Geng Bas Sekolah

September 19, 2013

PAS KATA HARAM UMAT ISLAM MEMPERKASA EKONOMI


Mufti Terengganu, Dr. Zulkifly Muda menegaskan, langkah untuk memperkasakan ekonomi umat Islam, khususnya orang Melayu di negara ini adalah suatu yang wajib dan dituntut dalam agama.

Menurutnya, kekuatan ekonomi amat penting demi menjaga kelangsungan ketuanan Islam dan adalah sangat berbahaya jikalau umat Islam hanya menguasai politik dan pemerintahan, bukan bidang ekonomi dan lain-lain kerana mereka akhirnya akan lemah.

Justeru katanya, program memperkasakan ekonomi orang Melayu amat baik yang selari dengan tuntutan agama kerana orang Melayu di Malaysia adalah orang Islam.

"Ini berdasarkan kenyataan Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan Malaysia bahawa orang Melayu ertinya seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap Bahasa Melayu, menurut adat Melayu. Ini bermakna memperkasakan orang Melayu adalah memperkasakan orang Islam.

"Walaupun orang Melayu kaum majoriti, penguasaan ekonomi mereka lemah dan tidak setara dengan kedudukan itu. Bahkan menurut rekod, pada 1970, golongan bumiputera hanya memiliki 1.9 peratus daripada ekonomi manakala bukan Melayu mengawal sekitar 37.4 peratus dan selebihnya dipegang orang asing," katanya di sini hari ini.

Dr. Zulkifly mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam memperkasakan ekonomi Melayu Bumiputera pada program Pemerkasaan Bumiputera di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Sabtu lalu.

Beliau berkata, Islam bukan agama perkauman sebaliknya memberi hak kepada orang bukan Islam menikmati kemakmuran dalam bidang ekonomi dan dalam konteks Malaysia, orang bukan Islam bukan setakat diberi hak tersebut.

Malah, jelasnya, orang bukan Islam dilihat menguasainya dan disebabkan itu, pihak berkuasa wajib berbuat sesuatu bagi mengangkat martabat orang Islam dalam semua bidang khususnya dalam bidang ekonomi ketika ini.

Beliau bagaimanapun berkata, usaha untuk memartabatkan orang Islam/Melayu tidak akan tercapai pada adatnya sekiranya tiada perpaduan dalam kalangan mereka.

"Maka sebab itulah dari sudut fiqh awlawiyat (keutamaan), perpaduan itu mestilah diwujudkan. Ini juga sunah Nabi Muhammad SAW di mana baginda mengasaskan perpaduan dalam kalangan umat Islam terlebih dulu ketika mula mendirikan negara Islam pertama di Madinah selepas peristiwa hijrah,'' katanya.

"Ini dilakukan dengan beberapa cara seperti mu'akhah (mempersaudarakan antara orang Islam) dan mendirikan masjid. Kemudian baginda mulakan projek membangunkan ekonomi ummah iaitu mencari tapak pasar untuk komuniti orang Islam. Ekonomi Madinah dikuasai orang bukan Islam iaitu orang Yahudi sebelum hijrahnya Nabi SAW," ujarnya.

Mengikut ahli sejarah, kata Dr. Zulkifly, baginda Rasulullah melawat terlebih dahulu pasar orang Yahudi seperti pasar Yasar, Zabalah dan lain-lain bagi tujuan kajian sebelum baginda mencari tapak membina pasar untuk orang Islam bagi memajukan ekonomi mereka.

2 comments:

Anonymous said...

PASHIT BLAJA EKONOMI DR PUNAISIHAT PENGOREK JUBOR PROFESIONAL BROO..TU PSL PUAK LAHABAU SENGKEK SAMPAI KENA KUTIP DERMA UTK SUMBAT TEMBOLOK SENDRI KEHKEHKEH

Anonymous said...

kalau dah hati penuh dgn perasaan hasad dengki terhadap pihak lain yg terbukti berjaya angkat mertabat agama, bangsa dan negara... cakap pun dah banyak yang merapu.