Bekalan haiwan ternakan mencukupi bagi menampung keperluan ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, setakat ini belum ada rungutan berhubung kekurangan bekalan haiwan tersebut yang diterima oleh pihaknya.
"Saya memberi jaminan bekalan adalah mencukupi, malah Jabatan Perkhidmatan Veterinar memastikan perkara itu termasuk dengan mengimport lembu daripada Thailand, Myanmar dan Australia kerana bekalan lembu tempatan tidak mencukupi.
"Kira-kira 15,000 ekor lembu diimport secara berperingkat bagi menampung keperluan ibadah korban. Namun, harganya tidak dapat ditentukan tetapi dijangka meningkat," katanya.
No comments:
Post a Comment