Geng Bas Sekolah

July 14, 2014

APMM HANYA HABISKAN DUIT RAKYAT

Sekali lagi kejadian membuktikan agensi seperti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia yang berada di bawah Jabatan Perdana Menteri, tidak berfungsi dan berkesan, sebaliknya hanya membazirkan peruntukan semata-mata.

Dalam kejadian pukul 11:00 malam tadi, dua orang anggota polis Marin telah dibunuh oleh lanun Sulu, manakala dua orang lagi telah ditangkap atau diculik. Empat orang anggota polis Marin yang kekurangan serba-serbi di Pulau Mabul, berhadapan dengan lapan orang lanun yang mempunyai persenjataan lebih baik dan bot lebih laju berbanding polis marin di pulau daif tersebut.

Anda boleh bayangkan bagaimana sekolah dan balai polis Pulau Mabul, masih lagi menggunakan bekalan air dari hujan manakala telaga sintetik pula dimiliki oleh resort-resort berharga tinggi yang dimiliki oleh penguasa Cina.

Penduduk asal di pulau tersebut terdiri daripada suku kaum Bajau Laut dan terdapat perkampungan Sea Gypsy (kelompok tidak bernegara dan sebahagian besar daripada mereka tidak mempunyai dokumen pengenalan diri) di atas air sekitar Pulau Mabul.

Sebelum ini telah diberikan cadangan agar menutup laluan perairan ke kawasan Semporna, Lahad Datu dan Kunak. Malah ada juga cadangan agar kemasukan kumpit-kumpit dan barter trade di Tawau juga disekat. Bagaimanapun, cadangan tersebut dipandang remeh kerana pihak-pihak berkenaan enggan menjejaskan keuntungan perniagaan beberapa orang taukeh.

Sebenarnya sekatan tersebut akan memberikan kesan besar kepada kemasukan lanun-lanun ini. Sekaligus mewujudkan keselamatan yang lebih terjamin. Apatah lagi masyarakat mahukan satu tindakan drastik dari pasukan keselamatan. Dan tindakan drastik tersebut boleh mengembalikan kepercayaan masyarakat dan secara tidak langsung menaikkan imej pasukan keselamatan sendiri.

Malangnya cadangan tersebut ditolak mentah-mentah.

Ramai yang mengatakan kerajaan hanya 'hangat-hangat taik ayam. Banyak perkara telah berlaku dan sepatutnya kerajaan telah buka mata. Malangnya, walaupun penculikan dan pencerobohan berlaku berulang-ulang kali, alasan yang mampu diberikan ialah, kawasan perairan sangat luas dan tidak boleh dikawal sepenuhnya. Sedangkan hakikatnya yang tidak ada adalah tindakan memperketatkan kawalan dan kelemahan menjaga aset.

APMM merupakan satu pembaziran yang amat nyata. Tidak keterlaluan kalau dikatakan, APMM makan angin di sana. Sewajarnya aset-aset yang dimiliki oleh APMM sekarang, dipulangkan semula kepada Polis Marin, manakala fungsi APMM dilucutkan dan Polis Marin dikembalikan kuasanya seperti sebelum kewujudan APMM.

Setakat hari ini, APMM tidak pernah terlibat dalam satu kes pun membabitkan penguatkuasaan walaupun cerita tentang APMM hebat diperdengarkan. Sebaliknya yang lebih banyak buat kerja adalah Polis Marin walaupun sepatutnya Polis Marin yang aset dan kuasa mereka telah dipindahkan kepada APMM, sudah boleh goyang kaki dengan aset-aset buruk dan cabuk, sisa-sisa APMM.

Dan lebih menarik lagi, ada dakwaan mengatakan APMM bekerja ikut waktu pejabat. Lebih masa, ada overtime!

Sewajarnya kerajaan turut merobohkan penempatan di laut dan membina penempatan semula. Tempatkan segala aset dengan tugasan mengawal, bukannya berlabuh seperti yang dilakukan oleh APMM sekarang ini dan tunggu pengganas masuk baru nak kejar.

Sebaliknya apa yang berlaku sekarang ialah, penempatan laut masih wujud. Kampung air masih berselerak dan tidak terkawal. Bot-bot tidak dilesenkan. Justeru, bagaimana pemantauan keluar masuk bot boleh dilakukan? - SUMBER

1 comment:

Anonymous said...

Memang sudah dijangkakan bahawa penubuhan APMM adalah satu langkah yg kurang bijak dilakukan olih JPM...Tapi nak buat macamana jika nasihat tidak didengari...Jadi rakyat tanggunglah dan teruskan membayar income tax untuk menampung biawak hidup JPM..iaitu APMM