Geng Bas Sekolah

October 7, 2013

SPRM HARUS SIASAT SEMUA KEMENTERIAN MALAYSIA


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memandang serius kelemahan dan ketirisan yang dibentangkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012 di Parlimen, baru-baru ini dan telah menubuhkan sebuah pasukan khas bersama Jabatan Audit Negara bagi menyiasatnya.

Menurut Pengarah Siasatannya, Datuk Mustafar Ali, pasukan khas itu yang diketuai SPRM akan membentangkan hasil penemuan, pelan tindakan dan cadangan bagi mengambil tindakan terhadap pihak yang melakukan salah laku rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa dan pemalsuan.

Beliau berkata, sehingga kini sebanyak 15 kertas siasatan telah dibuka di bawah Akta SPRM 2009.

"Adalah tugas dan tanggungjawab SPRM untuk menyiasat kes-kes berunsur rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan termasuk yang diketengahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara.

"SPRM memberi perhatian terhadap isu-isu yang tertakluk di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta SPRM 2009).

"Justeru, sekiranya ada unsur rasuah, salah guna kuasa dan pelanggaran Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan Arahan Perbendaharaan, SPRM akan mengambil tindakan tegas termasuk mengesyor tindakan disiplin kepada agensi-agensi berkaitan."

1 comment:

Anonymous said...

BIASAK LER BROO..ADE GAK KAKITGN KERAJAAN YG SENGAJE NAK SABOTAJ KERAJAAN..KUTU2 CMNI LER YG PATUT KENE SIKAT SAMPAI BOTAK SUPAYA TKDE LG KUTU YG DUDUK BERSILA DLM KERAJAAN HISAP DARAH KERAJAAN..PEMBANGKANG PLAK AMIK KESEMPATAN LERR...ADOIYAIII