Teguran untuk Menteri yang sibuk menyambut krismas. Khas dari Dr Ridhuan Tee.
Kenapa kita perlu menonton rancangan agama? Jawapannya supaya ilmu kita bertambah, akidah kita makin mantap. Kita bimbang fenomena hari ini, kalangan kita yang jahil agama mahu bercakap soal agama.
Terbaharu, timbul persoalan, boleh atau tidak kita menyambut Krismas? Kerana ada menteri berpandangan, kita boleh menyambut hari perayaan bukan Islam, jika akidah terpelihara. Saya ingin bertanya, apa sandaran menteri tersebut berkata sedemikian? Logik semata-mata?
Jika tidak tahu, lebih baik diam. Kita bukan bercakap mengenai akidah goyang atau tidak berada dalam majlis bukan Islam? Mungkin akidah menteri itu mantap, tidak mudah goyah. Tidak mengapalah.
Kita bercakap soal asas. Boleh atau tidak umat Islam menyambut perayaan agama lain? Jika boleh, sejauhmana dibolehkan? Jika tidak, sejauhmana toleransinya. Janganlah membuat perbandingan yang pelik-pelik.
Secara mudah, saya turunkan dialog ini, yang saya perolehi dari seorang rakan;
Christian: Kenapa kau tidak mengucapkan Selamat Hari Krismas padaku?
Muslim: Agama kami menghargai toleransi antara agama, termasuk agamamu tapi masalah ini, agama saya melarangnya.
Christian: Tapi kenapa? Bukankah ia hanya sekadar kata-kata? Rakan muslimku yang lain mengucapkannya kepadaku?
Muslim: Mungkin mereka belum mengetahuinya. Chistian, boleh tak kau mengucapkan dua kalimah syahadah, dalam bahasa Melayu pun tak mengapa?
Christian: Oh! tidak, saya tidak boleh mengucapkannya. Itu akan mengganggu kepercayaan saya selama ini.
Muslim: Kenapa? Bukankah hanya kata-kata? Ayuh, ucapkanlah...
Christian: Sekarang, saya mengerti.
Sebagai mualaf, dari segi dakwah, sekadar mengucapkan selamat menyambut Krismas, tidak menjadi masalah. Begitu juga untuk menziarahi mereka seperti yang saya lakukan ketika Tahun Baharu Cina. Tetapi untuk menyambutnya, saya fikir perlu difikirkan kembali. Saya tidak fikir bukan Islam turut menyambut Hari Raya Puasa/Korban atau perayaan orang Islam yang lain.
Mereka sekadar bersama berada dalam majlis kita sebagai tanda persahabatan dan keharmonian, bukan menyambut. Kenapa kita selalu over dalam hal ini? Sehingga sanggup mengikut secara membuta tuli perayaan mereka. Begitu juga dengan perayaan Tahun Baharu 2014. Jangan rosakkan diri dan agama kita kerana terlalu meraikan orang lain.
Menurut Dr Yusuf Qardawi dalam fatwanya, harus kita memberikan ucapan selamat selagi mana kita tidak menyambut perayaan mereka dan sekadar ucapan tahniah kepada mereka sebagai tanda hubungan kemasyarakatan.
Maksudnya : Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang Yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berlaku adil (Surah Al-Mumtahanah: 8).
Namun, perlu diingat, bahawa ucapan yang ditujukan kepada mereka adalah suatu ucapan semata-mata ingin menjaga hubungan dan berbuat baik kepada mereka. Islam merupakan agama yang mengamalkan sikap toleransi dengan penganut agama yang lain dengan menjaga batasan syarak yang telah ditetapkan.
Pendapat ini selaras dengan pendapat Majlis Fatwa Kebangsaan 2007 mengeluarkan satu lagi garis panduan, dengan membenarkan orang Islam memberi ucapan selamat kepada bukan Islam semasa perayaan keagamaan mereka, dengan syarat ia tidak mengagungkan atau memuji agama lain.
Pada saya, fatwa ini sudah jelas. Tidak perlu juga mengeluarkan pendapat, atau membuat perbandingan, ketika kita membaca doa, orang bukan Islam tunduk hormat. Bacaan doa adalah hak umat Islam dan dijamin oleh perlembagaan persekutuan, walaupun bukan wajib ada. Kenapa kita terlalu apologatik dalam segala hal apabila kita diserang atau disindir sedikit?
Tidak boleh kita mempertahankan hak kita? Serahkan hal ini kepada yang alim dan pakar untuk berbicara, bukan semua kita nak cakap. Saya sendiri, walaupun perayaan Tahun Baharu Cina itu sekadar adat, tidak ada kaitan dengan agama. Saya hanya ‘menyambut’ berpada-pada. Dalam maksud, ucapkan selamat tahun baharu dan menziarahi saudara mara serta beri angpow. Itu sahaja. Titik. Tidak ada istilah menyambut dengan beriya-iya, sehingga menjadi lebih Cina daripada Cina sendiri. - Dr Ridhuan Tee

1 comment:
Harap no wahabi ideology get in.
Post a Comment