Geng Bas Sekolah

June 4, 2015

KEHANCURAN UMNO APABILA PAS KELUAR PAKATAN


Rata rata orang Melayu sekarang semakin tidak percaya dengan UMNO khususnya kepada kepimpinan DS Najib. Apatahlagi dengan kenaikan harga minyak, harga barang termasuk makanan, cukai GST yang mengelirukan serta hal hal lain.

Sekarang kaum PAS tengah berfikir mahu keluar PR atau tidak. Dalam situasi sekarang, rasanya kepimpinan Ulama akan terus menerajui PAS. Dan dikatakan kaum PAS akan membuat keputusan untuk keluar Pakatan kerana DAP dan PKR berterusan mengkritik mereka.

Pada akulah, kaum PAS sebenarnya lebih kuat apabila bersendiri. Ini adalah realiti. Tetapi DAP dan PKR pula tidak boleh hidup jika bersendiri. DAP mungkin masih boleh mengekalkan pengaruh dikawasan majoriti cina tetapi PKR sudah tentu tidak. Sejak dahulu PKR hanya bergantung kepada jentera dan sokongan kaum PAS dan kaum cina.

Tetapi orang UMNO wajib ingat, walaupun kaum PAS bertalak dengan Pakatan, tetapi mereka masih berkongsi musuh dan matlamat, iaitu hancurkan UMNO dan menjajah negara ini. Jadi jangan ingat bila kaum PAS tinggalkan Pakatan, mereka tidak akan memerangi orang UMNO. Mereka akan tetap buru orang UMNO, di kampung kampung mahupun di celah celah lorong bandar. No way to hide. Jadi jangan gembira sangat kalau kaum PAS keluar Pakatan.

Untuk hadapi tiga puak celaka ini, hanya perpaduan boleh mengalahkan mereka. Orang UMNO wajib bersatu sekarang. Pemimpin pemimpin yang masih mabuk dunia wajib disingkirkan. Najib patut selesaikan semua masalah yang ada sekarang. Dan masalah dia dengan Tun, wajib diselesaikan. Selagi masih bergaduh, UMNO akan terus berpecah dan lemah.

Ingatlah, ketika satu persatu wilayah islam dan termasuk Kerajaan Abbasiyah tumbang ditangan tentera Mongol kerana umat islam tidak bersatu. Oleh itu bersatulah sekarang sebagaimana umat islam bersatu didalam perang Ain Jalut, sehingga boleh mengalahkan tentera Mongol yang terkenal dengan sifat kejam dan angkuh. Bersatulah sebagaimana tentera tentera Salahuddin dalam mengambil semula Baitulmuqaddis, insyaallah UMNO akan terus berdiri kukuh. Dan percayalah Allah s.w.t sentiasa bersama sama kita. Allahuakbar ! Allahuakbar ! Allahuakbar !

4 comments:

Anonymous said...

Setuju ngan penulis, UMNO kena buang yg keruh ambil yg jernih.

Anonymous said...

Allahu Akhbar! Allah swt bersama dengan kita, In Shaa Allah.

Anonymous said...

PAS nak keluar pakatan ? penulis , adalah lebih baik , ko mengkaji sejarah perjuangan PAS Terlebih dahulu ,sebelum melambung2 memuji PAS & mencerca UMNO. Sepanjang setengah abad pas berjuang , tidak pernah walau sekali pun pas menjadi menjadi kerajaan pusat & bergelar perdana menteri .dan lagi 1 , seburuk2 najib , dia masih sudi menolong rakyat bawahan dengan skim bantuan2 yg dia cipta. mahathir tolong rakyat mcm mana ?dengan membina klcc , sepang f1 , para nelayan , penoreh getah dan peneroka felda mampukah ke sana tiap2 hari untuk bershoping ? sapa lagi haprak ?perdana menteri yg kaya dengan skim untuk membantu rakyat , atau mantan pm yg kaya dengan tugu2 batu ciptaan dia dalam menunjukkan visi malaysia 2020 itu ?

Unknown said...

Benteras semua bentuk rasuah...pemimpin Melayu kuat rasuah...