Geng Bas Sekolah

December 2, 2013

CRUYFF COURT - DILEMA BAHASA KEBANGSAAN


KUALA LUMPUR 1 Dis. - Kampung Baru, sebuah kawasan Melayu yang terus terpelihara di tengah-tengah kawasan ‘Segi Tiga Emas’ Kuala Lumpur, akan mendapat ‘sentuhan’ Johan Cruyff melalui pembinaan sebuah kompleks sukan dan rekreasi yang mengambil sempena nama lagenda bola sepak Belanda itu.

Lebih dikenali sebagai Cruyff Court, kemudahan ini adalah yang ketiga dibina di negara ini oleh Khazanah Nasional Berhad sebagai inisiatif utama tanggungjawab korporatnya dengan kerjasama Johan Cruyff Foundation.

Cruyff Court pertama di Malaysia dibina di Kampung Majidee, Johor Bahru, manakala yang kedua terletak di Brickfields, di sini.

Naharudin Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Kampung Baru, agensi yang mengemudi pembangunan semula kawasan itu secara besar-besaran, berkata pemilihan Kampung Baru sebagai lokasi terbaru Cruyff Court merupakan berita yang amat dialu-alukan kira-kira 18,000 penduduk kampung berkenaan, yang mengimpikan pembinaan kompleks tersebut sejak sekian lama.

“Bagi pihak mereka semua, saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Khazanah Nasional. Cruyff Court ini akan menjadi pemangkin bagi usaha pembangunan semula Kampung Baru oleh perbadanan tersebut," katanya kepada penulis.
- Utusan Malaysia

Hurm dalam negara ni ada bermacam jenis manusia. Ada yang kata nak pertahankan bahasa kebangsaan. Ada pula yang mengagungkan bahasa asing. 

Bahasa Melayu perlu diperkasakan dengan langkah-langkah yang lebih teguh kerana dilihat semakin terancam dengan penguasaan bahasa asing, khususnya bahasa Inggeris.

Kebimbangan tersebut disuarakan Sasterawan Negara, Datuk Dr. Anwar Ridhwan yang memberi contoh peminggiran penggunaan bahasa Melayu dalam komunikasi harian, pengiklanan, papan tanda serta nama khas bagi sesebuah bangunan atau jalan raya.

Beliau berkata, kelemahan penguatkuasaan menjadi penambah 'barah' sehingga menyebabkan bahasa asing 'bermaharajalela' di dalam negara yang mengangkat bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

''Ada kelemahan penguatkuasaan. Contohnya, di peringkat permohonan dikemukakan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk iklan atau papan tanda, perlu ada ketegasan mengutamakan bahasa Melayu.

''Ancaman ini nyata serta semakin buruk dan ditambah dengan sikap kita yang agak liberal terhadap bahasa asing. Jadi, kalau sudah terlanjur, bukan bererti tidak boleh ubah tetapi perlu ada keberanian politik,'' katanya.

Anwar menambah, Malaysia perlu mencontohi pemerintah Indonesia yang kini menunjukkan keberanian politik dengan menukar beberapa penggunaan bahasa Inggeris kepada 'akar' bahasa Indonesia.
- klik sini

Kerajaan Malaysia sebenarnya yang tidak bertegas dan serius dalam memartabatkan bahasa kebangsaan di negara ini. Orang politik hanya bercerita mengenai memartabatkan bahasa kebangsaan sedangkan mereka tidak mengambil kisahpun. Cerita mereka itu hanya permainan politik. Untuk meraih undi orang melayu. Untuk menunjukkan mereka perjuangkan nasib orang melayu. Padahal semua tu tak pentingpun pada mereka.

Inilah nasib bahasa melayu di negara ini. Bahasa melayu dianggap bahasa kolot. Bahasa inggeris diagungkan dan bahasa cina dipandang mulia.

1 comment:

Anonymous said...

LETAK NAMA PDG 1MSIA PUN BLEY...GERENTI BLEY NAIKKAN JENAMA MESIA HUHUHUHU