaku di BP Batu Feringghi pada 2/7/2014 pada jam 9.50pagi

Semasa pengadu seorang anggota bersama rakan setugas sedang bertugas ronda bit/patrol telah menahan sebuah motokar jenis chevrolet yang dipandu oleh seorang lelaki cina, atas kesalahan tidak berhenti ketika lampu isyarat warna merah di hadapan Hotel Holiday Inn.

Anggota tersebut telah menahan motokar tersebut di hadapan I Love U Cafe serta minta IC dan lesen memandu lelaki tersebut. Pemandu kereta tersebut menyatakan beliau telah lewat untuk menghantar anak ke sekolah dan mengatakan

"Ambil duit kopi sudah lah"

Tetapi pengadu tidak menghiraukan, terus mengeluarkan buku saman. Semasa sedang menulis buku saman, pemandu tersebut berkata

"Oh you orang tidak mahu kasi saya peluang you tunggulah tengok nanti saya buat apa. Ok lah u tulis cepat sikit I ada hal penting."

Setelah anggota selesai tulis saman minta pemandu motokar tersebut untuk tandatangan Pol 257. Setelah beredar dalam keadaan marah, pengadu menyemak POL 257 dan mendapati tempat tandatangan penerima ditulis dengan perkataan ' pukimak' lalu pengadu membuat laporan polis.

Apa salah anggota ini? Beliau hanya menjalankan tugas tetapi dibalas dengan sikap biadab seperti ini hanya memalukan bangsa sendiri saja. Ingatlah, anggota PDRM itu juga manusia yang punyai hati dan perasaan.

HAPUS HAK ORANG ISLAM


1.Syefura Othman atau nama panggilannya Rara Othman seorang berstatus Melayu Bumiputera telah tekad untuk menjadi ahli DAP seumur hidup. Rara Othman kini telah bersetuju dan berjanji dalam penyerahan borang ahli DAP seumur hidup untuk sama sama menghapuskan status Melayu Bumiputera. Penyerahan borang ini diserahkan kepada wakil rakyat DAP Segambut Lim Lip Eng hasil pilihan Melayu Segambut.

2.Rara Othman tidak mahu wujud hak hak istimewa untuk Melayu Bumiputera sahaja kerana kaum cina juga perlu di beri hak yang sama seperti Melayu Bumiputera kerana kaum cina telah membayar cukai. Rara Othman telah bersetuju untuk patuh kepada prinsip parti lebih dari segala-galanya iaitu tidak akan menyokong Hudud seperti mana yang telah diikrarkan oleh Dyana Sofya UiTM

3.Segelintir ahli NGO PKR iaitu S.A.M.M kini berasa kecewa kerana Rara Othman selaku mempunyai jawatan didalam S.A.M.M sebagai Penyelaras Segmentasi Wanita Muda S.A.M.M tidak memasuki PKR, sebaliknya memasuki parti DAP yang berteraskan menghapuskan Perlembagaan 153 dan menghapuskan status Melayu Bumiputera.

4.Pemimpin cina DAP kini kelihatan gembira kerana mereka menyatakan: "kini PAS tidak ada sebab mengapa tidak mahu mengundi calon Melayu DAP sepertimana terjadi kepada Dyana Sofya kerana tidak memakai tudung, kini kami telah mempunyai Ahli DAP yang memakai tudung. Seterusnya kami Ahli DAP akan menjemput lebih ramai orang Melayu yang berstatus Ustaz dan Ustazah, kerana kami percaya ramai orang Melayu yang kuat agamanya mempunyai tidak bersangka jahat terhadap kamai. Kami sebenarnya bangsa cina yang tertekan dengan kerajaan UMNO BARISAN NASIONAL, ramai bangsa cina hidup susah dan tidak dapat merasai harta dan kemewahan Malaysia ini dengan sama rata. Jadi marilah bersama sama DAP bagi menghapuskan status Melayu Bumiputera demi kesejahteraan dan menjulang semangat demokrasi terpimpin"

July 2, 2014

MKPN DIKUASAI TAGHUT


Jika ada satu keputusan yang saya buat dalam beberapa bulan lepas yang semakin terbukti bahawa ia adalah betul, ianya adalah keputusan saya untuk menolak tawaran untuk menjadi Pengerusi Majlis Konsultansi Perpaduan Negara (MKPN) atau lebih dikenali dalam Bahasa Inggerisnya sebagai National Unity Consultative Council (NUCC). Saya menolak tawaran itu kerana saya khuatir saya akan menjadi alat untuk memanjangkan tuntutan-tuntutan pihak-pihak tertentu yang senentiasa mencari peluang untuk menguatkan kedudukan mereka dengan menghakiskan hak-hak orang Melayu dan anak-anak negeri Sabah dan Sarawak dan kedudukkan agama Islam, sambil mengekalkan hak-hak mereka. Saya takut kiranya saya akan menjadi “pengkhianat” kepada bangsa Melayu dan agama Islam. Saya berbuat demikian sebelum saya mengetahui komposisi dan nama ahli-ahli MKPN.

Apabila saya melihat komposisi dan nama ahli-ahli MKPN, saya lebih yakin bahawa keputusan saya itu adalah betul. Besar kemungkinan MKPN akan menjadi saluran untuk pihak-pihak yang mendokong program parti-parti pembangkang, terutama sekali DAP dan PKR (manakala PAS, seperti biasa akan menurut sahaja) dan ahli- ahli Melayu/Islam tidak akan dapat mempertahankan kedudukan yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan, malah ada yang tidak akan mempertahankannya kerana fahaman mereka yang “liberal” itu. Ahli-ahli yang terdiri daripada anak-anak negeri Sabah dan Sarawak, terutama sekali yang beragama Kristian, yang kurang senang denagn orang Melayu/Islam di Semenanjung kerana isu kalimah Allah, juga akan bersekongkol tanpa menyedari bahawa hak-hak mereka juga akan terhakis.
Siapakah Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Undang-Undang dan Polisi MKPN? Pengerusinya ialah YB Dato' Dr Mujahid Yusof Rawa, Ahli Parlimen PAS Parit Buntar dan Timbalan Pengerusinya ialah Encik Lim Chee Wee (LCW), bekas Presiden Majlis Peguam. Dato’ Dr. Mujahid adalah seorang pemimpin PAS dan LCW adalah mantan Pengerusi Majlis Peguam. Saya katakan bahawa Kerajaan melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), secara senghaja atau tidak, sedar atau tidak, telah menyerahkan tugas menetapkan dasar (polisi) dan menyediakan draf rang-rang undang-undang berikut kepada pembangkang:

1. Racial and Religious Hate Crime Billl;
2. National Harmony and Reconciliation Bill; and
3. National Harmony and Reconciliation Commission Bill.

Mengapa saya kaitkan Majlis Peguam dengan pembangkang? Semua orang tahu pendirian Majlis Peguam mengenai politik tanahair. Terus terang saya katakan bahawa Majlis Peguam menyebelahi dan menyokong Pakatan Rakyat, terutama sekali DAP dan Keadilan. Tidak perlu saya menghabiskan ruang untuk menurunkan fakta-fakta untuk menyokong kenyataan ini. Walau bagaimana pun saya akan cerita satu peristiwa yang berlaku semasa saya menjadi Ketua Hakim Negara.

Selepas PRU12, Majlis Peguam mengadakan Majlis Makan Malam Tahunannya. Untuk menjaga hubungan baik di antara Badan Kehakiman dan Majlis Peguam, saya hadir. Majlis itu tak ubah seperti majlis menyambut kemenangan parti-parti pembangkang. Antara lain, Dato Ambigar, Presiden Majlis Peguam berkata, “Akhirnya pengundi-pengundi telah matang....” (Soalan saya: Adakah pengundi hanya matang apabila mereka mengundi pembangkang, khususnya DAP dan Keadilan?) Encik Cecil Rajendra, peguam-penyair dari Pulau Pinang itu, menulis sebuah puisi memuji peguam-peguam yang memenangi pilihanraya atas tiket DAP dan Keadilan. Sebelum membaca puisinya, beliau memanggil mereka naik ke pentas dan mengisytiharkan mereka sebagai “Our heroes”. Itulah majlis rasmi Majlis Peguam yang menjemput Ketua Hakim Negara sebaga dif kehormat! Saya berfikir sama ada hendak meninggalkan majlis itu atau tidak, tetapi kerana tidak mahu membuat heboh, saya sabar juga. (Mungkin itu salah satu kelemahan orang Melayu: Orang Melayu terlalu sensitive terhadap perasaan orang lain sehingga orang lain tidak perlu sensitive terhadap perasaan mereka.)

Saya difahamkan bahawa LCW dan Andrew Khoo (Pengerusi Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Majlis Peguam dan seorang aktivis COMANGO) terlibat dalam menyediakan draf ketiga-tiga rang undang-undang itu. Malah saya percaya bahawa firma guaman merekalah yang membuatnya. Naskah awal yang saya terima melalui email tertera kata-kata “Prepared by Bar Council”. Saya juga membandingkan kedua-dua set rang-rang undang-undang itu. Banyak peruntukan kedua-dua set itu serupa, seksyen demi sekyen.

Apa salahnya jika pembangkang dilantik menjadi Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa itu? Ia bererti, paling kurang, bahawa setelah BN berhempas pulas untuk memenangi PRU 13, ia mengketepikan pengundi-pengundinya untuk mengambil hati pembangkang. Jika demikian untuk apa penyokong-penyokong BN terutama sekali UMNO berkerja keras untuk memberi kemenangan kepada UMNO dan BN? Pembangkang pula tidak perlu berkerja keras untuk menang, sebab jika ia kalah sekalipun ia akan dapat menyerapkan rancangannya untuk dilaksanakan juga.

Apa salahnya jika Majlis Peguam yang menggubal draf awal? Saya katakan, apabila diberi peluang Majlis Peguam semestinya akan menggubal seperti yang dikehendakinya, sesuai dengan kehendak parti-parti yang disokongnya ia itu DAP dan Keadilan.

Hal seperti ini pernah berlaku semasa saya menjadi Ketua Hakim Negara. Majlis Peguam telah menggubal Rang Udang-Undang Pelantikan Hakim-Hakim. Draf itu dibawa kepada Perdana Menteri (pada masa itu) oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (pada masa tu), Dato Zaid Ibrahim. Kerana ia melibatkan Badan Kehakiman, saya diberi satu salinan. Ringkasnya, mengikut draf itu Suruhanjaya itu akan menentukan siapa yang akan dilantik menjadi Hakim dan siapa yang akan naik pangkat sehingga menjadi Ketua Hakim Negara. Dalam draf Majlis Peguam itu, majoriti ahli-ahli Suruhanjaya itu adalah peguam-peguam. Ertinya penguam- peguamlah yang akan menentukannya. Saya membantahnya. Antara lain, saya berkata: “Jika Rang Undang-Undang ini diluluskan, Hakim-Hakim akan melutut kepada peguam-peguam.” Akhirnya, rang undang-undang itu dipinda dan peruntukan mengenai ahli-ahli yang terdiri daripada peguam-peguam dikeluarkan.

Tidakkah kita belajar dari kesilapan itu? Atau, dalam hal ini, adakah ia disengajakan, cuai, atau kerana tidak atau tidak dapat berfikir?

Saya difahamkan bahawa LCW, bersama-sama Christopher Leong (Presiden Majlis Peguam ) dan Andrew Khoo telah pun turun padang untuk mempromosikan agenda mereka.

Seperti yang ditegaskan oleh MKPN, rang-rang udang-undang itu berada di peringkat rundingan. Walaupun ia masih di peringkat rundingan, soalan saya ialah mengapa pembangkang, termasuk Majlis Peguam dan COMANGO diminta, dibenarkan, dibiarkan untuk menetapkan dasar dan menggubalnya, sedangkan mereka mempunyai agenda sendiri?

Mengikut amalan biasa, apabila Kerajaan hendak membuat sesuatu undang- undang, Kerajaan (Kementerian atau Jabatan) akan terlebih dahulu membuat keputusan-keputusan dasar. Selapas itu Kementerian/Jabatan akan mengarahkan Jabatan Peguam Negara (melalui pegawai-pegawainya di Kementerian atau Jabatan itu.) Tugas Peguam Negara adalah untuk menggubal seperti yang dikehendaki oleh sesuatu Kementerian atau Jabatan. Mengapa amalan itu tidak diikuti?


Dalam hal ini, adalah amat menghairankan mengapa jawatankuasa itu bukan sahaja diberi tugas untuk mendraf rang-rang undang-undang, tetapi juga untuk menetapkan dasar mengenainya. Peguam Negara pun tidak tidak diberi tugas seperti itu.

Perlu ditegaskan bahawa saya tidak menentang pihak pembangkang dirunding mengenai rang-rang udang-undang itu. Tetapi, janganlah sampai menyerahkan penentuan dasar dan penggubalan kpada mereka. Mereka tentu sekali akan menetapkan dasar akan menggubal mengikut kehendak mereka. Ini kita dapat lihat daripada kandungan draf rang-rang undang-undang terebut.

Kerajaan BN, terutama sekali UMNO dan juga PAS akan bertanggungjawab jika undang-undang itu diluluskan dan ia akan menghakis hak-hak orang Melayu dan kedudukan agama Islam. Pemimpin-pemimpin anak negeri Sabah dan Sarawak juga tidak akan terlepas daipada tanggungjawab itu.

(Bahagian Kedua akan membincang peruntukan-peruntukan rang-rang undang- undang itu)

tahamidm@gmail.com  www.tunabdulhamid.my