tag:blogger.com,1999:blog-176201521270208855.post1175068002678389734..comments2023-12-09T16:53:14.806+08:00Comments on Inspirasi Remaja Kini: UMNO SILA BUANG AZIZ KAPRAWI !Jeepers Creepershttp://www.blogger.com/profile/00199330536314333380noreply@blogger.comBlogger1125tag:blogger.com,1999:blog-176201521270208855.post-50938907706215901002013-11-20T11:07:17.175+08:002013-11-20T11:07:17.175+08:00Pengguna kereta buruk yang berusia lebih 12 tahun ...Pengguna kereta buruk yang berusia lebih 12 tahun kebanyakannya orang yang berpendapatan rendah dan kebanyakanya penduduk pinggir bandar dan kampung2. Mungkin Najib & the geng tak tahu kot bahawasanya kumpulan inilah yang menyokong dan menaikan Najib sebagai PM. Bayangkan apa akan jadi pada UMNO sekiranya kumpulan ini menarik sokongan mereka dan beralih arah ke Pakatan. Adalah lebih baik buat kajian menyeluruh dulu sebab kemalangan maut berlaku berdasarkan statistik kumpulan umur pemandu, umur kereta, jantina pemandu, keadaan fizikal jalan, penguatkuasaan undang2 dan juga akta lapuk yang sudah tidak sesuai dengan keadaan semasa. Dan yang paling penting jangan ikut telunjuk orang politik yang inginkan kuasa. Kuatkuasakan undang2 seperti pemasangan kemera AES tanpa takut ancaman pembangkang yang cuma mengambil keuntungan politik atas ketidakpuasan hati pelanggar undang2jalan raya. Mansuhkan diskaun saman polis yang menggalakan orang melakukan lagi banyak kesalahan demi untuk mendapat diskaun dan hidupkan balik sistem mata yang mana pengantungan automatik lesen untuk mereka yang mencapai mata maksimum kesalahan.Anonymousnoreply@blogger.com