Pembatalan parti politik atau persatuan berasaskan kaum dan agama merupakan helah DAP untuk menjatuhkan kedudukan istimewa orang Melayu, demikian menurut Pengarah Pusat Kajian Institut Raja Malaysia, Universiti Malaysia Perlis, Prof Datuk Dr Ramlah Adam.
Beliau yang menyifatkan Karpal mempunyai niat buruk, untuk melihat Umno sebagai parti tunggal yang memperjuangkan nasib dan kedudukan istimewa Melayu kecundang di tangan kaum lain.
Katanya, Umno yang dilihat Karpal sebagai pesaing DAP untuk memimpin negara, perlu dibarisi oleh pelbagai kaum demi menghapuskan Melayu seperti yang diinginkan sebelum ini.
Tambah Ramlah lagi, Karpal menggunakan perkataan ‘perpaduan’ bagi meraih minat generasi muda yang kini dilihat mudah terpengaruh dengan dakyah parti pembangkang khususnya.
“Sasaran dia (Karpal) yang paling utama adalah Umno, sebab ternyata Umno ini parti Melayu.
“Dia punya niat itu untuk memusnahkan atau untuk melemahkan politik Melayu.
“Orang muda yang tidak menyukai kerajaan maka kepada orang muda cadangan Karpal Singh itu mungkin bagus.
“Sebab bagi mereka tidak ada perkauman tapi kita kena ingat perkara ini sebenarnya bertujuan menghapuskan kuasa Melayu,” katanya kepada Antarapos ketika dihubungi.
Semalam Pengerusi DAP Karpal Singh mencadangkan parti politik atau persatuan yang berasaskan kaum dan agama perlu dibatalkan pendaftarannya atau diubahsuai agar dapat disertai oleh semua rakyat tanpa mengira batasan kaum dan agama.
Alasan yang digunakan dengan mendakwa usaha tersebut merupakan salah satu langkah bagi membentuk konsep perpaduan yang menjadi amalan di negara ini.
Justeru Ramlah mahu semua pihak membuka mata dan sedar permainan politik yang sedang dimainkan Pengerusi DAP yang hanya akan menjejaskan kedudukan orang Melayu terutamanya.
Tidak mustahil helahnya ini menjadi jika rakyat tidak mempunyai kesedaran terhadap individu seperti Karpal yang hanya menggunakan kenyataan demi kepentingannya.
Jelas beliau lagi, Karpal yang mempunyai latar belakang sebagai peguam seharusnya memahami Perlembagaan Persekutuan yang jelas di bawah Fasal 10 iaitu hak bersuara, berhimpun dan berpersatuan.
Apatah lagi negara sudah mengamalkan apa yang dikatakan dalam Fasal 10 itu selama 56 tahun sejak merdeka lagi dan apa yang dipertikaikan Karpal adalah perkara mustahil untuk dilaksanakan.
“Kalau dia sendiri seorang peguam tidak perasan perkara itu, maka cadangannya itu yang bertentangan dengan perlembagaan negara maka selama ini dia bercakap begitu lantang, dia gunakan dasar Fasal 10 (hak bersuara), tetapi dia tidak peduli soal negara dan sebagainya.
2 comments:
Sangat Bersetuju Dengan Prof Datuk Dr Ramlah Adam Itu. Sebenarnya Di Malaysia Ni Bangsa Yang Betul-Betul Dan Bersungguh-Sungguh Mahukan Perpaduan AdalaH Bangsa Melayu Sahaja Sebabnya Melayu Dan Muslims Sahaja Yang Lebih Toleransi Dalam Segala Hal.
Yang Singh ni menyebok pasal isu parti satu bangsa ni apa sal??? Isu sekolah vernakular china dan India tu kenapa dia tak usik??? Bodoh bangan punya singh ni. Aku ingat cerdik....kharrkkk ptuihhhhh
Post a Comment