Geng Bas Sekolah

March 31, 2015

WARTAWAN PORTAL LIBERAL DITAHAN HINA UMAT ISLAM


Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan tiga kakitangan portal berita, The Malaysian Insider ditahan untuk siasatan berhubung laporan berita palsu yang mendakwa Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu menolak cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, yang disiarkan baru-baru ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata ketiga-tiga mereka akan disiasat oleh PDRM dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) di bawah Akta Hasutan 1948 kerana laporan berita itu dipercayai berbaur hasutan.

"PDRM sahkan bahawa tiga kakitangan TMI (The Malaysian Insider) telah ditahan untuk siasatan. Siasatan bersama oleh PDRM dan @SKMM_MCMC dibawah Akta Hasutan," katanya melalui laman Twitter rasmi beliau semalam.


Sementara itu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Zainuddin Ahmad berkata PDRM telah menahan ketiga-tiganya di pejabat mereka di Mutiara Damansara, Petaling Jaya, kira-kira pukul 5.45 petang semalam.

"Mereka yang berumur 35 hingga 52 tahun disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi Bernama Isnin malam.

Beliau berkata penahanan dibuat oleh sepasukan polis dari Unit Siasatan Terkelas Bukit Aman dengan kerjasama pasukan Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan barangan kes seperti komputer riba dan telefon bimbit petugas portal berkenaan turut dirampas bagi membantu siasatan. - PahangKu

No comments: