Geng Bas Sekolah

October 15, 2014

REJIM DAP TERUS MUSNAHKAN RUMAH RAKYAT


Apabila umat islam mengabaikan Al Quran, Hadis serta berpecahbelah maka musuh islam mendapat peluang menyerang dan menghancurkan umat islam. Sejarah kejatuhan Kerajaan Islam Abasiyyah dan Kerajaan Islam Andalusia sepatutnya menjadi teladan buat umat islam Malaysia. Perpecahan sesama sendiri hanya merugikan umat islam dan menguntungkan orang orang kafir.

Parti Gerakan hari ini mempersoalkan sama ada wujud usaha terancang oleh Kerajaan DAP negeri melalui dasar yang dilaksanakan dalam pentadbiran untuk memusnahkan kampung warisan tempatan dan tinggalan sejarah di negeri ini.

Andaian itu menurut Setiausaha Gerakan negeri, Oh Tong Keong berdasarkan kejadian yang menimpa beberapa kampung sejak enam tahun lalu yang telah 'hilang' kerana kelulusan yang diberikan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk projek pembangunan.

Katanya, perkara itu turut dipersoalkan rakyat negeri ini yang risau dengan perkembangan berkenaan lebih-lebih lagi, kebanyakan kelulusan yang diberikan adalah untuk membina rumah mewah.

"Ini menunjukkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng mengamalkan dasar propemaju sejak mentadbir negeri ini," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas kebimbangan lebih 200 penduduk Kampung Mutiara di Batu Feringghi di sini yang wujud sejak lebih 50 tahun lalu apabila mereka diarah mengosongkan kediaman masing-masing tanpa pampasan dan rumah ganti.

Tong Keong berkata, kejadian di Kampung Mutiara itu hanya menambah lagi 'rekod' Kerajaan DAP Pulau Pinang dalam 'membersihkan' kampung warisan di negeri ini selepas beberapa kejadian serupa sejak 2008.

"Berdasarkan rekod, sebanyak 25 buah kampung bakal dan telah hilang akibat kelulusan yang diberikan untuk melaksanakan projek mega. Antaranya termasuk Kampung Siam di Pulau Tikus, Kampung Pokok Asam di Jelutong, Kampung Batu Uban di Gelugor, Kampung Binjai di Bayan Lepas serta banyak lagi," katanya.


Apa yang menyedihkan katanya, di atas kemusnahan tapak kampung-kampung warisan tersebut, projek yang dibangunkan dan mendapat kelulusan PBT merupakan projek untuk 'orang kaya' dan rata-rata penduduk tidak mampu membeli hartanah berkenaan.

"Kerajaan negeri tidak pula memberi kelulusan kepada projek rumah mampu milik dan sebab itu kita persoalkan adakah dasar mereka mahu memusnahkan kampung tradisi di negeri ini," katanya.

Secara sinis Tong Keong berkata, kerajaan negeri bermurah hati apabila menyampaikan bantuan warga emas bernilai RM100 setahun namun pada masa yang sama, dasar pentadbiran memusnahkan rumah-rumah di kampung terlibat.

ASAKAN PERKASA

Kerajaan DAP Pulau Pinang didesak bertindak segera berhubung isu penduduk Kampung Mutiara, Batu Feringghi yang diarahkan berpindah dalam masa terdekat tanpa diberikan pampasan atau rumah lain sebagai ganti.

Yang Dipertua Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Negeri Sembilan, Ruslan Kassim berkata, kerajaan DAP negeri itu perlu mengutamakan kebajikan rakyat seperti yang dijanjikan semasa pilihan raya sebelum ini.

"Kerajaan negeri perlu memainkan peranan dalam isu ini kerana melibatkan kebajikan rakyat. Jangan pandai berjanji jika tidak mampu membela nasib mereka.

"Jika berkeras nak suruh pindah, beri rumah ganti atau pampasan kepada penduduk supaya mereka tidak berasa terbeban," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam akhbar melaporkan sebuah perkampungan Melayu iaitu Kampung Mutiara, Batu Feringghi bakal lenyap selepas lebih 200 penduduknya diarahkan mengosongkan kediaman masingmasing.

Kampung yang terletak berhampiran lokasi pelancongan popular di Pulau Pinang tersebut wujud sejak 1950an dan menempatkan kirakira 48 buah keluarga.

Sementara itu, Pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Datuk Dr. Sammsul Adabi Mamat berkata, apa yang berlaku jelas memperlihatkan kerajaan DAP Pulau Pinang tidak memperjuangkan kebajikan rakyat terutamanya orang Melayu.

"Sehingga hari ini, kita tidak nampak apaapa tindakan kerajaan negeri untuk membela orang Melayu di negeri itu, malah mereka seolaholah tidak menghiraukan nasib rakyatnya yang ditimpa kesusahan.

"Kini penduduk di kampung itu boleh diibaratkan 'buku bertemu ruas' apabila mengharapkan kerajaan di bawah pakatan pembangkang membela nasib mereka, tetapi sebaliknya tiada apa yang dilakukan," ujarnya. - SUMBER

No comments: