ORANG Melayu tidak perlu menyalahkan pihak lain apabila sudah ada keberanian luar biasa dalam kalangan pemimpin politik tertentu untuk memainkan isu sensitif berkaitan kedudukan kaum itu dan agama Islam.
Orang Melayu juga tidak perlu membuang masa untuk terpekik terlolong di jalan raya membantah tindakan biadab mana-mana parti politik kerana ia tidak akan menguatkan kedudukan politik mereka. Malah orang Melayu juga tidak perlu melenting tidak tentu pasal apabila ada parti politik yang menentang hukum hudud habis-habisan walaupun hukum itu bukannya hendak dilaksanakan ke atas orang bukan Islam.
Sebaliknya, orang Melayu harus bermuhasabah kenapakah mereka dilayan sedemikian rupa. Bukankah mereka kaum majoriti dalam negara ini? Bukankah mereka menjadi tonggak pemerintahan negara melalui UMNO? Kenapakah agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan dihina dan dicaci serta dipersendakan dalam laman-laman sosial? Di manakah silapnya?
Akuilah sahaja segalanya berpunca daripada kelemahan orang Melayu itu sendiri, janganlah salah orang lain atau kaum lain tetapi salahlah diri sendiri kerana kita tidak tahu berpolitik dan seolah-olah terlalu jahil menggunakan kuasa politik yang ada.
Advertisement
Berikutan keadaan itulah, kita menyaksikan bagaimana Pas begitu mudah diperkotak-katikkan dalam pakatan pembangkang. Selepas perjuangan parti itu untuk menegakkan negara Islam ditolak mentah-mentah oleh PKR dan DAP sehingga mereka terpaksa mengubah haluan perjuangan kepada negara berkebajikan, kini hukum hudud pula mahu ‘dikuburkan’ oleh sekutunya.
Walaupun Pas berhasrat untuk melaksanakan hukum itu di Kelantan dan hanya melibatkan orang Islam sahaja tetapi hasrat itu ditentang habis-habisan oleh DAP. Malah DAP secara terbuka mahu pakatan pembangkang membuat pendirian muktamad berhubung pelaksanaan hukum hudud, yang tersirat pakatan itu mesti menolak hukum tersebut.
Pas bukannya tidak memahami keadaan itu sebaliknya terus bersedia maruah parti tersebut terus diperkotak-katikkan walaupun hakikatnya Pas adalah parti Melayu kedua terbesar di negara ini. Bagaimanapun keghairahan untuk berkuasa bersama PKR dan DAP terus menjadi nafsu yang tidak mampu dikawal oleh Pas.
Akibatnya, Pas hanya berani membuat kenyataan-kenyataan menentang hujah DAP tetapi untuk mengambil langkah drastik meninggalkan pakatan, ia hanyalah sekadar satu mimpi indah yang mengasyikkan.
Pas kehilangan jati diri sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam dan sudah menggadaikan prinsipnya sebagai taruhan untuk sama-sama menawan Putrajaya bersama PKR dan DAP. Keadaan inilah yang memungkinkan kewibawaan Pas tidak pernah digeruni oleh kedua-dua parti itu walaupun dari segi sejarah perjuangan politik, Pas jauh lebih hebat daripada PKR dan DAP.
Segala-galanya kerana dilumuri politik kebencian yang mendalam terhadap UMNO. Sebab itulah ada dalam kalangan pemimpin Pas menganggap lebih baik berpeluk-peluk dengan pemimpin-pemimpin DAP daripada bersalaman dengan pemimpin UMNO.
Sikap inilah yang menyebabkan dari semasa ke semasa perasaan hormat dan gerun kepada kuasa politik orang Melayu semakin luntur. Apatah lagi ketika kaum lain bersedia bersatu demi kepentingan mereka tanpa mengira fahaman politik, Pas tidak mahu duduk semeja dengan UMNO bagi membincangkan kepentingan orang Melayu dan umat Islam.
Walaupun muncul kuasa ketiga yang terdiri daripada badan bukan kerajaan (NGO) Melayu namun keupayaan mereka terbatas. Mereka tidak akan berupaya menentang kehendak politik PKR dan DAP. Apatah lagi, dalam kalangan orang Melayu sendiri wujudnya gelombang tindakan yang boleh melemahkan kuasa politik mereka.
Kita perlu mengakui kuasa politik orang Melayu menjadi lemah dan semakin terhakis bukan kerana bangsa lain tetapi kerana kejahilan kita berpolitik. Kita mencari alasan dan hujah untuk melemahkan kepimpinan negara yang diterajui oleh UMNO. Teguran yang dibuat bukan bertujuan untuk memperkukuhkan kedudukan sebaliknya hanya menghakis kekuatan parti politik Melayu.
Keadaan menjadi lebih buruk apabila dalam kalangan pemimpin politik Melayu khususnya UMNO masih belum faham atau sengaja buat-buat tidak faham berhubung kehendak rakyat. Sebab itulah kita menyaksikan bagaimana ada dalam kalangan pemimpin tersebut masih dengan sikap angkuh tidak bertempat dan merasakan dialah yang terbaik serta masih relevan biarpun rakyat sudah menolak mereka dalam pilihan raya umum lalu.
Kuasa politik Melayu akan terus tergugat dan digugat, selagi pemimpin-pemimpin politik Melayu masih bercakaran sesama sendiri dan mengamalkan politik kebencian hanya disebabkan berlainan fahaman politik.
Situasi ini membuka laluan seluas-luasnya kepada pihak-pihak tertentu untuk melemahkan kuasa politik orang Melayu dan sasaran mereka sudah pastilah UMNO memandangkan Pas sudah terikat kaki dan tangan serta mulut dikunci berikutan hubungan politik dengan PKR dan DAP.

Situasi ini membuka laluan seluas-luasnya kepada pihak-pihak tertentu untuk melemahkan kuasa politik orang Melayu dan sasaran mereka sudah pastilah UMNO memandangkan Pas sudah terikat kaki dan tangan serta mulut dikunci berikutan hubungan politik dengan PKR dan DAP. - SUMBER
No comments:
Post a Comment