Geng Bas Sekolah

November 6, 2013

DAP SERANG AHLI SENDIRI


Bekas Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar hari ini mendakwa telefon bimbitnya telah digodam oleh pihak yang tidak dikenali.

Guan Aik mendakwa, dia menerima banyak khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur kata-kata kemarahan daripada nombor telefon yang tidak dikenali sejak Sabtu lalu bermula pukul 8 malam sehingga ke 3 petang keesokan hari.

"Saya percaya telefon saya telah digodam, saya telah menerima lebih 40 SMS tanpa henti sejak Sabtu lalu menyebabkan saya bimbang soal keselamatan saya dan keluarga, sebab itu saya buat laporan kepada polis hari ini.

"Walaupun tiada kata-kata ugutan nak bunuh saya dalam SMS itu namun saya tetap bimbang sebab kandungannya seolah-olah mereka marah saya seperti 'siapa engkau', 'saya tak nak undi sesiapa pun' dan lain-lain lagi.

"Saya yakin ada orang cemburukan saya kerana menghalang objektif mereka dalam parti DAP dan disebabkan itu saya kena ugut macam ini," katanya ketika ditemui di IPD Kota Setar.

No comments: