Geng Bas Sekolah

October 18, 2013

CINA BAGI RASUAH DIPENJARA


Seorang pemilik kilang pembungkusan dihukum penjara sehari dan denda RM125,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana memberi rasuah RM25,000 kepada seorang pegawai Tenaga Nasional Bhd. (TNB), pertengahan tahun ini.

Ho Hann Sing, 34, dijatuhi hukuman tersebut setelah mengaku bersalah memberikan suapan kepada Jurutera Kanan TNB, Arizal Ashari sebagai dorongan tidak dikenakan tindakan kerana mencuri bekalan elektrik.

Jika gagal membayar denda, Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz memerintahkan tempoh pemenjaraan tertuduh ditambah lagi enam bulan.

Mengikut kertas pertuduhan, Hann Sing didakwa memberikan sogokan itu kepada Arizal sebagai dorongan tidak mengambil tindakan ke atas Chin Tat Packaging & Trading di Lot 259-260, Batu 15 Jalan Gelang Patah, dekat sini kerana disyaki mencuri bekalan elektrik.

Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut di Restoran Khaja 7, Nombor 35, Jalan 1, Lima Kedai, Gelang Patah pada pukul 6.55 petang, 6 Jun lalu.

Dakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000.

Berdasarkan fakta kes, Arizal bersama tiga pegawai TNB menjalankan operasi pada pukul 3.30 petang hari kejadian di premis tersebut dan hasil pemeriksaan mendapati berlaku kecurian elektrik di kilang itu.

Tertuduh kemudian didakwa menawarkan RM20,000 kepada Arizal agar tidak dikenakan sebarang tindakan namun tidak diendahkan sebelum Hann Sing kemudian menambah nilai sogokan kepada RM25,000.

1 comment:

Anonymous said...

SLM BRO...JGN KASI MUKA KAT PERASUAH CINABENG NIH..SBB DIORANG LER YANG NGAJOR BENDA2 RASUAH TUK MENJAHANAMKAN BANGSA KITA JUGAK...HARKK PTUIHH KEHKEHKEH