Geng Bas Sekolah

November 25, 2013

HAJI HADI SANGGAH KARPAL SINGH


Pas menegaskan langkah untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan adalah hak mutlak parti itu walaupun mendapat bantahan daripada sekutunya DAP.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, tiada dalam perjanjian dengan pakatan bahawa Pas perlu mendapat persetujuan DAP terlebih dahulu untuk melaksanakan hudud.

"Hak dia untuk bersuara. Hak kita untuk melaksanakan apa yang kita perjuangkan. Itu (persetujuan DAP) tiada dalam perjanjian. Masing-masing ada ideologi masing-masing.

"Kita (hanya) berkerjasama dalam perkara yang ada persamaan," katanya pada sidang akhbar selepas selesai Muktamar Tahunan Pas Ke-59 di Stadium Malawati di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan terbaru Pengerusi DAP, Karpal Singh semalam yang meminta Pas jangan melaksanakan hudud di Kelantan kerana didakwa bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Karpal dipetik sebagai berkata: "Objektif politik tertakluk kepada undang-undang. Penasihat undang-undang Kelantan perlu menasihat Pas agar tidak melaksanakan hudud''.

Berhubung gesaan Wakil Pas Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad agar pucuk pimpinan menangani persepsi Pas barua DAP dan pembonceng dalam pakatan, Abdul Hadi berkata, perkara itu gimik yang dibuat pihak lain. - Utusan Malaysia

PAS dah main balik lagu hudud dia. Selepas Muktamar, semangat tengah membara, memanglah berani sanggah kata kata Karpal. Bila balik Terengganu, suhu dah turun, melutut balik pada DAP. Setiap tahun puak PAS macam ni. Samalah juga macam UMNO. Masa Perhimpunan, depan beribu perwakilan, cakappun berapi api. Tapi lepas je Perhimpunan, masing masing balik kampung sendiri, hilang dah semua yang dicakap. Perangai buruk lama buat balik. Huh politik belaka semua ni.

Hj Hadi ada cakap pasal nak muzakarah dengan UMNO tapi aku malas nak ambik port. Sebabnya sambil cakap nak muzakarah, sempat lagi hina UMNO. Kalau macam tu tak payah muzakarahpun tak apa. Buang masa je. Nanti jumpa depan depan cakap baik tapi kat belakang mengutuk juga.

No comments: