Geng Bas Sekolah

November 22, 2013

NAJIB CABAR ANWAR LETAK JAWATAN DALAM ISU FITNAH BANGLA


Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu meletakkan jawatan dalam parti dan mengosongkan kerusi Parlimen sekiranya gagal membuktikan pakatan pembangkang tidak pernah membuat tuduhan kerajaan membawa masuk sebanyak 40,000 warga Bangladesh untuk mengundi dalam pilihan raya umum lalu.

Presiden Sensible and Ethical Malaysians United Troopers (SEMUT), Datuk Huan Cheng Guan berkata, sebagai Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Anwar perlu memberi penjelasan berserta bukti mengenai penafiannya itu kepada rakyat.

Menurutnya, sebagai individu yang memegang jawatan-jawatan sedemikian, tidak sewajarnya Anwar memberi kenyataan tidak tepat kepada rakyat terutama yang boleh membangkitkan kemarahan mereka atau mencetuskan suasana tegang.

"Anwar kini 'berhutang' kepada rakyat untuk memberi penerangan berserta bukti kukuh tentang penafian pembangkang itu.

"Ini bukan pertama kali dia membuat tuduhan liar sebegitu kepada kerajaan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Anwar di Parlimen semalam menafikan pembangkang pernah membuat tuduhan kerajaan membawa masuk sebanyak 40,000 warga Bangladesh untuk PRU-13.

Cheng Guan yang juga Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) menambah, Anwar tidak sepatutnya menuduh isu tersebut cuba dimanipulasi pihak tertentu kerana dakwaan sama turut disiarkan oleh portal berita antarabangsa.

Antaranya jelas beliau adalah Straits Times Singapore, Wall Street Journal, China Post, The Economist dan Korean Press.

Najib nak buat cabaran macam tu ? Wahahaha jangan haraplah. Mana beraninya PM Malaysia ni. Semakin lama duduk dalam circle media ni, aku semakin tak faham dengan perangai pemimpin UMNO ni. Dah sah kena maki, kena fitnah terang terang oleh puak PR, tapi langsung tak nak ambil tindakan. Apa takde maruah ke korang ni ?Pemimpin UMNO suka berdiam diri dan tidak mengambil tindakan. Kalau samanpun, kemudian dibatalkan ataupun selesai diluar mahkamah. Kalau macam ni perangai, macam mana rakyat nak percaya pada korang.

No comments: