Geng Bas Sekolah

October 18, 2013

PEGAWAI KERAJAAN DAN MENTERI WAJIB DISIASAT SPRM


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mencadangkan satu undang-undang baharu digubal bagi mengenakan tindakan terhadap penjawat awam yang membelakangkan kepentingan awam sehingga merugikan negara.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata, perkara itu dilihat perlu kerana skop Seksyen 23 Akta SPRM yang diguna pakai sekarang agak kecil.

"Seksyen ini hanya mengkhususkan kepada proses pembuatan keputusan kepada mana-mana pihak yang mempunyai hubungan persaudaraan dengan individu tersebut," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Khas Sempena Ulang Tahun Penubuhan Badan Pencegah Rasuah (BPR)/SPRM ke-46, di sini hari ini.

Menurutnya, undang-undang baharu itu dilihat perlu memandangkan dalam Laporan Ketua Audit Negara terdapat beberapa keputusan yang diambil oleh pegawai kerajaan mengakibatkan kerugian kepada rakyat dan negara.

Dengan adanya undang-undang baharu itu, SPRM akan dapat mendakwa individu yang membelakangkan kepentingan awam sehingga menyebabkan kerugian berjuta-juta ringgit kepada rakyat, katanya.

Beliau berkata, SPRM telah mengadakan perbincangan dengan Jabatan Peguam Negara serta pihak yang berkaitan mengenai cadangan itu.

Sementara itu, Abu Kasim berkata, SPRM telah mengemukakan cadangan pindaan undang-undang kepada Peguam Negara untuk mengenakan tindakan ke atas anggota lembaga pengarah syarikat yang membenarkan perlakuan rasuah dalam syarikatnya.

"Kita cadangkan perkara ini jadi satu kesalahan kerana kita nak mengubah budaya dalam masyarakat kita bahawa selain daripada yang menerima dan yang memberi, pihak yang membenarkan pemberian itu juga bertanggungjawab atas kesalahan tersebut," katanya.

Pada aku bagus cadangan ini tetapi penjawat awam yang patut disiasat teliti adalah Pegawai Pegawai Besar yang duduk di Putrajaya. Mereka inilah pembuat dasar dan keputusan. Semua arahan datangnya dari mereka. Selepas mereka, siasat pula Ketua Ketua Jabatan. Dan paling penting, siasat Menteri. Menteri lah kepala mereka. Menteri ni orang politik. Orang politik suka buat keputusan pelik dan bodoh semata mata nak gembirakan hati PM dan tunjukkan kononnya mereka buat kerja. Siasat semua harta benda Menteri dan Pegawai Kerajaan ni.

No comments: