Geng Bas Sekolah

October 8, 2014

BANGSA MELAYU BAKAL HILANG KUASA


Selepas PRU13, orang Melayu sepatutnya sudah sedar tapi malangnya orang Melayu masih leka dengan hiburan. Masih tan nampak mereka akan hilang kuasa malah mungkin terusir jika kuasa politik hilang dari tangan mereka. Sudahlah orang Melayu tidak memegang ekonomi. Janganlah pula tanah nenek moyang ini tergadai pula.

KUALA LUMPUR 30 Jun - Kaum Cina masih merupakan golongan paling aktif mendaftar sebagai pengundi apabila lebih 30 peratus daripada kalangan mereka yang berumur 21 tahun ke atas telah mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meskipun komposisi kaum itu di Malaysia hanya 23 peratus.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, kaum Melayu dan bumiputera pula adalah yang paling sedikit mendaftar iaitu tidak sampai 50 peratus meskipun komposisi kaum itu sebanyak 67 peratus.

"Bagi kaum India pula, jumlah yang mendaftar adalah tujuh peratus daripada komposisi kaum itu sebanyak tujuh peratus di negara ini jadi maksudnya, kaum Melayu dan bumiputera adalah yang paling sedikit," katanya dalam sidang Dewan Negara hari ini.

Ketika menjawab soalan Senator Datuk Seri Syed Ibrahim Kader, Shahidan berkata, kerajaan tidak akan melaksanakan sistem pendaftaran pengundi secara automatik kepada setiap rakyat Malaysia yang mencecah umur 21 tahun.

Katanya, pelaksanaan sistem itu melanggar peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan justeru, jika mahu dilaksanakan, beberapa pindaan terhadap undang-undang berkaitan perlu dibuat.

"Kalau kita laksanakan secara automatik, ini akan menimbulkan masalah malah mereka ini bila sudah cukup umur mahu mengundi di tempat yang mengikut kawasan masing-masing.

"Selalunya mereka mengundi di tempat yang alamatnya dipilih, namun dalam masa lain sesetengah orang mahu mengundi di kampung halaman jadi yang penting di situ adalah jangan sampai timbul satu rumah 40 alamat," katanya. - SUMBER

1 comment:

Anonymous said...

Parti-parti Melayu masing-masing tak menyerlah hanya tau gila kuasa, DAP dan MCA main peranan mereka dalam Pakatan dan BN untuk kepentingan kaum mereka, yang beri peluang kepada mereka adalah Melayu juga, Melayu kena tukar mentaliti supaya jadi macam mereka yang penting bangsa mereka.