Geng Bas Sekolah

December 21, 2013

CINA PERTING KOMUNIS


SETELAH bertahun-tahun menghadapi masalah kekurangan bekalan makanan, Unit Penggempur Keenam PKM pada 1985 yang berpangkalan di Bentong bersama Unit AWF Kelima menerima bantuan bekalan makanan secara besar-besaran.

Chong Chor yang mengetuai unit itu dan kumpulannya berjaya mendapatkan bekalan makanan dalam jumlah yang besar menerusi bantuan seorang penyokong komunis yang dikenali sebagai Ah Choy dari Bentong.

Ah Choy yang menetap di Kampung Baru Perting tidak mempunyai kerja tetap dan sering membantu kumpulan Chong Chor membeli bekalan makanan.

Ah Choy akan memindahkan semua bekalan makanan yang dibelinya itu ke sebuah tempat persembunyian di Ladang Bentong pada waktu malam menggunakan van untuk bekalan keperluan unit Penggempur Keenam dan Unit AWF Kelima.

Sepanjang tahun tersebut, Ah Choy membuat tiga pembelian bekalan makanan secara besar-besaran iaitu pada Mac, Julai dan November 1985.

Pada pembelian pertama pada Mac, Ah Choy berjaya membeli:

* Beras- 12 dram

* Minyak masak - 12 tin

(setiap tin seberat 17 kilogram)

* Gula - 6 karung (setiap

karung seberat 50 kilogram)

* Garam - 1 kontena

* Sejumlah makanan dalam

tin dan sayur-sayuran segar.

Pembelian kedua pada Julai dan menyaksikan peningkatan jumlah bekalan berbanding sebelum itu.

Antara barangan yang dibeli ialah:

* Beras - 15 dram

* Minyak masak - 15 tin

(setiap tin seberat 17 kilogram)

* Gula - 8 karung (setiap

karung seberat 50 kilogram)

* Garam - 15 kontena

* Kacang soya - 4 dram

* Makanan tin - 3 kotak

Selain makanan, Ah Choy turut membantu kumpulan Chong Chor membeli pemain perakam video (VCR) dan set televisyen.

Pada November 1985, Ah Choy membuat pembelian ketiga dan terakhir untuk Unit Penggempur Keenam dan Unit AWF Kelima.

Barangan tersebut termasuklah:

* Beras - 15 dram

* Minyak masak - 15 tin

(setiap tin seberat 17 kilogram0

* Gula - 5 karung (setiap

karung seberat 50 kilogram)

* Garam - 15 kontena

* Sejumlah makanan dalam tin

Ketiga-tiga pembelian tersebut diserahkan kepada kumpulan Chong Chor dan Unit AWF Kelima di Ladang Bentong.

Pada akhir November tahun yang sama, Unit Penggempur Keenam dengan bantuan Unit AWF Kelima sekali lagi berjaya membeli bekalan makanan dalam jumlah yang besar.

Bekalan makanan itu berupa:

* Beras - 30 dram

* Minyak masak - 30 tin

(setiap tin seberat 17 kilogram

* Gula - 10 karung (setiap

karung seberat 50 kilogram)

* Garam - 30 kontena

* Marjerin - 15 tin

(setiap tin seberat 17 kilogram).

No comments: