Geng Bas Sekolah

Korang Kena baca ini

January 24, 2014

CINA TIDAK HORMAT NEGARA MALAYSIA


TULISAN seorang insan bernama Shashi Kumar dari Shah Alam dalam sebuah akhbar bahasa Inggeris Sabtu lalu membuka mata kita betapa kurang minat dan perhatian diberikan oleh sesetengah rakyat negara ini terhadap bahasa negara mereka sendiri iaitu bahasa Melayu.

Anehnya mereka ini sering sahaja mendabik dada bahawa mereka ialah orang Malaysia sejati apabila ditegur tidak patriotik. Apa rakyat Malaysianya kalau bahasa negara sendiri pun tidak tahu malah tergamak berkata 'gua tak boleh cakap Melayu' bila ditegur sapa atau ditanya dalam bahasa Melayu.

Orang begini sememangnya tidak patriotik sebagaimana dinyatakan Shashi Kumar. Apa tidaknya dengan negara sudah pun lebih 55 tahun merdeka tidak sepatutnya masih wujud rakyat negara ini yang tidak boleh bercakap Melayu dan sedikit pun tidak mahu berusaha untuk boleh bertutur bahasa negara ini yang mereka sendiri akui sebagai negara mereka.

Apakah orang macam ini tidak berasa malu bahawa pekerja asing baik dari Bangladesh, Nepal, India, Vietnam atau dari mana sahaja pun boleh bertutur bahasa Melayu hanya setelah berada di sini selama beberapa bulan sahaja? Inikan bagi mereka yang kononnya rakyat Malaysia dilahirkan di sini selama berpuluh tahun lalu tetapi sedikit pun tidak mahu berusaha untuk menguasai bahasa negara sendiri.

Kita masih boleh terima mereka yang sudah pun berada di sini sejak sebelum merdeka tetapi tidak berpeluang untuk menggunakan bahasa Melayu kerana telah bergaul sesama puak mereka sahaja.

Pengabaian terhadap penggunaan bahasa Melayu di negara ini oleh anasir-anasir tertentu demikian termasuklah beberapa pemaju perumahan. Ia memberi gambaran semacam ada arahan atau peraturan daripada Persatuan Pemaju supaya ahli-ahlinya abaikan sahaja penggunaan bahasa Melayu.

Apa tidaknya dalam risalah-risalah jualan perumahan yang diedarkan hanya ditulis dalam bahasa Inggeris dan Mandarin sahaja. Sepatah perkataan Melayu pun tidak terdapat dalam risalah-risalah itu melainkan nama pemaju itu sahaja, seperti Keris Properties Sdn. Bhd. atau nama Jalan di mana perumahan itu sedang dibangunkan.

Risalah demikian berterusan diedarkan dengan menyelitkannya dalam akhbar yang diedarkan ke rumah-rumah termasuk akhbar berbahasa Melayu.

Yang lebih menakjubkan pemaju begini sanggup pula mengedarkan risalah mereka di kawasan-kawasan Melayu misalnya di Shah Alam.

Ia memberi gambaran seolah-olah mereka mencabar rakyat dan pihak berkuasa terhadap penggunaan bahasa negara sendiri. Pihak berkuasa tempatan seharusnya lebih prihatin tidak membenarkan pemaju demikian berleluasa mengabaikan bahasa negara sendiri.

Tentunya kita tidak terfikir rakyat negara-negara seperti Perancis, Jepun atau pun Jerman akan mengabaikan bahasa mereka sendiri.

Masalahnya warga negara macam ini belajar di sekolah Cina di mana mereka diajar BM hanya untuk lulus mata pelajaran itu dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Tidak ada usaha sebenar untuk membolehkan murid-murid sekolah demikian dapat menguasai dan boleh bertutur BM dengan baik.

Ini adalah kerana pelbagai pertubuhan Cina seperti Dong Zong begitu sekali menekankan semua orang Cina perlu menguasai bahasa Mandarin. Sememangnya tidak salah bagi mereka memberi perhatian kepada bahasa mereka tetapi tentunya tidaklah sehingga mengabaikan BM hingga nak bercakap Melayu pun tidak boleh.

Hasrat demikian inilah yang menyebabkan kenapa begitu ramai lulusan sekolah Cina yang berterusan bergaul sesama sendiri hingga berpendapat mereka tidak perlu tahu bercakap BM atau tidak berusaha cuba dapat bertutur BM. Mereka seolah-olah bukan berada di bumi Malaysia tetapi di Hong Kong, Taiwan atau China.

Sudah tiba masanya kerajaan melakukan sesuatu untuk memastikan mereka ini sekurang-kurangnya boleh bertutur BM. Jabatan Pelajaran harus membuat ketetapan seorang calon kertas BM untuk SPM tidak akan diluluskan kiranya tidak lulus dalam ujian pertuturan bahasa Melayu.

Peraturan demikian inilah sahaja yang akan 'memaksa' murid-murid sekolah Cina berusaha lebih serius menguasai BM atau sekurang-kurangnya boleh bercakap Melayu.

1 comment:

Anonymous said...

Rakyat Malaysia yang tidak tahu bahasa Melayu sepatutnya malu dan berasa hina kerana sebagai warga yang sah sewajarnya berupaya bertutur dengan baik dalam bahasa negaranya sendiri. warga negara apakah jika tidak tahu akan bahasa negaranya sendiri?