Geng Bas Sekolah

November 10, 2014

PENJELASAN ADNAN YAAKOB BERKENAAN CAMERON HIGHLAND DITAWAN

Rakaman Video berkenaan adalah mengenai isu pendatang asing yang akhirnya menjadi kontroversi dan berlarutan diantara Utusan Malaysia (Awang Selamat) dengan Menteri Besar Pahang Dato' Seri DiRaja Adnan Yaakob.



Sidang Akhbar berkenaan diadakan pada 6hb November 2014 betempat di Yayasan Pahang dan diadakan berikutan isu pendatang asing yang menempati Cameron Highland serta memonopoli sektor pertanian sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar Utusan Malaysia.

Menteri Besar Pahang ada menegur pihak Utusan Malaysia dalam hal memberikan tajuk kepada artikel berkenaan dengan menyatakan bahawa tajuk adalah kurang sesuai dan tidak tepat serta mengelirukan.

Tidak benar sama sekali apabila ada pihak yang mendakwa bahawa Menteri Besar melatah dan terlalu emotional dalam isu berkenaan.

Yang dinyatakan adalah Menteri Besar meminta pihak akhbar (Utusan Malaysia) berhati-hati dalam memilih perkataan untuk dijadikan tajuk berita yang ingin dilaporkan, jangan hanya mengutamakan keuntungan jualan akhbar semata-mata tanpa mengambil kira bahawa tajuk berkenaan mengelirukan rakyat dan memberi pandangan negatif.

Bahkan dalam sidang akhbar berkenaan, Menteri Besar Pahang dengan jelas mengalu-alukan laporan sebarang akhbar mengenai sebarang isu namun haruslah dengan cara dan bahasa yang jelas dan tidak mengelirukan rakyat.

Sidang akhbar berkenaan dihadiri berbagai media di negeri Pahang, namun kolumnis Awang Selamat tidak hadir bersama, justeru tulisan beliau selepas sidang tarikh berkenaan adalah diragui kejujurannya apabila beliau menganggap Menteri Besar Pahang melatah dan emosional walhal beliau tiada ditempat kejadian.

Tindakan pihak akhbar serta sebilangan laman media sosial 'menghentam' Menteri Besar Pahang bermula isu Bangla di Cameron Highland dilihat sebagai usaha terancang pihak tertentu yang berkepentingan dalam usaha memberi imej buruk kepada Dato' Seri DiRaja Adnan Yaakob selaku Menteri Besar Pahang.

Crew PahangKu Media yang turut serta di sidang akhbar berkenaan merasa bertanggungjawab untuk memberi penjelasan mengenai apa yang sebenarnya berlaku ketika sidang akhbar berkenaan serta menafikan sekeras-kerasnya sebarang tuduhan dan tohmahan yang mengaitkan Menteri Besar Pahang sebagai melatah dan emotional sebagaimana laporan Utusan Malaysia. - SUMBER

No comments: