Geng Bas Sekolah

November 19, 2013

AHLI DAP WAJIB BAYAR DUIT PELINDUNGAN ?

DAP telah memecat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut di Sarawak iaitu Fong Pau Teck, demikian diumumkan oleh Timbalan Pengerusi DAP, Tan Kok Wai.

Kok Wai yang juga Pengerusi Jawatankuasa Disiplin parti dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan kepada tindakan Fong yang banyak kali mengingkari arahan parti.

"Kegagalan Pau Teck untuk membayar sumbangan bulanan yang mandatori kepada parti dan juga kegagalan menyelesaikan tunggakan hasil kenaikan dalam elaun bagi anggota Dewan Undangan Negeri Sarawak, merupakan satu tindakan membelakangkan arahan parti," katanya.

Dengan itu, Kok Wai berkata, jawatankuasa itu mendapati Pau Teck adalah contoh tidak baik bagi parti dan tidak boleh dimaafkan dan dengan itu jawatankuasa disiplin sebulat suara memutuskan untuk memecat beliau daripada parti.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bandar Kuching berkata, kegagalan Pau Teck membayar sumbangan bulanan kepada parti merupakan perkara serius yang tidak pernah berlaku dalam sejarah DAP.

Dalam pada itu, usaha untuk mendapatkan komen Pau Teck gagal apabila beliau menerusi khidmat pesanan ringkas hanya membalas 'no comment'. - BERNAMA

Kena bayar sumbangan dalam parti ? Hah benda ni amat elok diamalkan oleh UMNO. Setiap pemimpin UMNO WAJIB memberi sumbangan wang ringgit kepada parti. Jika buat macam tu, barulah tak ada monyet monyet berebut nak jawatan dalam UMNO. Lagi tinggi jawatan, lagi banyak sumbangan perlu diberikan. Kalau macam tu, berpeluh Najib nak bayar hahahaha.

No comments: