Geng Bas Sekolah

January 3, 2014

PENIAGA ISLAM DIHALAU DARI PASARAYA


Pelbagai pihak termasuk wakil rakyat melahirkan rasa kesal dengan tindakan pihak pengurusan sebuah pusat perniagaan di sini yang didakwa bertindak mengeluarkan beberapa peniaga bumiputera terutama penjual produk kosmetik daripada berniaga di situ.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Baharu, Datin Norsabrina Mohd. Noor berkata, beliau sendiri pernah berhubung dengan beberapa orang pihak pengurusan di pusat perniagaan itu tetapi jawapan yang diberi amat tidak memuaskan hati.

Beliau berkata, sepatutnya perbincangan awal secara berhemah dilakukan antara kedua-dua pihak.

"Pihak pengurusan nampaknya tidak pandai ambil hati langsung dalam perkara berkenaan, tidak ada budi bicara langsung ketika diajak berbual dalam menangani kes itu," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini semalam.

Menurutnya, pihak berkenaan wajar berbincang cara elok dan memberi alasan munasabah sebelum peniaga terbabit tidak dibenarkan lagi berniaga di situ.

Seorang peniaga produk kosmetik, Suzana Mohd. Yusof, 41, mendakwa, beberapa cara dilakukan oleh pihak pengurusan pusat perniagaan itu, agar dia keluar dari situ dengan segera.

Dakwanya, dia berniaga telah lama berniaga di situ dan mendapat sambutan baik sekali.

"Berbagai surat dikeluarkan terhadap saya dalam tempoh berniaga di situ, mereka enggan mendengar sebarang alasan daripada kita dan yang mereka mahu, kita keluar dari situ sahaja," katanya.

Seorang lagi peniaga, Zunianah Deris, 52, berkata, pihaknya tidak pernah membuat bantahan terhadap apa yang dikehendaki oleh pihak pengurusan pusat perniagaan itu.

"Mereka naik bayaran sewa, kami jelaskan dan setakat ini beberapa peniaga terpaksa keluar dari situ kerana menghadapi pelbagai tekanan," katanya.

Sampai bila umat islam hendak ditekan di negara ini oleh orang orang kafir. Ayuh bangkit berjuang. Pertahankan hak kita. Ini tanahair kita. Kita wajib bangun dan berjuang mempertahankannya.

No comments: