Geng Bas Sekolah

October 9, 2014

MALAYSIA NEGARA MAJU - HANYA MIMPI NAJIB


DS Najib sejak kebelakangan ini sering berucap mengenai impiannya menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi. Tak silap aku sejak dia berjumpa Obama dulu. Bukan salah dia bermimpi begitu tetapi bak kata pepatah "Ukur Baju Di Badan Sendiri". Dalam hal ini dia sepatutnya melihat dahulu baju rakyat, bukannya baju dia atau Rosmah. Kalau baju dia, harga memang mahal laa.

Tengok dahulu masalah rakyat. Betul memansuhkan subsidi 20 sen, boleh mengurangkan perbelanjaan negara. Tetapi bagaimana pula perbelanjaan rakyat. Tidakkah ianya akan naik ?Kenaikan harga minyak membuatkan pengusaha bas sekolah sudah berkira kira mahu membuat untung setamak tamaknya. Alangkah beratnya beban yang perlu ditanggung oleh ibubapa seandainya pengusaha bas menaikkan tambang bas.

Untuk mencapai negara berpendapatan tinggi, suasana harmoni perlu wujud. Tetapi dengan cadangan nak memansuhkan Akta Hasutan, dengan perbuatan biadap cina cina DAP terhadap umat islam, apakah matlamat negara berpendapatan tinggi akan tercapai ? Perbuatan Alvin Tan yang menghina umat islam amat mengguris perasaan umat islam di negara ini. Tetapi apa sudah jadi dengan Alvin ? Dia bebas di Amerika sekarang ! Bagaimana seseorang yang menunggu sebutan kes di Mahkamah, boleh dibenarkan keluar negara sehingga dia boleh melarikan diri ?

Terbaru, seorang ahli ekonomi melayu, Dr Muhammed Abdul Khalid didalam bukunya The Colour of Inequality - Ethnicity, Income, And Wealth In Malaysia, mendedahkan jurang perbezaan antara golongan kaya dan miskin semakin meluas. Malah dikatakan lebih buruk sejak 1957.

Jurang pendapatan di antara kaum bumiputera dan Cina telah meningkat sebanyak 10 peratus dari tahun 2009 hingga 2012, dan ini bukan sahaja pertama kali ia berlaku sejak tahun 1970, tetapi juga sekaligus melenyapkan segala pencapaian yang dicapai sedekad yang lalu.

Yang mengejutkan adalah data yang menunjukkan kedaifan rakyat Malaysia, terutamanya kaum bumiputera dalam pemilikan harta, termasuk hartanah dan saham. Dari segi pemilikan aset kewangan, 72 peratus yang tidak mempunyai aset ini adalah kaum bumiputera.

Jadi DS, bagaimana negara hendak mencapai berpendapatan tinggi jika rakyat sendiri tidak mempunyai kekuatan ekonomi. ?

Itu belum lagi dicampur dengan masalah kebanjiran pendatang asing, jalan raya yang berlubang, kesesakan jalan raya seolah olah tiada penghujung, keadaan bandar yang kotor dan tidak terurus termasuklah Kuala Lumpur, Apalah gunanya Malaysia meraih nama sebagai negara berpendapatan tinggi sedangkan kehidupan rakyat dibelenggu masalah masalah ini.

Mohon DS selesaikan dahulu masalah masalah ini sebelum menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi. Fahami denyut nadi rakyat sebelum membuat keputusan bersifat bombastik. Hadapilah realiti, bukannya hidup berangan-angan ciptaan penasihat penasihat yang mempunyai kepentingan peribadi.

2 comments:

Unknown said...

Terbaik berbaloi baca

Unknown said...

Terbaik berbaloi baca