Dimana maruah pemimpin islam terutama dari UMNO apabila umat islam dipijak, Allah s.w.t dihina dan Nabi Muhammad s.a.w dicaci. Dimana pemimpin pemimpin UMNO ini berada ? Mengapa jika dalam isu Hard Rock Cafe, ada pemimpin UMNO sanggup buka mulut tetapi untuk mempertahankan islam, mereka ini terkunci mulut. Adakah cafe yang menyajikan arak itu lebih mulia dari mempertahankan islam ? Bila patung Najib disumbat kangkung, melenting pemimpin UMNO seolah olah panas punggung disalai atas bara api neraka. Sampai sanggup buat demo. Tetapi untuk islam, haram buat bodoh je. Hanya biarkan NGO dan blogger je yang mempertahankan islam.
Mulanya saya cuba bersangka baik dengan apa yang menimpa seorang guru mualaf di SJKC Nan Ya, Kota Tinggi, Johor, atas nama dakwah. Tetapi setelah lama mengikuti isu ini, ditambah oleh sebuah syarikat pembinaan bukan yang menghalau artis bertudung dalam majlisnya, menjadikan saya jadi geram.
Mana tidaknya, lembaga sekolah tersebut telah memaksa guru mualaf untuk membuka tudungnya dan diancam keselamatannya jika tidak berbuat demikian.
Sedihnya, apabila guru tersebut melaporkan kepada pihak berkuasa, beliau ditukarkan serta merta sekolah lain. Kenapa perlu ditukarkan? Kenapa tidak lawan kes ini? Kenapa mengalah?
Peliknya, tiada tindakan tegas dikenakan terhadap kepimpinan SJKC tersebut. Mana telur kita? Bayangkan jika isu ini tidak disensasikan, sudah tentu kita terus menjadi mangsa. Mana dia pemimpin yang memperjuangkan Islam dan hak asasi manusia ini? Kejam sungguh kita semua. Kena pada orang Islam, tak apa, kena pada bukan Islam, heboh 1Malaysia.
Saya ingatkan orang bukan Islam telah insaf dan memahami perkara asas mengenai Islam. Maklumkan sudah lama tinggal di tanahair tercinta ini. Paling kurang memahami kedudukan Islam selaku agama negara. Rupa-rupanya tidak. Mereka secara sengaja tidak mahu faham.
Apabila ada desakan mahukan tindakan disiplin diambil terhadap ahli lembaga sekolah tersebut, maka kita pun berkata ini isu kecil dan hanya permainan politik untuk mengalihkan pandangan rakyat dari isu ekonomi yang lebih meruncing.
Apa semua ini? Lebih meloyakan, ketika pengerusi lembaga dan guru besar sekolah tersebut, memohon maaf secara terbuka, maka kitapun beramai-ramai datang memberikan sokongan dan tepukan.
Sambil bersalaman dengan guru mualaf tersebut, guru besar itu berkata: "Saya harap isu ini selesai dan dapatlah kita semua hidup dalam harmoni sesuai dengan slogan 1Malaysia". Kita pun tutup fail. Wah… senang sungguh. Bayangkan jika saya melakukan perbuatan yang sama. Sudah tentu berbulan-bulan isu ini tidak habis diperkatakan.
Persoalan saya, kenapa kita perlu raikan permohonan maaf tersebut? Biar mereka cari jalan untuk selesaikan masalah di atas masalah yang dicarinya sendiri. Apatah lagi penghinaan sengaja dilakukan terhadap Islam. Inilah akibatnya apabila ISA dimansuhkan.
Mudah sangat hidup di Malaysia, bila bukan Islam buat salah, minta maaf, selesai, atas alasan 1Malaysia. Bila kita buat silap, maka dikatakan bertentangan dengan 1Malaysia. Maka kita terus salah, mereka terus betul.
Apakah kita sudah buta dan lupa isu pengetua SMK Tunku Abdul Rahman, Kulaijaya, didakwa mengeluarkan ‘ucapan rasis’ pada tahun 2010? Seluruh media ultrakiasu menghentam habis-habisan pengetua tersebut. Langsung tidak diberikan peluang untuk membela diri. Desakan demi desakan dilakukan agar beliau dipecat dan ditukar.
Julai dan Ogos 2013, pengetua SMK Alam Megah, Shah Alam turut menerima nasib yang sama dikatakan memberi ucapan rasis. September 2013, guru penolong kanan SMK Engku Husin Semenyih, Kajang pun turut menjadi mangsa.
Pada Julai 2013 apabila gambar murid bukan Islam SK Sri Pristina “makan di tandas” semasa bulan Ramadhan tersebar. Sekali lagi seluruh media ultra kiasu dikerah untuk melondehkan isu tersebut sehingga habis FB Guru Besar turut digodam.
Pelbagai tuduhan diberikan tanpa langsung memberi peluang kepada beliau membela diri. Beliau dan keluarga dimalukan, dihina dan dikecam sehingga anak beliau sendiri merayu dan menulis di status FB jangan diganggu ayah beliau lagi.
Namun, dalam isu guru mualaf dan SJKC Nan Ya, semua media ultra kiasu senyap sepi. Kenapa tidak sensasikan isu ini dan memaksakan guru besarnya dipindahkan atau meletakkan jawatan? Jawapannya mudah, mereka sekapal.
Saya yakin, penghinaan ke atas guru mualaf tersebut, dan artis bertudung, sengaja dilakukan. Peliknya, kerana guru mualaf tersebut yang ditukarkan ke sekolah lain, bukan guru besar tersebut.
Lebih menjengkelkan lagi, ketika isu ini dibangkitkan, kita diminta sabar, siasat dahulu, jangan bertindak terburu-buru, perlu berhikmah dan bermacam-macam alasan ini. Inilah sifat orang Melayu, terlalu bertolak ansur, sehingga ditolak beranur-ansur.
Benar, memaafkan seseorang itu satu sifat yang baik. Tetapi itu bukan bermakna, pesalah boleh terlepas begitu sahaja.
Masih ingatkah kita pada zaman Nabi, apabila seorang Muslimah dipermainkan oleh Yahudi sehingga terselak kain dan menampakkan auratnya? Apa tindakan selepas itu? Jawapannya, perang.
Hari ini kita tidaklah sampai ke peringkat perang. Tetapi menjadi tanggungjawab seorang pemimpin negara untuk memastikan bahawa tidak ada mana-mana rakyat Islam di bawah pemerintahannya dianiaya oleh musuh-musuh Islam.
Ingatlah! maruah dan keadaan umat Islam semakin tercabar. Malangnya, tiada pemimpin yang berani bangkit dan dengan tegas bersuara mempertahankan maruah umat Islam yang tercalar. Lebih menyedihkan, penghinaan itu berlaku di bumi kita sendiri yang berasaskan Melayu dan Islam.

Sumber : Dr Ridhuan Tee
1 comment:
Assalam
Masih adakah pemimpin UMNO yang lantang bersuara tanpa perlu mendapat restu Presiden... Dulu mungkin ada sekarang MANA ada? Tapi cuba kiat perhati kalau bab nak umumkan kenaikan harga apa saja... Ramai yang sanggup menyalak bagi pihak Presiden... Paling galak tu menteri Wilayah Persekutuan... Presiden masih tak berbunyi tentang isu minyak RON 95...????
Post a Comment