Sejarah penubuhan sekolah di Malaysia bermula apabila British mendirikan sekolah untuk mengajar membaca menulis dan mengira. Lama sebelum itu, orang melayu sendiri sudah menubuhkan madrasah atau pengajian sistem pondok untuk mengajar ilmu agama. Bagi pelajar yang lulus tahap tertentu, mereka akan pergi ke Mekah, Mesir atau mana mana negara islam lain di timur tengah. Bagi pelajar sekolah British pula, mereka yang lulus cemerlang diberi biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di negara barat.
Selepas negara merdeka, Kerajaan meneruskan pendidikan seperti sistem British tetapi pelajaran diubahsuai supaya ianya bercorak Malaysia sendiri. Aku tidak nak bercerita mengenai silibus pelajaran sebaliknya tentang kos bayaran kepada pihak sekolah. Pada mulanya, para pelajar tidak dibebankan dengan bayaran yang tinggi seperti sekaranh. Cukup sekadar yuran sekolah, pendaftaran dan lain lain.
Tetapi semakin lama, kos bayaran sekolah semakin membebankan. Sudahlah ibubapa perlu membeli uniform sekolah, kasut sekolah, beg dan buku. Ibubapa juga dibebankan dengan pelbagai yuran yang dilihat tidak masuk akal. Yuran PIBG itu sudahlah wajib. Ditambah pula ada sesetengah sekolah mengenakan bayaran khusus untuk buku nota/latihan khas, lencana, pen serta alatan alatan lain yang bagi aku tidak berkaitan atau memberi kesan kepada pengajian murid jika tidak dibeli.
Bagi sekolah asrama, ada pula bayaran untuk pakaian khas seperti baju melayu, samping dan sebagainya.
Adakah pihak sekolah dibenarkan membuat peraturan sebegini ? Apakah jika ibubapa tidak membeli buku nota, lencana mahupun benda benda remeh, ianya menjadi satu dosa yang cukup besar serta anak mereka tidak akan lulus peperiksaan ?
Sekolah asalnya adalah tempat memberi pelajaran kepada rakyat. Sebaliknya sekarang sekolah menjadi tempat mengambil duit rakyat pula.
Pengalaman aku sendirilah semasa sekolah dahulu, awal tahun ada cikgu kata wajib beli buku latihan. Bila sudah dibeli, sampai habis sekolah buku itu tidak digunakan. Sebaliknya cikgu gunakan nota latihan lain pula. Tentang buku teks, apa gunanya Kerajaan membazirkan berbilion ringgit mencetak buku teks sedangkan ianya tidak digunakan. Itupun pengalaman aku juga dahulu. Buku teks agama islam, bahasa inggeris, matematik, kemahiran hidup langsung tidak digunakan. Disimpan dan kemudian hujung tahun, dipulang semula. Nampak tak pembaziran duit rakyat disitu. Mungkin sekolah lain ada gunakan, tetapi tidak ditempat aku.
Untuk makan dikantin, ibubapa terpaksa beri juga wang kepada anaknya setiap hari. Sedangkan awal persekolahan, ibubapa perlu membayar bermacam bayaran.
Gaji para guru sudah tentu dibayar oleh Kerajaan. Kerosakkan sekolah atau peralatan, juga duit Kerajaan. Bil elektrik dan air rasanya dibayar juga oleh Kerajaan. Jadi dimana perginya duit ibubapa itu ? Apa perlunya ibubapa membayar kepada pihak sekolah ? Aku bercakap tentang sekolah bantuan penuh Kerajaan , bukannya sekolah swasta atau jenis kebangsaan.
Jadi mengapa ibubapa perlu dibebankan dengan bayaran yang tidak masuk akal. Di negara maju seperti di barat, mereka tidak perlu memakai pakaian seragam sekolah. Tetapi pandai juga mereka. Mengapa Malaysia perlu membuat undang undang pakaian seragam sekolah ? Rasanya pakaian seragam sekolah tidakpun menambah IQ pelajar kan ?
Jadi fikir fikirkanlah. Kerajaan kata memberi pendidikan percuma untuk peringkat sekolah rendah dan menengah. Sedangkan itu semua bohong belaka apabila ibubapa terpaksa mengeluarkan wang untuk dibayar kepada pihak sekolah sedangkan sekolah itu bukanlah sekolah swasta atau jenis kebangsaan.
2 comments:
Sekolah kenakan macam-macam bayaran termasuk bayaran tuisyen ratusan ringgit. Apa, tak cukuplah waktu yg diperuntukkan untuk mengajar seperti di jadualkan. Bukan itu saja, kegiatan seperti solat hajat, photostad keetas latihan dan sebagainya diwajibkan bayaran. Semua bayar lebih dari masa yuran dikenakan. Sekarang free tapi bayaran pada pihak sekolah sangat membebankan.
menarik artikel ni, tapi kalau tak suka anda boleh hantarkan anak2 ke sekolah2 yang ada di malaysia ni yang anda rasa tak perlu langsung mengeluarkan duit seperti yang anda mahu.ataupun anda ajarkan anak anda sendiri dirumah kemudian anda sendiri keluarkan sijil untuk anak2 anda upsr pmr spm stpm kalau perlu anda sendiri beri anak anda diploma ijazah master dan degree.bayaran pibg untuk tabung pibg, jika ada apa2 aktiviti, pelajar, guru2 boleh minta duit sumbangan dari pada pibg,tapi kalau murid tak bagi yuran, dari mana pibg ni nak dapatkan dana? photostat mestilah memerlukan duit boleh tak kita pergi ke kedai photostat kemudian kita suruh photostat latihan atau apa saja tapi katakan pada tuan kedai saya xnak bayar sebab anak saya sekolah kerajaan,ada logik tak? nak anjurkan solat hajat pun takkan tak perlukan duit untuk pengurusan, membeli makanan dan sebagainya.sekali lagi saya tegaskan jika tidak suka dengan sistem yang ada pada sekolah dan rasa terbeban sila pindahkan anak2 anda ke sekolah yang tidak membebankan atau ajar sendiri
Post a Comment