Geng Bas Sekolah

November 6, 2013

KARPAL SINGH MAHU DAP DAN DONG ZHONG DIHAPUSKAN


GEORGETOWN - Pengerusi DAP Karpal Singh mencadangkan parti politik atau persatuan yang berasaskan kaum dan agama dibatalkan pendaftaran atau diubah suai agar boleh disertai oleh semua rakyat tanpa mengira batasan kaum dan agama.

Beliau berkata cara tersebut merupakan jawapan kepada konsep perpaduan yang menjadi amalan selama ini.
  
"Masanya sudah tiba bagi semua parti berasaskan kaum dibatalkan pendaftarannya termasuk, malang sekali, Pas, kita perlu bersikap praktikal jika kita mahukan sebuah negara yang bersatu-padu.

"Sepatutnya parti politik dan mana-mana pertubuhan profesional berasaskan kaum  atau agama ini tidak boleh dibenarkan memandangkan perkara ini merupakan suatu yang serius dan bahaya," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menyelar kenyataan Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) Datuk Zainul Rijal Abu Bakar baru-baru ini yang mengingatkan Majlis Peguam supaya tidak menyokong isu penggunaan kalimah Allah dalam edisi bahasa Malaysia majalah katolik The Herald.

Karpal berkata pendaftaran PPMM sebagai sebuah persatuan juga tidak sepatutnya dibenarkan memandangkan Majlis Peguam membuka penyertaannya kepada semua peguam tanpa mengira kaum dan agama.

"Persatuan seperti itu hanya pencetus masalah di negara ini,  kerajaan juga tidak sepatutnya membenarkan persatuan seperti ini," katanya. - Bernama

Akhirnya Karpal sudah bersuara dalam menghentam pemilihan CEC. Walaupun atas pentas Karpal Singh senyum bangga, tapi didalam hatinya, dia sedar DAP hanyalah parti cauvinis cina. Kaum Singh didalam DAP hanyalah dia seorang. Cina celup melayu Zairil seorang manakala india M Kula seorang. Yang lain habis semuanya cina.

Apa lagi karpal Singh boleh buat. Walaupun DAP kononnya parti berasaskan semua kaum tetapi dominasi kaum cina cukup melukakan hati dia. Dalam usia 73 tahun, sudah tiada apa yang boleh dilakukan dia lagi untuk mengubah DAP. Nak keluar DAP, dia sudah malu. Jadi jalan terbaik, dia katalah semua parti berasaskan kaum dan agama perlu dibatalkan. Termasuklah PAS. Lagipun Karpal memang benci dengan PAS. Bagi dia, PAS cuma parti pelacur agama saja.

No comments: