Empat Bahagian MCA di negeri ini mengutuk tindakan sebanyak 20 anggota Jawatankuasa Pusat (CC) yang mengemukakan petisyen mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) untuk mencela Timbalan Presiden parti berkenaan, Datuk Seri Liow Tiong Lai semalam.
Ketua Bahagian MCA Kuantan, Datuk Ti Lian Ker berkata, beliau terkejut selepas mengetahui 20 anggota CC menghantar petisyen itu kerana tindakan tersebut hanya akan mewujudkan provokasi dan perbalahan dalam parti selepas MCA gagal dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.
"Tindakan mengecam Tiong Lai hanya akan mencalarkan imej MCA. Saya amat bimbang perkara ini akan merosakkan parti sedangkan sekarang adalah masa terbaik menstabilkan kembali parti.
Sementara itu, menurut Fook Heng, Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek seharusnya lebih bertanggungjawab dengan tsunami politik yang melanda MCA dalam pilihan raya umum lalu, bukan menyalahkan Tiong Lai.
"Apabila Parti Gerakan kalah teruk, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon segera mengambil tanggungjawab dengan meletak jawatan (Presiden), namun Soi Lek pula enggan mengambil tanggungjawab tersebut dan bermain dengan permainannya pula.
MCA ni semakin hari semakin bodoh jadinya. Tak habis habis pertahankan cina tua uban putih atas kepala. Padahal dah sah cina tua tu takde moral, bodoh memimpin, bukan boleh buat kerja. Masih nak angkat cina tua tu jadi pemimpin. Memang patut ler cina semua tolak MCA. Pemimpin MCA semua bodoh baghal belaka.
No comments:
Post a Comment