Mungkin ramai yang masih ingat kenyataan lawak antarabangsa dari bekas Menteri Pelancongan Ng Yen Yen mengenai penggunaan peruntukan sebanyak RM 1.8 juta untuk Kementerian yang pernah diterajuinya bagi laman Facebook . Hal-hal sebegini menjadi satu lawak jenaka di kalangan penyokong-penyokong pembangkang malah ramai rakyat di kalangan yang menyokong kerajaan Barisan Nasional naik angin dengan berita itu .
Entah apa yang dibelanjakan hingga memakan belanja hampir RM1.8 juta untuk 6 laman Facebook iaitu Cuti-cuti 1 Malaysia, Citrawarna 1 Malaysia , Festival Pelancongan Seni Kontemporari 1 Malaysia , Kempen 1 Malaysia Bersih , dan Fabulous Food 1 Malaysia. Kalau rajin tengok lah berapa like yang ada dalam Facebook yang dinyatakan tu .
Sekarang Liow Tiong Lai pulak menurut jejak iaitu perbelanjaan untuk penggunaan Facebook dan Twitter hingga mencecah RM 320,000 . Ini lah masalahnya kalau yang berada dalam Kementerian tak faham bagaimana nak manipulasi media sosial untuk sesuatu kempen itu . Maka-nya akan ada syarikat-syarikat IT seperti dinyatakan dalam laporan Malaysiakini mengenakan bayaran sebanyak RM199,068 (Eficaz Media Sdn Bhd ) untuk kempen laman Facebook 'Tak Nak Merokok' dan RM120,500 (Astonish View Sdn Bhd ). untuk membangunkan laman Facebook dan Twitter untuk kempen itu.
Mudahnya mereka ni membuat duit disebabkan kebodohon orang-orang tertentu yang berada dalam Kementerian. Untuk Eficaz Media Sdn Bhd , syarikat ni membuat urusniaga RM199,068 dengan mendapatkan jumlah hingga 100,000 'like' dan bagi Astonish View Sdn Bhd pula urusniaga bernilai RM120,500 untuk membangunkan laman Facebook dan Twitter. Penulis pasti ramai di antara kita tahu akaun Facebook dan Twitter adalah percuma dan banyak akaun-akaun Facebook tanpa apa-apa bayaran mampu mendapatkan like lebih daripada 100,000. Jadi siapakah mereka-mereka yang ada dalam kementerian-kementerian berkenaan cuba memperbodohkan ?
Sumber : Be Da Man
Satu lagi kebodohan kementerian di Malaysia. Kebodohan yang tak boleh ditolong.
1 comment:
ADA JUGA YA SASETENGAH PEGAWAI KERAJAAN YANG INGIN CEPAT KAYA, SUAP NASI KEPADA ANAK BINI DENGAN WANG RASUAH...
FB FREE LA BRO.. KALAU NAK KENA BAYAR FEE IKLAN PUN TAK SAMPAI 10 K PUN... KAMI RAKYAT MARHIN KAMPONG NI SEMUA BODAHLAH....PEGAWAI KERAJAAN JUGA YANG PANDAI..PANDAI MENIPU LA... LOL.
Post a Comment