Geng Bas Sekolah

October 7, 2014

TAHALUF SIYASI YANG MEMBUNUH PAS


Dari perhitungan logik berasaskan fakta perkembangan yang berlaku sebelum muktamar Pas 2011 hingga kini, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidaklah berada pada kedudukan yang mantap dan bermaruah dalam Pas dan dalam pakatan pembangkang.

Keadaan ini lebih jelas apabila berlaku krisis dalam pakatan tersebut yang bermula daripada 'Langkah Kajang' yang membawa kucar-kacir kepada kerajaan negeri Selangor.

Dalam keadaan ini Abdul Hadi tidak mendapat dokongan sepenuhnya daripada Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang terbentuk oleh grand design dalam kalangan politik bukan ulama dalam parti itu yang bertunjangkan kekuatan kewangan yang tidak lagi mementingkan prinsip dan ideologi tetapi dipandu oleh keperluan politik semasa.

Beberapa hari sebelum Muktamar Pas 2011 yang menyingkirkan ulama progresif Nasharudin Mat Isa, Astora Jabat seorang penulis agama yang terkemuka dan saya bertembung dengan Datuk Husam Musa, Datuk Mahfuz Omar dan Mohamad Sabu di Hotel Kuala Lumpur. Mengetahui Mat Sabu sebagai pencabar kepada Timbalan Presiden saya mengesyaki suatu konfrastasi sedang berjalan.

Saya percaya hal ini berlaku dengan rastu Abdul Hadi sendiri yang melihat masa depan Pas bergantung kepada kerjasama dengan pakatan pembangkang termasuk harapan pimpinan Pas sebagai Perdana Menteri dan hanya dengan kerjasama ini dapat menggulingkan kerajaan BN.

Pegangan ini mendorongkan Pas untuk membuang seorang inteletual Islam yang dihormati untuk digantikan dengan tokoh yang kekuatannya bergantung kepada aksi dan kontroversi serta membuang dokumen negara Islam yang menggerunkan bukan Islam untuk digantikan kepada Negara Berkebajikan.

Dengan pengumuman itu dalam ucapannya di muktamar Pas 2011 maka Abdul Hadi meletakkan hala tuju baharu yang secara tidak langsung memberikan sokongan moral kepada Mat Sabu yang mencabar Nasharudin untuk menggerakkan Pas ke arah dasar baru itu dan menghapuskan imej tradisi Pas sebagai parti agama.

Di bawah dasar tahaluf siyasi yang membolehkan kerjasama dengan semua pihak termasuk parti bukan Islam dan orang bukan Islam demi untuk menegakkan sebuah kerajaan eutophian yang bersih, adil dan amanah untuk menggantikan UMNO yang kata Abdul Hadi "Telah menjahilkan Melayu Islam di negara ini sejak negara mencapai kemerdekaan".

Tidak ada sesiapa yang dapat disalahkan apabila tahaluf siyasi itu akhirnya mele­takkan kepimpinan Pas tidak lagi berada di tangan ulama malah kedudukan Abdul Hadi sendiri sebagai Presiden Pas tidak lagi pasti yang jelas terserlah dalam krisis pakatan pembangkang sekarang.

Dalam keadaan ini, tidak mustahil kepimpinan ulama Pas sekarang akan tersingkir atau diketepikan. Abdul Hadi akan menerima nasib yang sama dengan pemimpim agama nasionalis seperti Datuk Asri Muda dan lain-lain lagi untuk digantikan oleh pimpinan ulama yang diketuai oleh beliau sendiri.

Kini giliran Abdul Hadi pula akan disingkirkan oleh pemimpin liberal, sekular, profesional dan tidak berideologi dan bukan terdiri daripada barisan ulama yang tidak realis.

Pergantungan pucuk pimpinan Pas kepada kekuatan Majlis Syura Ulama dipandang kecil oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dan juga beberapa orang anggota Jawatankuasa Kerja Pusat Pas kerana mereka tidak mempunyai legal authoriti dan kuasa mereka boleh dibatalkan oleh Pas pusat yang dipilih oleh muktamar Pas pada bila-bila masa menerusi proses demokrasi.Mereka sedar kekuatan Pas berpaksikan Majlis Syura Ulama tetapi ini tidak akan menjadi masalah jika telah sah kekuatan berada di tangan mereka.

Bukti bahawa Pas sebagai parti tunjang dalam pakatan pembangkang yang mewakili orang Melayu dan Islam tidak lagi mempunyai kekuatan seperti sebelum bersama pakatan tersebut diakui Ahli Jawatankuasa Pas Pusat Nik Abduh Nik Abdul Aziz apabila beliau menegaskan, Pas menjadi mangsa buli parti sekutunya dalam pakatan pembangkang malah dalam kenyataan terakhirnya beliau meminta ahli ahli Pas bertahan kerana sedang diserang dari dalam (oleh team Anwarinas?).

Serangan dari luar menampakan keangkuhan mereka untuk demoralised kepimpinan Abdul Hadi yang berpaksikan kepada wahyu dan emosi. Dengan menyingkirkan orang Pas daripada kedudukan penting yang berada di bawah kuasa mereka. Umpamanya tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang menyingkirkan Bendahari Pas Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim daripada semua jawatankuasa tetap dalam Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP). (Berapa banyak elaun tetap dan pendapatan yang hilang?)

DAP juga memberikan penghormatan kepada dua orang ADUN Selangor daripada Pas yang dianggap barua oleh Presiden Pas dan membalas kecaman pedas Abdul Hadi dengan kecaman yang keras yang menunjukan keberanian DAP untuk menghadapi apa keadaan pun sekalipun Pas meninggalkan pakatan. DAP memerlukan ini untuk tidak terlihat sebagai dibuli oleh parti Islam dan Melayu. Mereka tahu bahawa hubungan Pas dengan pakatan berada dalam keadaan dibuang mati anak dan ditelan mati emak.

Lebih memburukkan lagi moral pimpinan Pas apabila dalam keadaan tercabar ini, Abdul Hadi hanya nampak mundar mandir dalam permainan politik, tidak dapat membuat keputusan yang tegas atau sekeras apa yang diucapkannya kerana beliau seniri tidak berada dalam keyakinan diri tentang sokongan anggota Jawatankuasa Kerja Pusat Pas dan juga tentang kekuatan Pas dalam kerajan Selangor.

Kecaman pedas Abdul Hadi terhadap dua ADUN tersebut tidak diikuti dengan tindakan pantas kerana beliau tidak mempunyai keyakinan terhadap kekuatan dan sokongan kepada kepimpinannya.

Hal ini menampakkan kepada musuh bahawa beliau lebih bergantung kepada kekuatan "lidah" sebagai kuasa tanpa lebih dahulu mengukur kekuatan sebenar yang dimilikinya dan bila tidak dapat bertindak sekeras ucapannya maka semakin terhakis aura kepimpinannya sendiri.

Keceluparan mulut tanpa memperhitungkan keupayaan bertindak menyebabkan Abdul Hadi tidak terlihat sebagai pemimpin yang rasional, berkaliber dan berkualiti.

Cara politik lama dengan menggunakan autoriti agama untuk memburuk-burukkan musuh dengan mengecap mereka sebagai kafir atau barua sudah tidak lagi menggempar atau menggerunkan musuh malah dilihat oleh umum dan ahli-ahli Pas yang terpelajar dan profesional bahawa kata-kata itu tidak wajar digunakan oleh seorang pemimpin besar parti politik di negara ini.

Dengan itu Abdul Hadi menyamai taraf­nya dengan seorang imam yang meng­imamkan sembahyang hajat beramai-ramai di sebuah padang tidak lama dahlu yang mendokakan agar UMNO K.O , K.O UMNO.

Anwarinas dalam Pas dari sejak awal lagi secara bijak dan halus berusaha untuk menghakiskan imej kepimpinan Abdul Hadi dengan berbagai cara yang halus dan pintar. Selain daripada tidak memberikan tempat yang sewajarnya kepada Abdul Hadi dalam berita yang boleh memperkukuhkan dan meningkatkan imej, Abdul Hadi juga menggambarkan beliau hanya layak menjadi seoarang nelayan.

Umpamanya dalam Harakah Daily menjelang muktamar Pas yang lalu telah menyiarkan gambar Abdul Hadi sedang menjala ikan dengan keterangan gamabr bahawa beliau mahu kembali menjadi nelayan.

Ternyatalah perhitungan Abdul Hadi untuk selamat dengan dikelilingi oleh Anwarinas dan bukannya daripada gulongan terpelajar dan modenis Islam merupakan perhitungan yang salah. Sebenarnya beliau menggali kuburnya sendiri dari sejak muktamar Pas 2011.

Strategi beliau untuk menyelamatkan Pas dengan mengorak langkah radikal dan dinamik samalah dengan langkah Tun Dr. Mahathir Mohamad membawa masuk Datuk Seri Anwar Ibrahim ke dalam UMNO dengan tujuan untuk menyelamatkan masa depan UMNO daripada ditelan oleh Pas tetapi akhirnya Dr. Mahathir hampir ditelan oleh Anwar tetapi beliau bernasib baik dalam keadaan lemas ada anggota Majlis Kerja Tertinggi yang sanggup menyelamatkannya.

Pada mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO untuk menyingkirkan Anwar Ibrahim daripada UMNO setelah dipecat daripada Timbalan Perdana Menteri pada 3 September 1998, jika tidak kerana tindakan pantas Datuk Ibrahim Ali mungkin usia Dr. Mahatir sebagai Perdana Menteri telah berakhir pada malam itu juga.

Seorang anggota Majlis Kerja Tertinggi telah meminta pemecatan itu dibuat menerusi undi sulit tetapi Ibrahim segera membantah keras dan terus bertanya siapakah yang bersetuju supaya Anwar dipecat yang mendorongkan majoriti bersetuju termasuk mereka yang sedang berura-ura untuk mencari jalan selamat.

Apakah ada orang seperti Ibrahim dalam Jawatan Kerja Pas Pusat yang sanggup berkorban untuk Abdul Hadi bagi menyelamatkan beliau dan masa depan Pas sebagai satu satunya parti Islam yang terkuat di Malaysia?

Abdul Hadi telah mengorbankan dokumen negara Islam Pas, mengorbankan imej agung Pas sebagai parti yang mahu menegakkan negara Islam, memperkenalkan tahaluf siyasi untuk bekerjasama dengan golongan bukan Islam bagi menegakkan sebuah negara berkebajikan yang bebas rasuah, bersih dan amanah tetapi akhirnya Abdul Hadi dan Pas terpaksa bersekongkol untuk menolak sebuah kerajaan di Selangor dan terpaksa bertolak ansur dengan pemimpin-pemimpin yang moral mereka disyaki demi untuk mengekalkan kuasa.

Pas sekian lama membiarkan dirinya dimanipulasi oleh Anwar yang disingkirkan oleh UMNO kerana masalah peribadi tetapi diterima oleh Pas sebagai pimpinan besar pakatan pembangkang untuk menegakkan negara bersih dan membunuh UMNO.

Hukuman hudud dan negara Islam mimpi Pas tinggal retorik yang amat memedihkan perasaan penyokong-penyokong Pas yang fanatik, jumud dan ekstrem. Dalam keadaan sekarang DAP dan PKR melihat Pas tidak lagi mempunyai peluang ntuk kembali kepada kekuatan asalnya malah sedang mencari jalan untuk survival dan bukannya untuk memulihkan kekuatan. Pas sekarang berada dalam keadaan cedera parah.

DAP dan PKR hanya menunggu untuk melihat tindak-tanduk Abdul Hadi yang lebih membuka peluang kepada mereka untuk menolak beliau ke dalam jurang yang lebih dalam dan melemaskannya. Bila perlu mereka akan menunjukan keberanian yang lebih besar dan bukannya menunjukkan kerjasama atau kompromi yang akan memberi laluan kepada tahaluf siyasi.

Kepada umum amat jelas bahawa Pas sedang menggali kuburnya sendiri menerusi tahaluf siyasi. - SUMBER

1 comment:

Anonymous said...

Hadi Awang adalah seorang renegade Islamist. Akibat terlalu lama bergelumang didalam lautan demokrasi sekular beliau bukan sahaja hanyut tetapi turut tenggelam. PAS yang asalnya hanya menggunakan ruang didalam sistem demokrasi untuk menyebarkan dakwah Islam akhirnya menjadi murtad dengan menyanjung, menjulang dan menganut agama demokrasi itu sendiri. Demi kuasa, amalan munafiq dilaksanakan iatu, amar munkar nahi makruf. Banyak lagi aku nak tulis tapi malaslah...! Buat penat aje sebab mereka tu seperti firman Allah di dalam surah al Baqarah...bisu, tuli dan buta, mereka tidak boleh berfikir dan mereka tidak dapat kembali kepangkal jalan atau bertaubat. Kepimpinan PAS mesti dibuat total overhaul. "Professional" mereka fasiq & munafiq, ulamak mereka sebenarnya PUKIMAK!