Geng Bas Sekolah

November 25, 2013

DBKL BUAT MASALAH - NAJIB MENJAWAP


Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kewajipan membayar cukai adalah sama seperti mendokong prinsip dan semangat patriotisme kerana dengan melaksanakan tanggungjawab itu, mereka boleh membantu rakyat dan negara.

Dalam konteks itu, kata Perdana Menteri, sesiapa yang mengelak untuk membayar cukai boleh dianggap sebagai satu pengkhianatan kepada negara.

''Definisi patriotisme ialah apabila rakyat melaksanakan tanggungjawab demi kebaikan negara.

"Kalau kita boleh menghunus senjata, gunakanlah, tetapi kalau tidak boleh menghunus senjata atau tidak boleh menjadi anggota polis untuk menjaga keamanan dan memerangi jenayah, dalam definasi patriotisme itu, kewajipan membayar cukai juga berdasarkan kepada semangat dan prinsip patriotisme.

"Sebab, apabila kita bayar cukai kita tolong rakyat dan negara, (jadi) tanamkanlah semangat ini kerana bukan membebankan sangat (memandangkan) masih ada lagi sumber kewangan kita, itu tanggungjawab kita," katanya.

DS Najib kata membayar cukai itu WAJIB. Ye betul memanglah wajib. Tapi kenapa tiba tiba DS Najib kata pasal bayar cukai pula. Takkan selepas DBKL naikkan kadar cukai pula.

KUALA LUMPUR - Anggota Parlimen Setiawangsa, Datuk Ahmad Fauzi Zahari hari ini meminta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menangguhkan cadangan menaikkan kadar cukai pintu.

Beliau berkata DBKL harus mempertimbangkan beban kenaikan kos sara hidup yang semakin meningkat ditanggung penduduk Kuala Lumpur berikutan penghapusan subsidi gula, pengurangan subsidi bahan api dan seterusnya peningkatan harga barang keperluan.

"Jika pihak DBKL terpaksa juga menaikkan kadar cukai tersebut, ia harus dilakukan dengan cara yang tidak terlalu membebankan rakyat, iaitu tidak secara mendadak kadar kenaikannya," katanya kepada Bernama.

Jelas Ahmad Fauzi, walaupun terdapat peruntukan dalam undang-undang yang membolehkan DBKL mengkaji dan meningkatkan kadar cukai pintu setiap lima tahun, namun DBKL seharusnya mempertimbangkan kesan kenaikan cukai mendadak itu kepada rakyat.

"Benar, DBKL telah lama tidak menaikkan kadar cukai pintu iaitu sejak 21 tahun lalu, tetapi tidak adil jika kadar cukai itu dinaikkan mendadak tanpa mengambil kira kesannya kepada rakyat yang kini dibebani dengan kos sara hidup yang tinggi," katanya.

Ah parah macam ni. DBKL nak naikkan cukai, tapi Perdana Menteri Malaysia pula yang kena menjawap. Ataupun naikkan cukai ini adalah cadangan con-sultan. Mungkin RM7.2 bilion tu tak cukup untuk perbelanjaan mereka.

Apapun kita tengoklah dulu macam mana permainan mereka dahulu. Dengar khabar DBKL pun tak jadi nak naikkan cukai. Dah pusing balik. Flip Flop juga mereka ni.

No comments: