Geng Bas Sekolah

November 26, 2013

KERETA MASUK BANK


Kira-kira 50 orang pelanggan di sebuah bank di sini, dikejutkan oleh rempuhan sebuah kereta dipandu seorang wanita pada pintu hadapan premis itu pagi ini.

Menurut saksi, Hussin Morsam, 66, semasa kejadian kira-kira pukul 11 pagi, dia bersama isterinya, Junainah Abdul Rahman, 61, sedang duduk sementara menunggu giliran untuk berurusan.

"Tiba-tiba bunyi dentuman kuat di hadapan bank sebelum saya nampak sebuah kereta jenis Perodua Viva meluru masuk.

"Saya terkejut dan menyangkakan berlaku rompakan. Saya bersyukur tiada sesiapa cedera dalam kejadian ini dan pihak bank telah meneruskan operasinya seperti biasa," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Pemandu terbabit, Azizah Hasbullah, 60, berkata, kejadian itu tidak diduga kerana dia hanya mahu mengundurkan kenderaannya tetapi tidak perasan gear berada pada kedudukan D (memandu).

"Saya cuba tekan brek tetapi dalam keadaan panik, saya tertekan pedal minyak. Saya mempunyai pengalaman memandu kereta lebih 20 tahun tetapi gear manual.

"Kereta ini milik menantu saya dan dia meminta saya memandu pulang setelah meninggalkan kereta saya di sebuah bengkel untuk dibaiki," katanya ketika ditemui di Balai Polis Sabak Bernam di sini.

No comments: