Geng Bas Sekolah

November 11, 2014

POLIS DITAHAN RASUAH DAN LINDUNG PERJUDIAN


Seorang pegawai polis berpangkat Asisten Komisioner ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersama wang tunai berjumlah kira-kira RM100,000, selain sejumlah barang-an kemas yang dipercayai hasil ke-giatan haram termasuk perjudian.

Pegawai yang berpejabat di Bu-kit Aman itu ditahan dalam operasi khas SPRM di satu lokasi yang dirahsiakan, semalam.

Sehingga kini, masih tidak diketahui sumber wang itu tetapi pegawai tersebut dipercayai bertindak sebagai pengutip wang atau orang tengah kepada sindiket.

Difahamkan, pihak berkuasa ketika ini sedang menyiasat keseluruhan aset dimiliki suspek termasuk barangan kemas, sejumlah emas dan dua rumah miliknya iaitu di ibu negara dan Negeri Sembilan.

Turut difahamkan, suspek direman selama lima hari bermula hari ini untuk membantu siasatan.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull ketika dihubungi hari ini enggan mengulas berhubung tangkapan tersebut. - SUMBER

1 comment:

Anonymous said...

Bravo SPRM. Menteri KDN Thumbs up!!!