Geng Bas Sekolah

October 20, 2013

TANGAN LIBERAL MAHU HANCURKAN UMNO ?


RAMAI yang bersimpati kepada Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir. Beliau adalah di antara calon yang menjadi sasaran kempen kotor di saat-saat akhir menjelang pemilihan UMNO.

Tidak sampai 24 jam sebelum mengundi terdapat laman sosial palsu menyebarkan maklumat mendakwa Mukhriz hilang kelayakan bertanding.

Selain itu, portal berita Malaysian Insider menyiarkan laporan yang mendakwa Mukhriz mengamalkan politik wang.

Walaupun portal tersebut memohon maaf sehari kemudiannya, ia telah cukup membawa mudarat kepada Mukhriz. Sudahlah begitu, permohonan maaf itu dibuat bagai melepas batuk di tangga seolah-olah malu untuk mengakuinya.

Dalam reaksinya, Mukhriz yang kecewa dengan laporan tersebut menyifatkannya sebagai perbuatan tidak beretika.

Bagaimanapun beliau memperlihatkan sikap budiman dengan menerima permohonan maaf daripada Malaysian Insider.

Portal tersebut diketahui ramai mengambil pendirian yang dikatakan anti-bekas Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad.

Apakah kerana Mukhriz anak Mahathir maka beliau menjadi mangsa portal tersebut, yang dikaitkan dengan bantuan dana asing.

Sebenarnya isu tangan-tangan ghaib di belakang Malaysian Insider dan pembabitan tokoh tertentu di dalam negara, bukan rahsia.

Maka Awang tertarik dengan komen Mukhriz yang percaya laporan portal tersebut ada kaitan dengan pihak yang ghairah mahu beliau kalah dalam persaingan jawatan Naib Presiden.

Siapa orang itu?

No comments: