Geng Bas Sekolah

April 3, 2015

ORANG MELAYU MASIH SAYANGKAN TUN MAHATHIR


Tun Mahathir sekali lagi membuka mulut mengenai Najib Razak. Kali ini lebih pedas dan makan dalam. Tetapi seperti biasa, Najib hanya senyap je. Yang menyalak kuat adalah macai disekeliling beliau. Dan aku pasti ramai rakyat khususnya orang Melayu yang berminat dengan apa yang dikatakan oleh Tun Mahathir ini. Apatahlagi dengan pelaksanaan GST yang sedikit sebanyak kucar kacir serta kelemahan penguatkuasaan Kerajaan memantau kenaikan harga barang.

Orang Melayu sebenarnya sayangkan UMNO. Sebab tanpa UMNO, nasib orang Melayu boleh menjadi lebih buruk. Tetapi jika para Pemimpin UMNO syok sendiri, apakah nasib orang Melayu akan terbela ? Untuk PRU akan datang, aku tak pastilah bagaimana nasib UMNO BN. BN sudah kehilangan pengundi cina. Jika Najib masih mendiamkan diri dan membuat keputusan yang tidak betul, tak mustahil UMNO juga akan kehilangan sokongan orang Melayu.

1. Ramalan oleh masyarakat sekarang ialah UMNO dan BN akan kalah Pilihanraya Umum ke-14 kerana terlalu banyak tuduhan yang dibuat terhadap Najib yang tidak dijawab olehnya.

2. Ia bermula dengan kes pembunuhan Altantuya, wanita Mongolia yang terlibat dengan skandal pembelian kapal selam.

3. Dua orang anggota polis dituduh menembak mati wanita berkenaan, dibicara, didapati bersalah, kemudian didapati tidak bersalah dan dibebaskan. Kemudian dibicara semula dan dikena hukum bunuh.

4. Seorang daripada mereka berada dalam tahanan tetapi Sirul seorang lagi berada di Australia. Dia membuat kenyataan bahawa dia diarah untuk membunuh.

5. Rakyat tertanya-tanya siapa yang memberi arahan. Sebagai pengawal peribadi Dato Sri Najib, dakwaan Sirul perlu disiasat untuk menentukan siapa yang memberi arahan. Tetapi selain daripada Najib berkata Sirul “merepet”, tidak ada siasatan yang dibuat. Ini adalah nyawa manusia. Amatlah zalim jika Sirul dibunuh kerana menjalankan arahan.

6. Kemudian kes 1MDB. Tuduhan penyelewengan dalam urusan wang berbillion Ringgit oleh Jho Low telah dibuat dengan bukti-bukti yang jelas. Tuduhan ini tidak dijawab selain dari berkata ia adalah pembohongan.

7. Kononnya aset 1MDB berjumlah 52 billion sedangkan hutang hanya 42 billion. Aset tidak jadi keuntungan sebelum dijual (dicairkan). Kenapa untuk membayar faedah sebanyak 2 billion pun terpaksa hutang dari Ananda Krishnan. Kalau 1MDB tidak rugi kenapa terpaksa hutang. Kenapa wang Kerajaan sebanyak 1 billion diberi kepada 1MDB setelah hutang dibayar?

8. Kononnya wang yang disimpan di Cayman Island sudah dibawa balik. Tetapi separuh disimpan dalam bank Swiss (BSI) di Singapura. Di mana pergi separuh lagi dari 6 billion? Kenapa wang ini tidak diguna untuk bayar faedah 2 billion.

9. Kononnya disimpan di Singapura kerana Bank Negara akan menyoal simpanan lebih dari 50 juta. Jikalau duit itu duit kita yang hanya disimpan di Cayman, apa masalahnya menjelaskan kepada Bank Negara punca wang itu. Lagi pun duit ini dimiliki oleh 1MDB yang dikuasai penuh oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan.

10. Soalan-soalan lain berkenaan 1MDB tidak dijawab selain daripada berkata asetnya besar. Soal harga tanah Kerajaan yang dibeli oleh 1MDB tidak dijelas. Sudah tentu jika dibeli dengan harga yang murah dan dinaik nilai berkali ganda, aset ini menjadi besar. Tetapi Kerajaan rugi banyak dengan tanah miliknya dijual dengan harga yang tidak mencermin harga pasaran.

11. US$700 juta dibayar kepada Petro Saudi untuk apa? Sudahkah ditentukan Petro Saudi memiliki konsesi kawasan minyak dan gas di Argentina dan Turkmenistan sebelum membayar wang yang begitu banyak.

12. Jho Low dilapor dalam New York Times, London Times dan Sarawak Report terlibat dalam pengurusan berbillion Ringgit duit 1MDB. Siapa dianya Jho Low yang begitu dipercayai oleh Dato Sri Najib. Pegawai Malaysia yang dilantik mengurus dana 1MDB mengaku mereka diarah oleh Jho Low yang mendakwa ia mendapat kepercayaan penuh dan arahan dari Dato Sri Najib.

13. Gambar-gambar Jho Low dan kelakuannya, umurnya yang amat muda serta cara hidupnya tidak menggambarkan peribadi yang menyakinkan orang ramai. Tetapi dia dilapur membeli rumah di New York dan Hollywood beratus juta Ringgit. Kemudian rumah-rumah ini dijual kepada anak tiri Najib dengan harga ratusan juta Ringgit bagi setiap satu kerana kononnya Jho Low telah jumpa rumah yang lebih indah di Hollywood yang harganya lebih tinggi.

14. Dari mana datangnya duit beratus juta kepada Riza Aziz tidak dapat dijelas. Keluarga Tun Razak termasuk Najib menafikan duit ini adalah dari keluarga. Pelaburan ratusan juta dalam filem “Wolf of Wall Street” oleh Riza datang dari mana?

15. Dan banyaklah lagi tuduhan dan soalan terhadap 1MDB yang ditubuh oleh Dato Sri Najib dan dikuasai sepenuh olehnya sebagai penasihat yang tidak dijelas dan dijawab selain dari menafi dan mendakwa semuanya bohong belaka. Laporan-laporan dalam akhbar di New York dan London amat memalukan negara.

16. Sementara itu, walaupun Kerajaan menghadapi kekurangan wang yang besar dan terpaksa hutang, Dato Sri Najib sebagai Perdana Menteri membeli sebuah lagi pesawat mewah. Umum mengetahui pesawat ACJ319 yang sedia ada diguna bukan sahaja untuk tugas rasmi tetapi sebagai kenderaan peribadi untuk Dato Sri dan Datin Sri.

17. Dalam keadaan ekonomi tidak menentu, dalam keadaan rakyat terpaksa bayar cukai yang lebih tinggi, dalam keadaan nilai Ringgit yang menurun teruk, dalam keadaan kos sara hidup meningkat dan rakyat dilanda banjir dan kehilangan ratusan juta Ringgit, Kerajaan membazirkan wang ratusan juta untuk pesawat mewah walaupun sudah ada pesawat-pesawat milik Kerajaan.

18. Cara pembelian tidak dapat menyembunyi bahawa akhirnya Kerajaan terpaksa menanggung beban pembelian ini. Jika syarikat bukan Kerajaan yang secara rasmi membeli, bayaran melalui lease (sewa) lebih tinggi daripada belian secara langsung kerana terpaksa memberi keuntungan kepada pemilik dan faedah yang dimasukkan.

19. Selain daripada ini dasar-dasar pemerintahan Dato Sri Najib terhad kepada pemberian wang percuma, menimbul kemarahan orang Melayu dengan mengenepikan Dasar Ekonomi Baru kerana ingin mendapat sokongan orang Cina. Namun penolakan BN dalam PRU 13 membuktikan orang Cina tolak pemerintahan Najib.

20. Sesungguhnya rakyat, baik Melayu, Cina, India atau suku kaum Sabah dan Sarawak sudah tidak percaya lagi kepada Dato Sri Najib. Ahli UMNO dan pemimpinnya perlu sedar bahawa UMNO dan dengan itu BN akan kalah jika Dato Sri Najib memimpin UMNO hingga PRU 14. Apabila UMNO kalah, orang Melayu akan kutuk kepimpinan yang menjadikan parti keramat ini begitu lemah sehingga ditolak oleh bangsa Melayu sendiri. Sekali UMNO kalah, ia tidak akan dapat dipulih semula.

21. Ramai juga ahli dan pemimpin UMNO yang setia secara buta tuli kepada pemimpin. Saya juga setia tetapi kesetiaan saya ialah kepada parti dan orang Melayu yang diwakili olehnya. Bukanlah mudah bagi saya menulis blog ini. Tetapi demi bangsa dan Negara saya terpaksa dedah semua ini.

22. Saya belum nyanyok walaupun umur hampir 90 tahun. Sesiapa yang berkata saya nyanyok sebenarnya menipu diri.

23. Melayu hanya akan selamat jika bersikap bangsa lebih utama daripada diri sendiri.

6 comments:

Anonymous said...

Aku sokokng apa yang Tun M cakap. Tun yang paling layak ganti Najib. Najib sorang PM yang clueless dan hilang focus. Najib,please step down. You are not eligible to become our Prime Minister.

Inai Merah said...

Kita menghurmat Tun sama juga kita menghurmati setiap Perdana Menteri yang terdahulu. Setiap pemimpin itu ada pendekatan dan aplikasi kepimpinan masing2.

Dari Tungku hingga Najib masa dan manusia silih berganti. Kita patut akui bahawa setiap Perdana Menteri perlu membawa pendekatan kepimpinan untuk waktu dan ketika itu.

Apa yang perlu dan harus diuntamakan ialah kesinambungan perjuangan dan jasa Pemimpin terdahulu.

Apa bila Tun mengambil alih dari Allahyarham Tun Hussein keadaan ketika itu sudah agak tenang. Allahyarham Tun Abd Razak meredakan peristiwa berdarah 13 Mei dengan pendekata Perpaduan dan Muhibbah. Tun Hussein terus memperkukuhkan perpaduan nasional.

Peralihan kuasa dari Tun Hussein kepada Tun Mahathir berjalan sempurna Tun Mahatihir duduk di kerusi Perdana Menteri selama 2 dekad. Masa yang cukup untuk seorang anak kecil menjadi remaja dan dewasa.

Tun memperkukuhkan kedudukanya sebagai Perdana Menteri dengan caranya. Tun bijak membuat percaturan dan cunning.

Oleh itu segala agenda2 besar baik didalam negara maupun diluar Tun mendapat pengiktirafan.Namun demikian bukan semua yang Tun lakukan adalah sempurna. Tun juga mempunyai ego kepimpinan walaupun silap tetapi Tun pandai bermain ayat. Perkara yang tidak silap Tun buat ialah menyinkir Anwar dari kabinet.

Orang yang Tun belai dan didik bertahun lamanya akhirnya menikam Tun dari belakang. Orang ini telah menanam pengaruh yang kuat dalam pentadbiran kerajaan dan orang2 inilah waktu ini telah menduduki top level managemant.

Kesan dari tidak silap Tun itulah Pak Lah harus menanggung akibatnya dan kesan dari tidak silap itu juga Najib harus menerima tempiasnya juga.

Lebih hebat lagi Najib harus menerima segala fitnah dan kutukan dari kesan tidak silap Tun itu.

Najib sering menganggap Tun dan Pak Lah adalah orang tua perlu beliau hurmati. Najib berharap orang tua membantu dia dalam menasihati cara baik bukan dengan melepaskan kenyataan cara sindiran maupun terangan lebih2 lagi mengkritik cara terbuka.

Pembangunan dan kemajuan yang telah Tun curahkan kepada negara ada pernah Najib perlekeh. Lebuh raya Utara Selatan, Jambatan P.Pinang.Le Tour De Langkawi, Sepang Formula One, LIMA Langkawi, Menara Berkembar Petronas, Putra Jaya, Cyber Jaya, Palestin, Asia Barat, Bantuan kemanusian apa yang Tun telah buat Najib teruskan. Berlaku jujurlah Tun dan pengikut2 Tun.

Najib bermula dengan masalah Hindraf, Reformasi dan demonstrasi, fitnah dan kutukkan kesan dari ketidak silapan yang pernah dilakukan. Dia cuba mendapat balik keyakinan rakyat dengan pendekatannya namun terdapat sikit-sebanyak kelemahan yang bukan sahaja Tun malah Pak Lah juga harus menanggung bersama.

Semasa kepimpinan TUN, menteri kepercayaan Tun itu jugalah yang telah banyak memperkaya penyokong2 dan kroni di peringkat cawangan, bahagian hingga MT. Sampai sekarang percikan dan tempias yang berhutang budi menteri ini masih lagi ada dimana-mana.

Tun dan Pak Lah harus memberi sokongan dan kekuatan kepada Najib untuk sama-sama menggayang pihak pembangkang yang banyak merosakkan negara kerana apa yang Najib sedang hadapi hari ini sedikit sebanyak adalah kesan daripada kelemahan dan kesilapan yang diwarisi kepimpinan sebelumnya.

Maaf, sekiranya pihak Tun dan pengikut2 Tun beranggapan apa yang saya nyatakan ini adalah karut semata2.

Anonymous said...

Kalau sayang pun kena berhati2 juga. TDM ni dikhuatiri dipergunakan oleh puak2 pro pembangkang kelihatannya. Dalam isu Altantuya, bertahun2 perbicaraan di beberapa mahkamah, kenapa Sirul x cerita fasal arahan dari pihak tertentu?. Dari apa yang saya baca, arahan datangnya dari Razak Baginda tapi Razak telah terlepas daripada kes. Dan Najib pun dah bersumpah x terlibat dan beliau sebenarnya difitnah pembangkang. Fasal 1MDB pula, bukankah Najib dah arah Audit Negara untuk siasat dan beliau kata x melindungi kesalahan jika ada. Mengapa x tunggu keputusan Audit? Fasal Reza Aziz, selagi x de bukti dia mempergunakan dana 1MDB kenapa nak persoal kekayaan dia? Cukuplah ingat pada ALLAH jangan main tuduh2.

Anonymous said...

saya sayangkan tun, tapi dah mula meluat. dia marahkan najib, tapi satu bangsa melayu nak dihuru harakan. he should have all the wisdom of an elderly leader, but instead display the brashness of a spoilt kid. and the world is laughing at my bangsa.

Anonymous said...

Gerakkan ETD Najib.
Sudah sampai masa untuk lancarkan GETDN.
Mesti daftar.
Semua mesti ikut undang undang.
Pemimpin dan pelapis ramai.
Blogger pun ramai.
Syarat Aliff BA TA.
arjuna waspada
changkat lobak.

Anonymous said...

bagus juga bn kalah sbb aku pun menyampah baik mahathir maupun najib!

mahathir bunuh ibrahim libya,najib kononnya bunuh altantuya!

bn jatuh,mahathir boleh di dakwa atas jenayahnya!

komen aku ni gerenti admin takut nak siarkan sebab bologger pro mahathir ni bapok!