Geng Bas Sekolah

Korang Kena baca ini

June 6, 2015

PROGRAM NOTHING TO HIDE MENYEDIHKAN RAKYAT MALAYSIA


Semua orang tahu program Nothing to Hide anjuran SukaGuam yang sepatutnya diadakan pagi tadi di PWTC telah bertukar menjadi kecoh. Program dimana DS Najib menjawab segala pertanyaan daripada NGO dan pihak media termasuklah Tun Mahathir telah dibatalkan oleh pihak polis atas alasan boleh mencetuskan pergaduhan.

Insiden dilakukan oleh seseorang yang tidak berpuas hati mungkin kerana tidak dapat masuk ke dalam dewan ataupun dia sememangnya dibayar oleh pihak tertentu untuk gagalkan program terbabit. Aku yang didalam dewan itupun boleh dengar bagaimana dia menjerit dan menendang pintu sebelum dia ditangkap dan dibawa pergi. (Baca sini penjelasan DS Najib)

Setelah pihak penganjur mengesahkan DS Najib tidak boleh hadir atas sebab keselamatan, pihak penganjur membenarkan Tun Mahathir berucap. Seperti biasa, Tun memang akan bercakap berterus terang dan tajam. Mungkin kerana sebab sebab tertentu, pihak polis masuk campur dan mengarahkan Tun berhenti bercakap.

Aku memang penyokong Tun Mahathir Dan dia adalah pemimpin dan negarawan yang terbaik. Dalam masa yang sama aku juga bukanlah membenci DS Najib. Dan aku rasa tindakan polis itu bukanlah atas arahan DS Najib. Tetapi tindakan polis itu sedikit sebanyak membuatkan lebih ramai rakyat marah kepada Kerajaan khususnya kepada DS Najib sendiri. Sepatutnya pihak polis biarkan sahaja Tun bercakap. Lepas habis cakap, dia baliklah. Perbuatan polis menghalang Tun bercakap sekarang sudah menjadi viral. Tun bukan sahaja bekas Perdana Menteri Malaysia malah dia adalah antara pemimpin yang cukup dihormati diperingkat dunia. Orang luar cukup hormat kepada Tun. Tetapi bila pihak polis buat begini, nama baik Malaysia sudah tercalar.


Apapun perkara sudah berlaku. DS Najib terpaksa menjawab dan selesaikan isu ini kerana kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan DS Najib semakin berkurangan. Apatahlagi dengan cerita 1MDB, kejatuhan nilai ringgit dan beban kenaikan harga barang yang ditanggung oleh rakyat. Segala masalah ini bukan sahaja menjatuhkan DS Najib malah lebih buruk ianya boleh menjatuhkan Kerajaan Malaysia yang ada sekarang ini. Carilah jalan penyelesaian secepat mungkin. Malah jika perlu memohon maaf kepada Tun, mohonlah maaf. Tidak hilangnya maruah apabila memohon maaf kepada seseorang.

Kredit foto Minaq Jinggo

4 comments:

Anonymous said...

Yahoo...Bn dan Umno nak bungkus..pembangkang pun dah sokong Najib suruh bertahan.Bertahan aje la..Kak Mah pun dah standbye kumpul harta sblum bungkus.Bye2 Bn..Da daa...

Anonymous said...

Mahathir Celaka haramjaddah...pukimak...kau kacau majlis orang SIAL...

Blogger bodoh nie kata Mahathir bagus...macam Babi sondol pintu...pon bagus..

Tak usah cover lah, aku menyampzh kat orang tua pukimak tak sedar diri...

Apa salah biar ngo tanya najib... Kan boleh antor spy mahathir kalau nak dengar jugak..

Tzpi pukimak haramjaddah mahathir hati busuk mamak longkang... Tak senang tengok melayu pukimak sekor nie...

Anonymous said...

knp nak minta maaf kalau tak bersalah....kalau betul la mahathir ni di pihak yg benar knp tak tunjukkan bukti....mahathir ni dh jadi mcm budak hingusan yg baru nak masuk politik....memang tak percaya langsung mahathir jd mcm tu....masa mahathir jd PM selama 22 tahun x banyak bantu rakyat....sbb tu la lahir ramai pembangkang....mahathir ko sila minta maaf dgn najib....ko mmg gila kuasa....

Anonymous said...

Najib x buat salah pun ngan Tun camna nak minta maaf? Apa pun penganjur patut dipersalahkan kerana tahap keselamatan yg gagal. Rakyat pun x leh salahkan Najib kerana dinasihatkan x datang atas sebab keselamatan. Dialog sperti ini patut diadakan melalui saluran tv kerana audiance pun lebih ramai.