Geng Bas Sekolah

November 21, 2013

CON-SULTAN KAYA RAYA DI MALAYSIA


AKHBAR Nanyang Siang Pau bertarikh 20 November 2013 menyiarkan artikel mengenai langkah kerajaan membelanjakan RM7.22 bilion bagi mengupah syarikat konsultan swasta untuk menyediakan perkhidmatan maklumat kerajaan.

Artikel bertajuk ‘Bagaimana dengan KPI?’ yang ditulis oleh Chang Kim Fat disiarkan dalam ruangan Pendapat Yuan Lun halaman C9.

Mengikut laporan Petunjuk Prestasi Utama (KPI), sejak 2009 sehingga Oktober 2013 iaitu dalam tempoh kurang lima tahun, kerajaan telah membelanjakan RM125 juta sebulan atau lebih RM4 juta sehari untuk perkhidmatan berkenaan.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika memberikan penjelasan berkata, dari segi profesionalisme dan sumber tenaga manusia, kemampuan dan kebolehan kakitangan kerajaan terhad.

Sebab itu, katanya, buat masa ini pihak kerajaan perlu menggunakan sumber tenaga daripada pihak swasta untuk melaksanakan projek mengikut apa yang telah dirancangkan.

Penjelasan tersebut secara tersirat membawa maksud kemampuan kakitangan kerajaan adalah terhad dan tidak boleh tidak, perlu ada pihak swasta yang membantu mereka. Besar kemungkinan memang kakitangan kerajaan tidak mampu dan tidak berkebolehan.

Sejak kita merdeka sehingga sekarang, selama lebih 50 tahun, pembangunan Malaysia lambat seperti kura-kura.

Membayar upah yang begitu tinggi melangit kepada konsultan swasta tetapi dalam masa sama tidak dapat mencapai segala KPI yang ditetapkan untuk pembangunan ekonomi adalah amat menyedihkan!

Apabila disebut tentang KPI, memang benar, hasilnya tidak boleh dilihat dalam jangka masa pendek. Ia seperti KPI dalam bidang pendidikan, yang ditetapkan selama 30 tahun untuk semua pihak melihat kesannya sama ada berjaya ataupun tidak.

Tetapi kita bimbang jika sasaran berkenaan hanya untuk disebut-sebut dan ditulis atas kertas sahaja, tetapi tidak mungkin dapat dicapai.

Dalam pada itu, bagaimana pula KPI bagi menangani masalah peningkatan harga barangan yang terus berlaku. Hari ini rakyat menghadapi kenaikan harga minyak, elektrik dan air serta barangan dapur seperti gula, beras dan kicap. Cukai pintu juga naik berlipat kali ganda.

Apa yang kita nampak, setiap tahun laporan audit sering mendedahkan penyelewengan dengan angka yang begitu besar. Banyak kes yang didedahkan itu tidak dapat diselesaikan dan tiada sesiapa pun yang ditangkap.

Ini membuktikan kakitangan awam telah menyalahgunakan kuasa, tidak bersikap profesional dan tidak berminat untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik.

Adakah kita boleh katakan kakitangan awam telah mencapai KPI yang terbaik apabila kita sering melihat mereka berbual-bual kosong sambil minum kopi apabila sistem komputer di pejabat tergendala?

Hahaha mampus ler Kerajaan nak menjawap. Ambil penjawat awam pakai kabel. Orang tak ada kelayakkan diterima sedangkan orang yang ada kelulusan terkapai kapai mencari kerja. Balik balik orang negeri nik ajis je penuh kat Kementerian. Orang negeri lain mampus nak dapat kerjapun payah.

No comments: