Geng Bas Sekolah

November 19, 2013

UMNO SILA BUANG AZIZ KAPRAWI !


Baru baru ni rakyat digemparkan dengan berita pemansuhan kereta kereta lama. Menurut Aziz kaprawi, Timbalan Menteri Pengangkutan telah berkata :

"Kami mahu melindungi orang ramai. Kami tidak mahu pemandu bermasalah ini mengancam keselamatan penumpang mereka atau pengguna jalan raya lain"

Kalau dengar kata katanya, memang manis didengar. Tetapi sebenarnya pahit didalam. Pemandu yang bermasalah ini adalah mereka yang miskin. Yang menggunakan kereta lama. Yang tak mampu nak beli kereta baru macam pak Menteri.

Timbalan Menteri ini agaknya mabuk jawatan kot. Tak berfikir panjang, terus buat usul sebegini. Semuanya sebab dia ikut cakap cina. Seorang cina yang kononnya bergelar profesor yang merupakan Ketua Pengarah MIROS telah berkata :

"Kereta yang berusia lebih 12 tahun tidak selamat berada diatas jalan raya."

Gila tak idea dia. Kereta lebih 12 tahun dikata tak selamat digunakan. Apakah mereka tak sedar yang harga kereta bukanlah murah. Dengan bayaran balik selama 9 tahun, maknanya rakyat hanya ada 3 tahun sebelum terpaksa berhutang lagi untuk kereta baru.


Akupun tahu Kerajaan tidak akan luluskan idea gila + bodoh sebegini. Tetapi bagaikan dikata, "Terlajak Perahu Boleh Di Undur. Terlajak Kata Buruk Padahnya."

Aziz Kaprawi yang membuat kenyataan ikut sedap mulut telah menyebabkan rakyat semakin marah kepada Kerajaan. Imej Kerajaan sekarang sudahpun tercalar. Sana sini rakyat mengata Kerajaan. Dan puak PR sememangnya menunggu bola tanggung seperti ini. 

Kenapalah DS Najib melantik mereka yang mempunyai IQ setaraf Mahfuz. Apakah UMNO sekarang sememangnya sudah ketandusan pemimpin yang cerdik dan berkaliber ? Jika inilah keadaannya, maka UMNO akan ditalkinkan oleh orang melayu pada PRU 14 nanti. Kejahilan pemimpin UMNO akan membuatkan orang melayu semakin benci kepada parti.

Kerajaan harus menjawap cepat didalam isu ini. Dan sila berikan peringatan kepada Aziz Kaprawi supaya tidak membuat kenyataan tanpa merujuk kepada orang lain. Jika tak, jangan salahkan rakyat jika UMNO tumbang nanti.

1 comment:

Anonymous said...

Pengguna kereta buruk yang berusia lebih 12 tahun kebanyakannya orang yang berpendapatan rendah dan kebanyakanya penduduk pinggir bandar dan kampung2. Mungkin Najib & the geng tak tahu kot bahawasanya kumpulan inilah yang menyokong dan menaikan Najib sebagai PM. Bayangkan apa akan jadi pada UMNO sekiranya kumpulan ini menarik sokongan mereka dan beralih arah ke Pakatan. Adalah lebih baik buat kajian menyeluruh dulu sebab kemalangan maut berlaku berdasarkan statistik kumpulan umur pemandu, umur kereta, jantina pemandu, keadaan fizikal jalan, penguatkuasaan undang2 dan juga akta lapuk yang sudah tidak sesuai dengan keadaan semasa. Dan yang paling penting jangan ikut telunjuk orang politik yang inginkan kuasa. Kuatkuasakan undang2 seperti pemasangan kemera AES tanpa takut ancaman pembangkang yang cuma mengambil keuntungan politik atas ketidakpuasan hati pelanggar undang2jalan raya. Mansuhkan diskaun saman polis yang menggalakan orang melakukan lagi banyak kesalahan demi untuk mendapat diskaun dan hidupkan balik sistem mata yang mana pengantungan automatik lesen untuk mereka yang mencapai mata maksimum kesalahan.