Polis akan menahan lebih ramai penguat kuasa agensi lain selain Kastam Diraja Malaysia (KDRM) berikutan pembongkaran kegiatan dua sindiket pengedaran dadah antarabangsa oleh jabatan itu baru-baru ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan itu dan kini sedang giat melakukan siasatan sebelum mengambil tindakan lanjut.
"Kita akan memantau agensi-agensi ini dan apabila tiba masanya kita akan mengambil tindakan sewajarnya," katanya dalam sidang akhbar sempena majlis pelancaran Sistem Pemantauan Aduan Agensi Awam Bersepadu (i-SPAAA) di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.
Pada 17 Disember lalu, polis mengumumkan penahanan 11 individu termasuk empat pegawai penguat kuasa dipercayai KDRM kerana disyaki terlibat dalam dua sindiket penyeludupan dadah antarabangsa didalangi warga Nigeria dan India.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin yang membuat pengumuman itu memberitahu, kesemua suspek ditahan dalam operasi khas pada 14 Disember hingga 16 Disember lalu.
Daripada 11 yang ditahan, empat merupakan warga Nigeria, seorang warga India manakala selebihnya adalah rakyat tempatan termasuk pegawai penguat kuasa berkenaan. Kesemua mereka berusia antara 22 hingga 58 tahun.
Menurut sumber, salah seorang penguat kuasa tersebut ditahan di rumahnya di kuarters KDRM Kelana Jaya pada 14 Disember lalu.
Keesokannya, polis menahan tiga lagi penguat kuasa agensi itu dalam dua serbuan iaitu di pejabat KDRM Nilai serta kuarters KDRM Seremban.
Dalam pada itu, Khalid menjelaskan, pemantauan berhubung sindiket penyeludupan itu akan dilakukan di semua pintu masuk negara meliputi pelabuhan dan lapangan terbang.
Beliau berkata, pihaknya juga menerima kerjasama yang baik daripada pihak agensi-agensi terlibat bagi membongkar kegiatan mereka yang belot.

No comments:
Post a Comment