Geng Bas Sekolah

October 20, 2013

JAMALUL KIRAM MENINGGAL UNDI MUKHRIZ MENINGKAT


Sultan Jamalul Kiram III dari Filipina yang mendakwa dirinya Sultan Sulu dan melancarkan serangan berdarah terhadap Malaysia di Sabah pada awal tahun ini meninggal dunia akibat kegagalan organ kira-kira pukul 4 pagi Ahad, menurut isterinya, Fatima Kiram.

Suaminya telah menjalani sesi dialisis dua kali seminggu untuk penyakit buah pinggang sebelum kematiannya. Melalui temuramah anak perempuannya, Puteri Jacel Kiram di radio tempatan, inquirer.net melaporkan bahawa Jacel berkata bapanya meninggal dunia akibat kegagalan fungsi buah pinggang.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO, Tan Sri Mohd. Tajol Rosli Ghazali ketika mengumumkannya dalam sidang akhbar pukul 1.40 pagi ini berkata, setelah 188 daripada 191 bahagian disahkan kiraan undi, Ahmad Zahid memperoleh 185 undi manakala Mohd. Shafie mendapat 174 undi dan Hishammuddin, 100 undi.

Pesaing terdekat, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir pula mendapat 91 undi. Walaupun kalah dalam pemilihan mengikut sistem "electoral college", namun Mukhriz mengatasi Hishammuddin dari segi undi popular. Beliau mendapat 55,290 undi manakala Hishammuddin 54,829 undi.

Mukhriz telah membuktikan malam ini bahawa beliau adalah future leader dan kita kena terus beri sokongan supaya beliau menjadi Naib Presiden No 1 pada pemilihan akan datang datang iaitu 3 tahun dari sekarang.

No comments: