Geng Bas Sekolah

October 9, 2014

POLITIK UMNO YANG SEMAKIN BUSUK


Sekali lagi rakyat terasa dihina apabila seorang orang politik UMNO membuat kenyataan, gaji mereka sebanyak RM6,500 adalah TIDAK CUKUP. Disaat rakyat Malaysia tengah bergelut dengan kenaikan harga minyak atau Najib cakap minyak tak naik tapi subsidi je kurang, boleh pula Datuk Seri Shahidan Kassim cakap gaji mereka tidak cukup.

Orang politik ini memanglah tidak boleh dipercayai. Gaji atas kertas je RM6,500. Tapi duit projek lain, elaun dan sumbangan dari syarikat syarikat lain, itu tak sebut pula. Orang politik duduk di banglo besar, ada 2 3 buah rumah. Pakai kereta besar jenama Honda, BMW, Audi, Mercedes dan Velfire. Itu masih lagi dikata terpaksa ikat perut ?

Sepatutnya gaji orang politik harus dipotong. Baru rasa penderitaan rakyat. Bila negara ada masalah, rakyat yang kena tanggung tetapi orang politik bebas kaut untung.

Teringat dengan kisah al-Imam al-Nawawi (631-676H) yang diminta oleh Raja pada zamannya al-Malik al-Zahir untuk memberikan fatwa bagi mengharuskan Raja mengambil harta rakyat untuk digunakan memerangi musuh yang mengancam negara iaitu tentera Tatar. Tujuan itu pada zahirnya baik kerana mempertahankan negara dari ancaman musuh. Harta itu pun hendak digunakan untuk keperluan jihad.

Namun ramai ulama yang telah dibunuh ketika itu kerana enggan mengeluarkan fatwa berkenaan. Al-Nawawi juga enggan menulis surat sokongan terhadap tindakan Raja Zahir itu sekalipun beliau tahu pengambilan harta itu untuk kepentingan negara juga.

Apabila Raja bertanya kepada beliau mengapa beliau enggan menyokong? Beliau menjawab: Setahu saya engkau dahulunya seorang hamba, tidak mempunyai harta. Kemudian Allah memberikan kurniaan kepadamu lalu diangkat engkau menjadi seorang raja. Aku dengar engkau memiliki seribu hamba lelaki yang setiap mereka memiliki talipinggang daripada emas. Engkau juga ada memiliki dua ratus hamba perempuan, dan setiap mereka memiliki sebekas perhiasan. Jika engkau belanjakan itu semua, sehingga hamba-hamba lelakimu hanya memakai tali pinggang kain, dan hamba-hamha perempuanmu hanya memakai baju tanpa perhiasan, juga baitul mal sudah tiada simpanan wang, harta dan tanah lagi, maka aku akan fatwakan untukmu keharusan mengambil harta rakyat itu. Sesungguhnya yang menolong jihad dan selainnya ialah penyerahan diri kepada Allah dan mengikut jalan nabiNya s.a.w.

Pemimpin harus mengorbankan hartanya, bukan meminta rakyat pula mengorbankan harta untuk kesenangan pemimpin.

No comments: