Geng Bas Sekolah

October 3, 2013

SAH PKR GUNA RASUAH DALAM PILIHANRAYA


Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias pada Pilihan Raya Umum ke-13 memberitahu, Mahkamah Pilihan Raya di sini hari ini bahawa beliau mungkin menang jika PKR tidak mengamalkan rasuah untuk meraih lebih banyak undi.

Isnin Aliasnih berkata, calon PKR, Datuk Seri Lajim Ukin menang dengan majoriti hanya 179 undi disebabkan wang yang dijanjikannya jika 12,722 pengundi berdaftar DUN Klias mengundi Lajim pada pilihan raya umum 5 Mei lepas.

Isnin memberitahu Hakim Pilihan Raya Datuk Yew Jen Kie bahawa beliau dimaklumkan oleh pengundi berdaftar di kawasan pilihan raya itu bahawa PKR mengagihkan sampul masing-masing berisi wang tunai RM50 dan kupon yang boleh ditebus untuk mendapatkan wang tunai RM100 setiap kupon jika Lajim menang.

Beliau menyimpulkan bahawa pengagihan sampul itu merupakan modus operandi Lajim untuk meraih undi agar beliau memenangi pilihan raya itu.

Beliau berkata kupon itu, yang memaparkan logo PKR dan nama Lajim, yang turut bertanding bagi kerusi Parlimen Beaufort, serta nama calon PKR bagi kerusi DUN Kuala Penyu Datuk John Ghani, tidak menyatakan nama dan alamat pencetak serta penerbit, yang menyalahi Seksyen 11(1)© Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Dalam petisyen pilihan raya itu, Isnin menamakan Lajim, pengerusi PKR Negeri, yang memenangi kerusi Klias, sebagai responden pertama manakala Pegawai Pengurus pilihan raya bagi kerusi DUN Klias Jupari @ Jupty Etok dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masing-masing sebagai responden kedua dan ketiga.

Bagaimanapun, pada 5 Ogos, Yew memerintahkan SPR dan Pegawai Pengurus pilihan raya bagi DUN Klias supaya dikeluarkan sebagai responden atas alasan pempetisyen gagal mematuhi peruntukan mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya.

Isnin memfailkan petisyen itu dengan mendakwa terdapat rasuah dan kejanggalan semasa kempen pilihan raya.

Beliau diwakili peguam Jaapar Esteban, Rizuan M Borhan, Saiful Azian Mokhtar dan Muamar Julkarnain, manakala Lajim diwakili peguam Datuk Chau Chin Tang dan Datuk Lawrence Thien. - BERNAMA

1 comment:

Jeffry Damien said...

KLU X RASUAH BKN PKR NAMANYE BROO..KLU KETUANYE KAKI BONTOT..TAK MUSTAHIL DIA X BLEH KAUTIM PSL RASUAH BROO..MARUAH ORG PUN DIA BLEH JUAL BELI HUHUHU