KETIKA UMNO tidak diberi harapan cukup tinggi mempertahankan tonggaknya Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum 5 Mei lalu, namun jangkaan itu meleset rupanya.
Bahkan, kalau enam bulan lepas UMNO dikatakan akan jatuh berkubur, parti itu sebaliknya semakin pulih. Malah, jika bergerak solo pun UMNO sudah mengatasi setiap satu parti politik dalam negara, tidak kira daripada kerajaan dan pembangkang. Meraih 88 kerusi untuk parti UMNO sahaja sudah menyamai keseluruhan kekuatan tiga parti - DAP, Pas dan PKR - dalam pakatan pembangkang. Tempoh hari, pakatan meraih 89 kerusi.
Kepimpinan UMNO mahu memastikan parti kuat dan menang demi pertahankan Islam dan Melayu. Mujurlah Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mudah melatah dengan terikut-ikut adu domba UMNO akan kalah pilihan raya. Nampaknya, kesabaran, ketabahan dan tekad Najib membawa UMNO dan BN ke puncak kemenangan - berbaloi.
Katakanlah kalau UMNO tidak dipilih rakyat khususnya orang Melayu tempoh hari, alamatnya hari ini kerajaan DAP yang memerintah. Bagaimana agaknya nasib Melayu dan Islam kalau UMNO tidak tercatat sebagai pemenang PRU-13?
UMNO sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara. Apa sejarahnya, apa yang dicapainya, apa sumbangan zaman pemimpinnya. Kenapa UMNO boleh survive dan memenangi pilihan raya demi pilihan raya?
Cuma, selepas ini jentera penerangan UMNO Pusat jangan syok sendiri sehingga penerangan tentang UMNO itu tidak disejagatkan pengertiannya demi ummah dan masyarakat bangsa yang dipimpin.
Program juara rakyat tahun lalu, latihan di Janda Baik, himpunan di Port Dickson - semuanya baik tetapi jika anggota tidak memahami perjuangan UMNO sebenarnya, mereka hanya akan menjadi pemimpin yang mengejar pangkat dan kedudukan.
Ahli UMNO pula jangan keterlaluan meyakini angka besar seperti 3.7 juta ahli UMNO untuk menang pilihan raya. Jangan lupa, ahli DAP, Pas dan PKR tak lebih 600,000 secara purata. Tetapi, mereka telah memenangi nisbah undi popular dua musim pilihan raya berturut-turut.
Bilangan sukarelawan parti dan para profesional mereka lebih daripada yang dimiliki UMNO dan BN. Walaupun ahli mereka sedikit, leadership core mereka serba-serbi layak dan berkemampuan. Mereka hormat kepada apa kata akar umbi atau bahagian masing-masing, justeru tak lari dari dasar winnable candidate atau calon yang boleh menang.
Kita boleh melihat kembali sejarah lain. Napoleon Bonaparte hanya dibantu oleh lima penasihat strategik. Riwayatnya menampilkan kejayaan menjadi pemimpin yang masih dihormati hingga hari ini sekalipun membawa unsur-unsur diktator. Khalid ibnu Walid hanya merancang melalui syura tujuh orang untuk menjadi strategis dan penakluk yang dikagumi.
Turut mengulas komentar ini ialah Timbalan Pengerusi Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP), Prof. Datuk Dr. Mohd. Jamil Mukmin.
Menurutnya, UMNO perlukan transformasi yang berupaya memberi kekuatan semula kepada parti itu seperti mana pernah dikecapi pada era Allahyarham Tun Razak Hussein dan Tun Dr. Mahathir Mohamad.
"Suatu perubahan secara total. Dengan barisan kepimpinan yang ada sekarang walaupun pada 19 Oktober lalu pemimpin lama kekal tetapi ramai juga pemimpin baru muncul, UMNO mestilah kini lebih mendekati rakyat.
"Saya bercakap hal ini kerana masih ramai lagi pemimpin peringkat bahagian dan cawangan yang masih leka, pentingkan diri sendiri. Kedengaran tidak sedap didengar tetapi kalau tidak diubah dalam empat tahun ini, rakyat akan muak," kata beliau ketika dihubungi.
Mohd. Jamil bagaimanapun percaya kekuatan dan sandaran harapan UMNO masih ada di bahu Najib yang dibantu timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Kita harap selepas Perhimpunan Agung UMNO nanti, UMNO akan mewujudkan seberapa ramai pemimpinnya yang hebat. Kita perlukan pemimpin UMNO yang grassroot, JKKK yang bekerja untuk rakyat, bukan untuk diri sendiri. Tuan punya diri sedar tapi masih berlaku lagi. Mesti pergi ke grassroot, jangan sesekali sahaja nampak muka," kata beliau.
Dalam pada itu, Dr. Jeniri Amir dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) percaya kemenangan UMNO pada PRU-13 disebabkan parti itu masih mendapat kepercayaan yang tinggi daripada orang Melayu dan bumiputera di kawasan luar bandar.
"Orang Melayu masih berharap kepada Najib, bukan kepada Anwar Ibrahim yang beretorik dan belum terbukti pencapaiannya. Lagipun mereka dapat melihat prestasi PKR yang tak cemerlang, malahan sebahagian janji tidak ditunaikan, apa lagi dengan Anwar sendiri dibelenggu banyak pemimpin kanan dan ahlinya keluar parti.
"Dan akhirnya ini banyak bergantung kepada kepimpinan dinamik Perdana Menteri yang bersungguh-sungguh mengubah nasib orang Melayu," katanya.
Jeniri meskipun menganggap PRU-14 nanti lebih mencabar berbanding PRU-13, masih berkeyakinan BN akan beroleh kemenangan.
"Untuk nyatakan kecundang, saya fikir masih jauh. Kenapa? Sebab PM dapat memenuhi segala janji menjelang PRU-14.
"Cuma saya meminta perwakilan dan pemimpin UMNO yang menghadiri perhimpunan agung parti awal bulan depan dapat mengukur sejauh mana dasar atau resolusi telah dilaksanakan.
"Kalau tidak nanti, akan timbullah dasar baharu sedangkan yang lama atau sebelum inilah yang perlu diberi reaksinya. Tidak perlu cari formula baharu, cukup dengan membuat penilaian sejauh mana janji-janji telah dilaksanakan," kata Jeniri lagi.
Di satu sudut, masyarakat Cina melalui MCA tidak mahu lagi bersama di dalam kerajaan konon itu merupakan komitmen politik mereka - jika tak berjaya sepenuhnya dalam PRU-13 mereka tak akan sertai kerajaan.
Ini satu-satunya dasar politik parti komponen yang meleset dan tidak menghiraukan sikap setiakawan perjuangan BN. Beberapa portfolio tradisi MCA seperti kesihatan, pengangkutan, kerajaan tempatan dan lain-lain terpaksa disandang oleh UMNO dan MIC.
Pilihan MCA ini merosakkan reputasi MCA di samping keutuhan BN sendiri, sekali gus menampakkan keangkuhan pimpinannya yang tidak kisah terhadap negara, tetapi ego sendiri.
Juga, tidak menghiraukan masyarakat Cina amnya. Dan secara tidak langsung menggalakkan NGO seperti Dong Zao dan lain-lain pencerca cauvinis melemparkan pelbagai ugutan dan tuduhan.
Sebab itu UMNO mesti kuat. Kuat dalam erti kata mesti meningkatkan prestasi menjelang dan selepas Perhimpunan Agung nanti.
Pemimpin dan pengasas UMNO sudah mula menghilang akibat ditelan zaman dan usia.
Saudara-saudarilah ahli-ahli UMNO yang kini perlu menoleh ke belakang dan membentuk pimpinan yang kenal sejarah dan amalan luhur memastikan supaya Melayu berani ke depan bersuara.
Generasi baru tidak harus idealis tak tentu haluan. Mereka perlu diperingatkan - ke mana perjuangan orang Melayu/bumiputera hendak dibawa selepas ini?

No comments:
Post a Comment